Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting bagi setiap individu. Realitinya, menyimpan dan menggandakan sumber kewangan yang ada, penting untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan melestarikan ekonomi. Sekaligus sebagai persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Namun demikian, masih ramai yang mempunyai pengurusan kewangan yang lemah.
Oleh yang demikian, terdapat 4 perkara yang wanita perlu mengambil tahu tentang kewangan.
Kesedaran Pelaburan Di Kalangan Wanita Semakin Meningkat
Kini semakin ramai golongan wanita yang peka dan mempunyai kesedaran mengenai kepentingan membuat pelaburan. Ramai wanita melabur untuk ‘mengembangkan’ lagi duit simpanan yang ada untuk mendapat pulangan pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan. Berbanding hanya menyimpan wang yang ada semata-mata di institusi kewangan.
Terdapat pelbagai pelaburan yang boleh dilakukan seperti menerusi pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan unit amanah, dan sebagainya. Malah, wanita juga semakin bijak merancang simpanan dengan membuat tabungan dan pelaburan secara konsisten bagi meningkatkan simpanan mereka.
Penting Ambil Tahu Pengurusan Kewangan Sendiri & Pasangan
Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting dalam kehidupan tidak mengambil kira wanita yang masih bujang mahupun telah berkahwin. Sangat penting bagi wanita untuk mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri serta mengambil tahu tentang cara menguruskan kewangan dengan baik. Ia dapat membantu untuk membezakan di antara kepentingan keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Sekaligus ia dapat mengelakkan kebocoran wang simpanan dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak diri.
Ads
Apabila membuat keputusan untuk berkahwin pula, wanita disarankan untuk mengambil tahu keadaan kewangan pasangan terlebih dahulu seperti sumber pendapatannya, hutangnya, jenis pelaburan yang diambil, apa yang dibelanjakan setiap bulan dan sebagainya.
Bukan apa, secara realitinya kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan yang berkahwin tidak hanya bergantung sumber kewangan pada sebelah pihak / suami sahaja. Sebaliknya, suami isteri perlu saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan dan menambah lagi sumber kewangan keluarga. Bahkan, ia dapat mengukuhkan lagi institusi perkahwinan, apabila mempunyai pengurusan kewangan yang stabil.
Ads
Kos & Kesan Kewangan Memiliki Anak
Tidak dinafikan setiap anak yang dilahirkan adalah merupakan suatu rezeki. Namun demikian, daripada saat mengandung hinggalah membesarkan anak-anak ia perlu disertakan dengan perancangan kewangan yang teliti. Anak-anak merupakan satu amanah dan perlu dibesarkan dalam persekitaran yang selesa, disamping mengambil kira kos yang perlu dibelanjakan.
Ibu bapa yang bertanggungjawab perlu memikirkan keperluan dan perbelanjaan asas anak-anak seperti makan minum, pakaian, yuran pengasuh, kos pendidikan, perubatan dalam membesarkan mereka. Ia tidak termasuk dengan keperluan tambahan seperti insuran perubatan, kelas tambahan seperti tuisyen, disamping aktiviti riadah seperti bercuti dan sebagainya.
Ads
Maksimumkan Sumber Pendapatan
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara untuk memaksimumkan punca pendapatan yang ada. Golongan wanita umumnya lebih kreatif dalam menjana pendapatan tambahan. Di samping pendapatan tetap yang diperolehi, ada yang menjadikan minat dan hobi sebagai bisnes yang mampu menambah sumber kewangan mereka. Disamping itu, pendapatan dari sumber pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk memaksimumkan punca pendapatan.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian: Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ramai yang mengeluh punyalah susah untuk dapatkan Kad Touch N Go e-wallet terbaru ini. Malah bila nak beli dekat shopee harganya bukan main mahal lagi.
Berbanding Kad Touch N Go yang biasa digunakan sebelum ini, kelebihan Kad Touch N Go e-wallet terbaru ini sangat memudahkan. Ia menjimatkan masa untuk membuat pembayaran secara online di app touch n go sahaja. Tak perlu beratur untuk tambah nilai di kaunter atau mana-mana kiosk, mahupun risau tak cukup baki kerana boleh ‘top up’ guna handphone di mana-mana.
Namun syarat utama, handphone yang digunakan kena ada teknologi NFC (Near Field Communication) dahulu, barulah ia boleh digunakan.
Punyalah susah nak dapatkan sekeping kad ni nak berebut dalam apps Touch N Go e-wallet. Nak beli dekat shopee, harga bukan main cekik darah masing-masing markup.
Ada alternartif lain lebih mudah.
Tanyakan pada wanita, siapa yang tak nak kelihatan cantik dan awet muda? Malah, sangat penting untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri kerana ia akan membantu seseorang wanita tampil lebih menarik. Sebaliknya, kalau pun wajah wanita itu sedia cantik tapi kulit wajahnya penuh noda, kusam dan penuh kesan jerawat, maka pudar kecantikan aslinya itu. Jadi, rajin-rajinlah rawat muka ye.
Jika ada bajet lebih, bolehlah membelai diri di spa kecantikan. Banyak spa yang menawarkan perawatan sama ada yang moden atau tradisional. Sebaliknya jika bajet tak mengizinkan, jangan risau. Hanya perlu selongkar saja bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Kali ini, puan Ana, daripada De’ Belai Spa & Beauty Salon yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam, sudi berkongsi salah satu resipi membuat skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur setiap rumah. Kos pun tak mahal.
Bahan-bahan:
½ cawan kecil gula perang / putih 1 sudu besar madu 3 sudu besar jus limau nipis 1 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat:
1.Ambil beberapa sudu gula, masukkan ke dalam mangkuk kecil. 2.Kemudian masukkan sedikit madu dan jus limau nipis. Kacau rata. 3.Masukkan pula minyak zaitun. Kacau rata hingga membentuk pes yang agak pekatl. 4.Bersihkan wajah dan sapu skrub itu secara rata ke seluruh kulit wajah. Biarkan seminit dua. 5.Kemudian sental wajah dengan gerakan memutar. Setelah itu, cuci bersih. 6.Sekiranya berlebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Seeloknya digunakan sekali seminggu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim Buah Cempedak ni, ramai yang suka goreng cempedak untuk minum petang. Bukan apa, kalau nak beli cempedak goreng ni, boleh tahan mahal harganya. Sebenarnya memang lebih jimat dan berbaloi bila goreng sendiri di rumah, puas hati makan.
Ada cara dan resipinya untuk buat tepung bancuhan cempedak goreng yang sedap ni. Berbanding guna air sejuk, guna air biasa pun boleh, serdak kriuk kriuk nya tetap jadi rangup, garing dan tahan lama jika ikut resipi ni.
Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah atau pun di buat niaga juga nanti.
Ikut resipi yang digunakan oleh Puan Tiahsa Ariffin ini.
Berapa ramai penggemar cempedak goreng? Kriuk, kriuk kena lebih.
Bahan-Bahan:
5 cawan Tepung beras
3 sudu Tepung jagung
1 biji Telur
Garam sikit
Air + ais (air dalam peti ais pon boleh)
Pewarna kuning
Sedikit air kapur
Cara Membuat :
1. Campur kesemua bahan-bahan dan adun bagi sebati.
2. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Goreng dalam minyak yang cukup panas.
Tip Ekstra!
Kalau tak nak guna ais atau air dalam peti ais, guna air biasa pun boleh, Insha allah jadi juga kriuk-kriuk tu.
Mingguan Wanita : Begini rupanya nak buat adunan untuk cempedak goreng, guna air biasa pun boleh rangup sampai ke petang dan menjadi serdak kriuk kriuk nya. Boleh cuba nanti.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.