4 tahun tunggu peluang ini, remaja disleksia galas cabaran julang nama negara di Sukan Olimpik Khas Dunia, Berlin
Bukan mudah tapi perlu menanti empat tahun sebelum impian ini menjadi nyata. Inilah kegembiraan dan keterujaan dirasai oleh atlet istimewa ini. Terpilih menggalas menjulang nama negara, Nur Ameer berkata beliau berasa teruja kerana impian untuk mewakili negara dalam Sukan Olimpik Khas Dunia sudah diimpikannya sejak empat tahun lalu.
Atlet istimewa yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran itu mengakui berasa gementar tatkala membawa nama negara ke temasya dunia namun, beliau berharap akan mampu mempamerkan aksi terbaik bagi acara acara larian 100 meter (m), 4×100 m dan lompat jauh yang disertainya.
“Saya bersyukur dan terharu atas peluang yang diberikan untuk membawa nama negara dalam Sukan Olimpik Khas Dunia itu nanti.
“Sejak tahun lalu saya sudah menjalani rutin latihan bersama jurulatih, S. Manogaran dan insya-Allah saya yakin akan melakukan sehabis baik untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
“Peluang ini sudah lama ditunggu dan saya akan buktikan demi mengharumkan nama negara,” katanya yang menjadikan atlet sensasi dunia Usain Bolt sebagai idola sebelum berlepas ke Berlin.
Inilah semangat ditunjukkan oleh Nur Ameer tatkala ditemui di majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet kelainan upaya intelek (ID) yang berlepas ke Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023 yang turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyerahkan bendera negara buat kontinjen negara.
Bertempat di kampus Sunway University di Bandar Sunway, seramai 16 orang atlet kelainan upaya (OKU) telah diraikan dengan panji bendera dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan atlet, jurulatih dan para penaja mereka sebelum membawa cabaran negara ke temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 25 Jun itu.
Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi terkemuka negara, U Mobile menjadi penaja utama pasukan Sukan Olimpik Khas Malaysia sebagai tanda kebanggaan dan sokongan buat para atlet negara yang bertanding di kejohanan ini.
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian tampil mengucapkan selamat bertanding kepada pasukan Malaysia pada temasya kali ini dan berharap agar kerjasama yang terjalin ini akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai atlet kurang upaya intelek (ID) yang mempunyai keupayaan luar biasa.
Menyedari pentingnya semua ahli pasukan dan pegawai saling berhubung dengan orang tersayang, kita menyediakan langganan postpaid untuk kesemua yang berangkat menjulang nama negara ini,” jelasnya.
Sukan Olimpik Khas Dunia merupakan temasya sukan khusus bagi orang kurang upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ‘Rumah Buruk, Impian Melangit’ Bertahun Cantikkan Kediaman Kampung Guna Bahan Terpakai
Erra Fazira Titip Pesanan Istimewa Buat Permata Hati, “Engku Aleesya Hadirmu Menyempurnakan Hidupku”
Cacat Penglihatan Bukti Mampu Jadi Peguam Profesional
Atlet Olimpik Khas Malaysia akan bersaing dengan 7,000 atlet dari 190 negara dalam enam acara sukan iaitu renang, bocce
, badminton, olahraga, pingpong dan boling.Selain Ameer, seramai 15 lagi atlet OKU Malaysia yang lain akan membawa cabaran negara dalam enam acara sukan termasuklah olahraga, renang, badminton, pingpong, boling dan bocce.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.