Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting bagi setiap individu. Realitinya, menyimpan dan menggandakan sumber kewangan yang ada, penting untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan melestarikan ekonomi. Sekaligus sebagai persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Namun demikian, masih ramai yang mempunyai pengurusan kewangan yang lemah.
Oleh yang demikian, terdapat 4 perkara yang wanita perlu mengambil tahu tentang kewangan.
Kini semakin ramai golongan wanita yang peka dan mempunyai kesedaran mengenai kepentingan membuat pelaburan. Ramai wanita melabur untuk ‘mengembangkan’ lagi duit simpanan yang ada untuk mendapat pulangan pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan. Berbanding hanya menyimpan wang yang ada semata-mata di institusi kewangan.
Terdapat pelbagai pelaburan yang boleh dilakukan seperti menerusi pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan unit amanah, dan sebagainya. Malah, wanita juga semakin bijak merancang simpanan dengan membuat tabungan dan pelaburan secara konsisten bagi meningkatkan simpanan mereka.
Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting dalam kehidupan tidak mengambil kira wanita yang masih bujang mahupun telah berkahwin. Sangat penting bagi wanita untuk mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri serta mengambil tahu tentang cara menguruskan kewangan dengan baik. Ia dapat membantu untuk membezakan di antara kepentingan keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Sekaligus ia dapat mengelakkan kebocoran wang simpanan dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak diri.
Apabila membuat keputusan untuk berkahwin pula, wanita disarankan untuk mengambil tahu keadaan kewangan pasangan terlebih dahulu seperti sumber pendapatannya, hutangnya, jenis pelaburan yang diambil, apa yang dibelanjakan setiap bulan dan sebagainya.
Bukan apa, secara realitinya kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan yang berkahwin tidak hanya bergantung sumber kewangan pada sebelah pihak / suami sahaja. Sebaliknya, suami isteri perlu saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan dan menambah lagi sumber kewangan keluarga. Bahkan, ia dapat mengukuhkan lagi institusi perkahwinan, apabila mempunyai pengurusan kewangan yang stabil.
Tidak dinafikan setiap anak yang dilahirkan adalah merupakan suatu rezeki. Namun demikian, daripada saat mengandung hinggalah membesarkan anak-anak ia perlu disertakan dengan perancangan kewangan yang teliti. Anak-anak merupakan satu amanah dan perlu dibesarkan dalam persekitaran yang selesa, disamping mengambil kira kos yang perlu dibelanjakan.
Ibu bapa yang bertanggungjawab perlu memikirkan keperluan dan perbelanjaan asas anak-anak seperti makan minum, pakaian, yuran pengasuh, kos pendidikan, perubatan dalam membesarkan mereka. Ia tidak termasuk dengan keperluan tambahan seperti insuran perubatan, kelas tambahan seperti tuisyen, disamping aktiviti riadah seperti bercuti dan sebagainya.
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara untuk memaksimumkan punca pendapatan yang ada. Golongan wanita umumnya lebih kreatif dalam menjana pendapatan tambahan. Di samping pendapatan tetap yang diperolehi, ada yang menjadikan minat dan hobi sebagai bisnes yang mampu menambah sumber kewangan mereka. Disamping itu, pendapatan dari sumber pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk memaksimumkan punca pendapatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investors Berhad, sila layari www.kenangainvestors.com.my
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.