40 Tahun Kahwin Tak Pernah Tolong Isteri, Sebab Ini Hati Suami Berubah

Betapa tak mudahnya untuk seorang isteri buat semua kerja rumah sendirian. Bayangkan selama 40 tahun, suami tak pernah ambil tahu pun bab urus rumah. Nak tolong isteri sidai baju ke basuh pinggan mangkuk jauh sekali.

Akhirnya, ada satu peristiwa yang mengubah hati suami. Menginsafkan suami yang terlalu ego ini. Dikongsikan semula kisah indah ini oleh Muhammad Yusof. Jemputlah baca ya mak ayah.

Bertemu Pakcik Dengan Bakul Di Tangan

Malam hari tu, saya dobi baju. Agak lewat jugak. Dekat-dekat pukul 12. Saya sorang tapi saya tak risau sebab port tu meriah, ramai orang.
Then, masuk sorang pak cik bawak bakul.
Setel mesin baju saya lepak luar dobi tu. Ambil angin.

Tiba-tiba pak cik tadi tu datang duduk sebelah saya. Mai nak sembang. Cerita punya cerita, dia bagitau dah dekat 40 tahun dia dah kawen. Dia tanya saya, dah kawen belum, bila saya kata dah, dia jawab ‘muka muda lagi ingatkan tak kawen lagi!’. Berbunga jugak dalam hati bila dapat pujian tu (dimuntah). Dia siap puji: ‘bagus ye dik malam-malam dobi baju. Tolong bini..’

Lepas tu dia cerita sebelum ni dia tak pernah pun tolong buat kerja rumah ni. Bini dia jadi ‘one-woman-show’ buat kerja rumah sorang-sorang. Dia kata dia dibesarkan macam tu.

Baca sini : ‘Masak, makan, rasa makanan sama-sama’ Rupanya itu kunci bahagia rumah tangga.

IKLAN

Suatu Hari Pakcik Tertengok FB Ustaz Ebit Lew

Tapi entah macamana ada satu hari tu dia tengok facebook Ustaz Ebit Lew. Dia tengok Ustaz Ebit baru balik buat kerja kebajikan penat-penat tapi sampai rumah Ustaz terus tolong bini dia masak. Start masa tu dia terfikir penat sebenarnya jadi isteri ni dan bermula dari hari tu dia start cuba tolong bini dia. Mula-mula memang nampak pelik tapi lepas tu jadi biasa.

Pak cik tu bagitau tolong bini ni bukanlah maksudnya suami ni nak kena ambil semua tanggungjawab kerja rumah yang bini kena buat, bukan macam tu.

Dia bagitau, kalau isteri dah tolong basuh dan bilas baju, suami pi lah tolong dobi ke jemur ke, kalau isteri tengah masak, suami tolonglah bancuh kopi ke, buat air sirap ke apa ke.

IKLAN

Kalau isteri dah masak tolonglah makan sampai habis sebab bini ni bila dia dah masak dia kenyang dah.(ramai isteri ada habit macam ni kot).

Suami Janganlah Malu Tolong Isteri..

Pendek kata, kalau isteri buat kerja, suami bantulah sama. PERMUDAHKAN KERJA ISTERI. Kalau tak nak tolong pun takpe sebab sekarang ni banyak jugak alat canggih boleh buat kerja rumah jadi senang. Beli je kat bini.(banyak sangat wishlist kaum perempuan ni kan?)

Last sekali, pak cik tu bagi nasihat yang buat saya sayu:
Dik, takkan jatuh martabat seorang lelaki kalau dia tolong bini dia dik. Janganlah malu tolong bini. Nanti bila kita susah, kita sakit, bini jugak yang tolong jaga kita masa tu..’

IKLAN

Betul jugak apa yang pak cik ni cakap. Terima kasih pak cik atas nasihat yang berharga malam tu.

Saya sekadar nak kongsi cerita ni buat semua pasangan suami dan yang nak cari kebahagiaan bersama.

p/s: Sharelah kalau isteri-isteri rasa nasihat pak cik ni bermanfaat buat pasangan masing-masing. Boleh juga follow Muhammad Yusof yang suka tulis santai-santai pasal kisah suami isteri.

MW : Alhamdulillah.. ramai dah ada kesedaran suami untuk bantu isteri buat kerja rumah.

Sumber/Foto : Muhammad Yusof

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI