4 Sebab Buat Anak Meracau Dalam Tidur, Elakkan Dengan 6 Cara Ini

Share

Mungkin anda pernah mendengar anak meracau atau bercakap ketika tidur. Walau anda tidak tahu butir bicara yang diperkatakan tetapi percakapan ketika sedang nyenyak tidur pastinya mencuit hati apabila mendengarnya. Apakah penyebabnya mari kita pelajari.

Penyebab Anak Meracau Dalam Tidur

1. Hari Penuh Aktiviti

Seharian anak anda sibuk bermain dengan bermacam perkara. Anak terlalu seronok melakukannya. Aktiviti ini boleh menjurus kepada bercakap ketika tidur.

2. Dihantui Masalah

Bimbang sehingga membuat diri tidak senang duduk. Mungkin masalah di sekolah atau dia berhadapan dengan masalah dengan rakan-rakan. Perkara sebegini boleh menyebabkan anak-anak bercakap ketika tidur.

3. Kepenatan Yang Teramat

Terlalu seronok dan banyak melakukan aktiviti pada siang hari, kemungkinan besar anak akan mengalami kepenatan yang menyebabkan mereka bercakap semasa tidur.

Tip Elak Anak Meracau

1. Tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan. Apabila anak mendapat rehat yang secukupnya dan tidak melebihi had, potensi bercakap pada waktu tidur berkurangan.

2. Gaya hidup sihat. Jika anak-anak mempunyai aktiviti yang boleh dilakukan pada siang hari, mereka akan sukar bercakap semasa tidur. Bukan itu sahaja, aktiviti melukis dan mewarna membantu memberikan rawatan senyap untuk anak-anak agar dapat tidur lena pada waktu malam.

3. Jangan makan-makanan berat sebelum tidur, makan malam sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum tidur supaya tidur mereka tidak terganggu. Makanan ringan dan minuman berkafein tidak digalakkan supaya mereka tidak asyik terbangun pada waktu malam.

4. Terus dodoi jika terbangun ketika tidur. Temani anak ketika dia hendak tidur dan jangan pula membuat akiviti membaca buku jika dia terbangun di tengah malam. Nanti sukar untuk anak tidur kembali

5. Tempat tidur yang selesa. Kawasan tempat tidur sentiasa bersih dan selesa untuk mengelak dari perkara yang tak diingini.

6. Baca doa tidur dan baca ayat lazim dan perdengarkan anak.

Published by
Naimah Muhammad