Ada sesetengah orang suka buat stok sambal untuk jimat masa di dapur. Aagak-agak malas masak, goreng saja telur atau ayam dan tambah pes yang sudah siap. Tambah ulam sikit, terus boleh makan!
Jadi kali ini mak-mak boleh cuba penuhkan peti ais dengan pes masakan ini, makin cepat kerja memasak pun ya! Ini rahsia Rozi A Rahman untuk siapkan stok sambal, jemput godek.
1. Pes Asam Pedas
Bawang Kecil
Bawang Putih
Kunyit
Halia
Lada blend
2. Pes Masak Sambal
Bawang Kecil
Bawang Putih
Halia
Lada Blend
3. Pes Nasi Goreng Kampung
Bawang Kecil
Bawang Putih
Cili Api
Ikan Bilis
Belacan
4. Sambal Tumis
Bawang Kecil
Bawang Putih
Ikan Bilis
Lada blend
Belacan sikit
Air Asam
Gula Garam
Blend semua dan tumis hingga kering air dan pecah minyak. Sejukkan masuk dalam bekas-bekas kecil untuk sekali masak dan simpan dalam freezer sejuk beku.
Sekarang mak-mak boleh masak setiap hari walau pun cuma hasilkan menu simple, tapi itu lebih baik daripada makan di luar, bukan?