Pelakon yang berasal dari Singapura, Shah Iskandar telah selamat menimang cahaya mata sulung.
Selama empat tahun menunggu, isteri Shah iaitu Siti Sarah Mohd Noor telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Oktober lalu.
Bayi comel yang lahir dengan berat 3.66 kilogram di Hospital Umra, Shah Alam itu diberi nama Yusuf Zulkarnaen.
artikel berkaitan: Pakai Stoking Semasa Berpantang Bukan Sebab Elak Masuk Angin, Ini Alasannya
Bagaimanapun Shah, hanya berkongsi berita tersebut kepada umum pada Sabtu malam iaitu seminggu selepas dirinya bergelar bapa, sekali gus berkongsi foto pertama permata hatinya itu di laman Instagram miliknya.
“Pada 10 Oktober lalu, jam 2.02 petang, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pertama kami di Hospital Umra, Shah Alam.
“Alhamdullilah, proses kelahiran berjalan lancar, tambahan pula semua petugas di hospital itu menjadikan perjalanan kami sangat menyenangkan.
“Saya mengambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tujuh hari untuk berikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anak saya,” ujar Shah.
“Saya Sayang Awak”
Menerusi perkongsian yang sama, Shah turut menzahirkan rasa terima kasih buat isterinya atas pengorbanan melahirkan cahaya mata sulung mereka berdua.
“Ucapan terima kasih tidak akan pernah cukup dengan segala pengorbanan awak lakukan dan melahirkan bayi yang sangat comel. Saya sayang awak,” luahnya.
Shah juga akan membawa anak dan isterinya pulang bertemu keluarganya di Singapura selepas keadaan pandemik Covid-19 kembali reda.
Sumber / Sumber Foto: Instagram @shahiskandarmahfuz & @imsarahnorris
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/