“4 Tahun Lepas Datang Bersama, Kali Ni Laksanakan Umrah Buat Arwah Suami..” Sebak Luahan Nora

Share

Kehilangan suami tersayang yang selalu menjadi peneman dan tulang belakang pastinya memberi tamparan bagi seorang isteri.Apatah lagi jika kehilangan tersebut berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Rapuhnya hati, ibarat separuh jiwa telah pergi hilang tempat bergantung selama ini.Terlalu sukar untuk melupakan insan yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup. Menerbitkan rasa kerinduan yang tidak berpenghujung.

Hampir dua tahun pemergian suami tercinta, komposer Johan Nawawi akibat serangan jantung, penyanyi popular, Nora Ariffin, mengakui telah dapat menerima takdir dan ketentuan hakikat lelaki yang disayanginya itu sudah kembali menemui Maha Pencipta.

Baru-baru ini, penyanyi ini telah selamat melakukan ibadah umrah di tanah suci. Di dalam satu perkongsian video yang dikongsikan, Nora ada mengimbas kenangan 4 tahun lepas pernah datang ke tanah suci bersama suami. Namun apa yang menzahirkan rasa sebak, luahan hati kerinduan Nora pada arwah suaminya serta keredhaannya pada takdir kehilangan suami, ketentuan dalam kehidupannya. Malah, Nora juga sempat melakukan umrah khas buat arwah suaminya tersayang.

Alhamdulillahhh
Selesai umrah terakhir khas untuk suami.
Abang.I baru selesai buat umrah untuk you kali ni.
Miss you paa.
Tak pernah terfikir sebelum ni, 4 tahun lepas datang sama-sama, hari ini nora datang buat umrah BERNIAT untuk arwah suami Johan Nawawi.
Sangat sayu….Allah saja yang tahu.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya.
Moga Allah mendengar rintihan & makbulkan segala doa-doa & hajat saya.
Moga doa saya sampai kepada Johan.
In Shaa Allah kita bertemu disyurga.
Allahuakbar.
Aku hanya hambaMu yang lemah.
Ampunilah dosa- dosa hambaMu ini.
Ya Allah….Ya Rahman….Ya Rahim…
Kurniakanlah aku dengan apa yang terbaik untukku dalam keredaaanMu.


Berikanlah aku taufik & hidayah dalam segala hal.
Alhamdulillahhh

Para pengikut Nora turut berkongsi rasa yang sama, malah mendoakan penyanyi ini terus kuat dalam meneruskan kehidupan meskipun kehilangan suami tersayang.

Antaranya;

syifamizan Kesabaran Kak Nora begitu tinggi. In shaa Allah semoga diberikan keberkatan dalam mendoakan suami Kak Nora

sharidah.aman Semoga Allah terus memberi kekuatan kesabaran ketenangan buat Nora..Aamiin

sfiaali Allahu Akhbar…syukur Alhamdullillah…sebaknya… Semoga Allah SWT menemukan Nora bersama arwah suami di Syurga NYA.. Aamiinn…Ya Robb

hasmiyahdesa Ada hikmahnya Nora apa yang Allah dah aturkan untuk Kita…semoga apa yang Kita doakan ini sampai untuk mereka…saya pun melakukn umrah untuk arwah suami..memang sedih dan sayu.

halymsabry ‘Masya-Allah’ akak menjadi contoh terbaik pasangan bahagia walaupun arwah tercinta akak tiada kat sisi.. nilai cinta yang ikhlas boleh kami rasakan dari riak muka akak @itsnoraariffin apa-apa pun saya doakn semoga Allah SWT limpahkan rahmat kepada akak sekeluarga.

faznida_zulkifli Saya faham perasaan itu..luka itu,sakit itu, saya juga kehilangan suami..perginya bagai disambar helang tanpa sakit dan perginya secara mengejut.Terkadang ingin menjerit dan meraung tapi apakan daya..semua takdir allah.

itsmgwtnrsm_ Rindu yang tak berhujung, rindu kepada seseorang yang meninggalkan kita selama lamanya. Alfatihah

MW: Semoga Nora terus sabar dan kuat dalam meneruskan kehidupan. Bertuah seorang suami mendapat doa daripada seorang isteri tanpa putus-putus.Buat para suami pula, sentiasalah berbuat baik pada isteri.Percayalah, kebaikan itulah yang akan menjadi kenangan manis dan pengikat kasih sayang buat isteri, meskipun suami telah tiada di dunia.

Sumber:Instagram itsnoraariffin

Published by
Suhaidah Abd Wahab