4 Tanda Suami Nak Kelentong, Awas! Naluri Isteri Lagi Hebat

Share

Pernah tak bila bercakap, anda rasa suami bohong pada anda? Lebih-lebih lagi, bila bertanya padanya. Kadang-kadang dia jawab pun acuh tak acuh je. Mulalah rasa lain bila suami buat endah tak endah. Ada benda yang dia cuba sembunyikan. Itulah, naluri seorang isteri.

Reaksi macam mana pun, dia boleh agak ada benda yang tak kena. Walau bagaimanapun, kalau ada yang agak blur dan nak tahu macam mana dia bercakap jujur atau bohong, cuba tengok tanda-tanda ini.

1. Gerak Kepala

Abang, tadi keluar makan dengan kawan pejabat sekali dengan bos perempuan yang cantik tu ker?’

Kalau suami kata ‘tidak’ tapi gerakan kepala dia macam mengangguk. Ermmm.. memang ada yang dia sembunyi. Mungkin ‘ya’ tapi tak nak kecilkan hati isteri terus cakap ‘tidak’.

2. Ekspresi Muka Sebelum Menjawab

Abang, ok tak rasa teh panas nie. Saya rasa macam cair aje

,’

Kalau dia berbohong, tentu sekali ekspresi wajah dia nampak pelik. Dia cakap ok tapi pada masa sama anda boleh tengok raut wajahnya yang berubah sedikit.

3. Gerakan Tangan

Tadi saya telefon abang kat pejabat tapi tak ada orang angkat, abang meeting ker?’

Cara gerakan tangannya yang lebih cepat daripada biasa. Kadang-kadang diikuti dengan menunjuk, menggaru kulit kepala atau bergerak tidak tentu arah. Itu tanda dia sedang berkata bohong.

4. Ambil Masa Sebelum Bercakap

Bukan ke semalam abang cakap kat saya nak gi lawat kawan abang yang sakit tu?’

Bila isteri bertanya, tapi suami ambil masa yang lama untuk menjawab. Itu tanda dia cuba berbohong. Berbanding dengan suami yang terus bagi jawapan tiap kali anda menanya.

Published by
Nora