40 tahun hidup bersama tiba-tiba suami ‘pergi’. Allahu sedihnya luahan dari seorang wanita yang suaminya ‘pergi’ menghadap Ilahi.
Rindu yang paling sakit adalah merindui orang yang telah tiada. Apatah lagi selepas 40 tahun tinggal sebumbung sebagai suami isteri.
40 Tahun Hidup Bersama Tiba-Tiba Suami ‘Pergi’
Sememangnya perkongsian dari Ustaz Hanafi Malek menerusi akaun Facebooknya mengenai seorang wanita yang kehilangan suami begitu syahdu. Wanita berkenaan sukar melupakan arwah suaminya walau arwah sudah meninggalkannya setahun yang lalu.
“Ustaz, dulu setiap pagi saya buat kopi untuk suami saya. 40 tahun hidup dengan dia, tiap-tiap hari saya buat kopi untuk dia.
“Sekarang ni, walaupun dah lebih setahun dia pergi, saya tak boleh lupa. Saya tak boleh tengok kopi, saya kan teringat pada suami saya.”
Saya tengok kain pelikat dia, saya teringat dia lagi. Saya tak boleh ustaz. Saya tak tahu macam mana nak hilangkan rasa sedih ni.”
Ada seorang wanita, datang jumpa saya. Cerita kesedihan yang dia alami selepas suaminya meninggal dunia.
Dia tanya, macam mana nak hilangkan sedih bila suami tercinta pergi menghadap Illahi?
Saya tanya dia balik,
“Anak-anak balik ziarah tak?”
“Ada ustaz. Anak-anak ada juga balik ziarah.” Jawab wanita ni.
Ads
Alhamdulillah..
Ujian Paling Besar Adalah Kehilangan Orang Tersayang
Tuan puan,
Ujian paling besar yang menimpa manusia adalah ujian kehilangan orang tersayang. Boleh jadi suami atau isteri, mak ayah atau anak-anak yang pergi meninggalkan kita.
Saya juga pernah alami pengalaman yang sama beberapa kali.
Emak saya telah meninggal dunia. Begitu juga dengan dua anak perempuan saya yang meninggal dunia ketika usia 1 tahun 4 bulan dan 7 bulan.
Sedih tu payah nak cerita. Rindu yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.
Apa yang saya boleh kongsi. Bila rindu dan teringatkan orang yang telah pergi, ada beberapa perkara yang kita boleh buat.
Pertama, tenang
Usaha untuk tenang, tuan puan. Tenang bila hadapi apa-apa ujian.
Bila hati tenang, kita mampu kawal emosi dan bertindak melulu. Tak salah nak bersedih dan menangis, tapi jangan berlebih-lebih.
Cara nak tenang, kena banyakkan zikrullah. Banyak ingat Allah.
Ads
Yakin setiap apa yang kita ada adalah pinjaman dan Allah berhak mengambil bila-bila masa saja yang Dia kehendaki.
Kedua, tingkatkan amal ibadah.
Bila sedih, banyakkan ibadah kepada Allah. Banyakkan baca Al-Quran, bersedekah, solat terutamanya qiamulalail.
Salah satu cara nak kuatkan jiwa adalah solat malam.
Ketika kita bersendiri, mohonlah pada Allah dengan sesungguh hati. Mohon Allah kuatkan jiwa kita dalam menghadapi ujian. Allah swt pemilik hati kita, dan padaNya jua kita minta kekuatan.
Ketiga, banyakkan sedekah dan amalan baik dan diniatkan untuk orang yang lebih dulu meninggalkan kita.
Ada tiga talian hayat bagi orang yang dah meninggal dunia.
Sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat,
dan anak soleh yang selalu mendoakan.
Ads
Jika si dia yang telah pergi ada meninggalkan harga, infaqlah sebahagiannya di jalan yang Allah redhai.
Sebarkan ilmu bermanfaat yang diajarkan si mati, dan didiklah anak-anak yang tinggalkan dengan ajaran agama yang sebaiknya.
Keempat, sibukkan diri dengan menuntut ilmu.
Hanya dengan ilmu agama yang benar, banyak rahsia-rahsia kehidupan akan tersingkap. Iman dan keyakinan kita kepada Allah swt juga akan bertambah.
Ini menjadikan kita lebih tenang dan lapang menghadapi pemergian insan yang tersayang.
Tuan puan, setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.
Jika hari ini, insan yang kita sayang telah pergi menghadap illahi, entah esok lusa kita pula yang menyusul.
Tuan puan, kematian bukanlah pengakhiran dan titik akhir hidup kita. Ada perjalanan panjang dan destinasi abadi yang menanti setiap manusia.
Moga Allah kumpulkan kita dengan keluarga tercinta di syurga sana,” kongsi Ustaz Hanafi.
Suami suka bermanja-manja boleh buatkan isteri cepat kurus. Oleh kerana terlalu bahagia, ada diantara anda yang makin bertambah berat badan. Ianya akan menjadi masalah utama bagi anda jika tidak mampu mengawal pemakanan selepas berkahwin.
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan berat anda naik mendadak, antaranya ialah selepas bersalin. Namun, sebenarnya ada cara yang lebih ‘sweet’ mampu menurunkan berat badan dan berkesan serta mendadak selain berdiet. Kedengaran agak lucu, namun sebenarnya ianya rutin mudah dan sangat efektif!
Bagi anda yang memiliki suami yang suka bergurau dan suka bermanja, anda seorang yang sangat bertuah! Ini kerana, isteri mampu kurus mendadak jia suami suka bermanja dengan anda iaitu dengan pelukan sahaja.
Pelukan suami sebenarnya dapat mengurangkan tahad kalestrol dan meningkatkan kesihatan isteri. Walaupun pelukan yang diberi itu lembut, kita boleh rasai sendiri gentaran hangat dalam jiwa raga kita.
Suami yang ingin Isterinya menurunkan berat badan digalakkan untuk peluk isterinya lebih kerap. Namun pelukan bukan hanya pelukan. Anda perlu tahu apa yang si suami ingin sampaikan melalui pelukan.
Berikut adalah 5 jenis pelukan suami dan maknanya.
1. Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga beerti pasangan anda ingin meminta maaf.
2. Memeluk Sambil Meletakkan Kepalanya Di Bahu
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalakn ciuman dibahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.
3. Pelukan Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.
4. Pelukan Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.
5. Pelukan Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya sebuah . Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.
Apabila sudah berumah tangga, sungguh malang jika suami isteri tinggal serumah, tidur sekatil, tetapi tidak saling berpelukan. Kajian mendapati bahawa pelukan dan gurauan mesra dapat mengubati kegusaran, penyakit, rasa berserorangan, tekanan dan murung.
Semesti ada sebab kenapa isteri suka dipeluk dan memeluk suami. Pelukan yang romantis, mesra dan hangat, rapat dari hati ke hati.
Suami perlu tahu, isteri memang suka dipeluk dan digomol. Lebih-lebih lagi pelukan ‘surprise’ dari belakang. Amalkan selalu, semoga bahagia rumah tangga!
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan OKU selamat berkahwin, hidap Cerebral Palsy bukan halangan cipta bahagia. Majlis perkahwinan pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap Cerebral Palsy baru-baru ini menarik perhatian warga maya. Pasangan istimewa itu melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei lalu.
Pasangan OKU Selamat Berkahwin
Perkahwinan Muhammad Shahriel Hakimi Hayuddin dan pasangannya, Aireen Natasha Mohd Zahid menjadi tumpuan di TikTok selepas Muhammad Shahriel Hakimi memuat naik video majlis mereka.
Memetik SinarPlus, Shahriel, 25,berkenalan dengan Aireen Natasha, 21, melalui penstriman langsung seorang sahabat di TikTok tiga tahun lalu. Pertemuan di alam maya tersebut menimbulkan perasaan suka terhadap Aireen Natasha.
“Saya kenal isteri melalui live kawan. Ibarat cinta pandang pertama, dari situ saya mula mendekati dirinya. Pada mulanya saya bimbang mendekati kerana takut keluarga belah sana tidak setuju. Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga isteri menerima hubungan kami dengan hati terbuka,” ujar Shah.
Shahriel mengambil keputusan untuk berkahwin, setelah mendapat sokongan dan restu kedua-dua keluarga,
Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Cipta Bahagia
“Sebulan sebelum majlis, kami telah menyediakan segala kelengkapan dengan bantuan kedua belah keluarga. Kami seperti insan lain yang mahu merasai kebahagiaan. (Selepas video perkahwinan mendapat perhatian) ada yang memberi kata semangat dan ada yang negatif, tetapi saya jadikan ia sebagai motivasi untuk melangkah lebih jauh.
“Alhamdulilah kalau dah jodoh tak kemana.. terima kasih kawan-kawan kerana meriahkan majlis perkahwinan kami berdua”- tulisnya dirungan kapsyen.
“Syukur, orang tua kami memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami anak OKU berkerusi roda untuk menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.
Berkongsi mengenai perubahan dirinya selepas berkahwin, Muhammad Shahriel meluahkan rasa syukur dan gembira kerana impiannya untuk hidup bersama insan tersayang tercapai.
“Mestilah gembira… Dahulu buat apa-apa sendirian, sekarang berdua. Selain itu, tanggungjawab juga perlu saya galas dengan baik. Itu yang membantu membuatkan saya lebih matang dan bersemangat untuk berkeluarga walaupun kami banyak kekurangan diri. Yang penting kami syukur selalu,” ujarnya.
Shah dan isterinya yang kini masih menetap bersama keluarga bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Saya berniaga dalam talian, manakala isteri tidak bekerja. Walaupun saya berstatus OKU dan agak sukar mencari rezeki, tetapi saya berusaha dengan kemampuan diri untuk membahagiakan orang sekeliling.
“Saya juga mahu membuktikan OKU boleh bekerja seperti orang normal. Walaupun pendapatan tidak banyak, saya bersyukur dapat memberi hasil kepada ibu bapa dan kini menanggung isteri.
Saya berharap dapat memberikan keselesaan dalam menyediakan keperluan untuk keluarga kecil kami ini,” katanya sambil mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Selepas bersalin, para isteri pastinya memerlukan sokongan daripada suami bagi mempercepatkan pemulihan luka dan kembali sihat sedia kala. Bersalin merupakan satu perjuangan buat isteri, rela mempertaruhkan nyawa dalam melahirkan cahayamata buat suami.Apa yang para isteri mahukan hanyalah suami benar-benar memahami situasi dan keadaan yang dihadapi.
Menurut perkongsian oleh Dr Taufik Razif, sebenarnya ada 5 perkara yang suami kena ambil tahu tentang isteri yang lepas bersalin baik dari segi perubahan emosi mahupun fizikal.
Berikut antara perkongsian beliau;
5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin (post partum )
1. Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
2. Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
3. Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
4. Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau-lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
– Batuk darah
– suhu badan naik
– sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
5.Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues.
Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat & tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...