Sebagai mak ayah pasti bahagia rasa hati apabila memiliki anak yang rajin baca dan cintakan kitab suci Alquran dengan rela hati, tanpa perlu disuruh-suruh atau marah-marah. Melalui perkongsian oleh Puan Siti Aminah Sulaiman, sebenarnya ada 4 peringkat penting yang mak ayah kena lakukan agar anak cintakan Alquran. Menurut beliau, yang paling penting mak ayah perlulah berubah menjadi Pencinta Al Quran terlebih dahulu.
Berikut antara yang dikongsikan;
Saya masih teringat lagi kejadian beberapa tahun yang lepas.Ketika tu saya begitu ‘sibuk’ mengajar kedua anak saya membaca dan menghafaz al Quran.Pagi, petang dan malam saya peruntukan masa untuk ajar mereka. Hingga pada satu hari anak lelaki saya tegur saya;
“Kenapa Mak tak pernah baca Quran pun..?”
Soalan anak lelaki saya ibarat satu tamparan pada muka saya..saya tiada jawapan.Saya rasa nak marah..tapi tiada perkataan yang dapat keluar dari mulut saya.Soalan anak lelaki saya buat saya berfikir lama..
Dalam hati saya mula berbicara;
“Benar sekali..dah lama aku tak baca Quran..Ya Allah..aku begitu sibuk ajar anak hingga aku sendiri tak sempat baca Quran..”
Itulah TURNING POINT dalam hidup saya.
Berjinak-Jinak Semula Dengan Al Quran
Dari detik itulah saya mula berjinak-jinak semula dengan Al Quran.Lepas Maghrib saya tidak berganjak dari sejadah. Saya mulakan dengan hanya baca setengah muka Al Quran..itupun cukup seksa nak habiskan baca setengah muka! Seminggu itu saya hanya baca setengah muka saja setiap kali lepas solat Maghrib.Saya mula dapat rentak..perasaan seksa bertukar jadi seronok pula. Saya tambah bacaan Al Quran hingga habis satu muka.
Rupanya saya sedang diperhatikan oleh seseorang.Anak lelaki saya yang mulanya hanya sekadar pemerhati mula tarik rehal dan baca Quran bersama saya.
Ads
Allahuakbar..indah sekali perasaan ketika itu.Nikmat yang Allah beri apabila kita ingin kembali semula pada Dia..Rupanya inilah RAHSIA untuk dapat anak Cinta Quran..saya dulu perlu berubah menjadi Pencinta Al Quran
Tiada SHORTCUT!
Hantar tahfiz ke atau mana-mana madrasah pun, tapi bila anak pulang rumah dan lihat kita tak pernah sentuh Quran..Memang mustahil untuk lahirkan anak yang cinta Al Quran ! Pahit tapi inilah hakikat..
Anak perlukan SURI TAULADAN untuk mereka ikut dan ibu bapa adalah model yang paling hampir untuk mereka belajar sesuatu.Sejak saya mula membaca Al Quran, anak-anak juga jadi lebih mudah untuk diajak mengaji bersama.
Saya reflect semula Teori Modelling dari Prof Albert Bandura iaitu bila kita nak anak belajar MENIRU perbuatan kita,
Ads
Ada 4 peringkat yang penting iaitu:
1. NAMPAK
Anak mesti NAMPAK apa yang kita buat.Kerana itu saya suka mengaji diruang tamu supaya anak-anak nampak dan mereka boleh tiru.Biarkan anak bermain sekeliling kita. Jangan lari jauh dari anak-anak!
2. ULANG
Peringkat seterusnya ialah perbuatan itu mesti diulang-ulang supaya anak INGAT.Jadikan membaca al Quran sebagai rutin harian. Baca setiap hari.
Kalau kita hanya ‘kadang-kadang’ saja baca Quran, anak sukar nak tiru perbuatan kita kerana mereka akan lupa.
3. TIRU
Seterusnya anak akan cuba TIRU perbuatan tu.Bila anak selalu lihat mak atau ayah baca Quran, mereka cuba nak TIRU.Peringkat ini anak mula tunjukkan perubahan dalam bentuk TINGKAHLAKU.Ibu ayah akan rasa sangat bahagia pada saat ini, tetapi perlu ingat bahawa anak perlukan MOTIVASI supaya dia dapat berterusan kekalkan perbuataan baik dia.
Ads
4. PUJIAN
Beri Positive Reinforcement seperti pujian pada usaha anak.Baru anak sedar bahawa mereka sedang buat perkara yang baik. Dengan MOTIVASI ini, anak akan berusaha untuk kekalkan habit baru mereka.
Inilah 4 peringkat yang saya amalkan untuk buat anak-anak saya ‘rajin’ baca Quran. Tak perlu lagi reward material atau marah-marah bila ajar Quran.
Saya sentiasa ingatkan diri saya jika saya mahu anak suka baca Al Quran, saya dulu perlu selalu baca Al Quran.
Kenangan baca Quran bersama ini yang akan saya tinggalkan untuk anak-anak saya akan datang nanti sebagai memori terindah mereka.
Terima kasih Ya Allah atas peringatan ini..
Silakan SHARE jika anda rasakan perkongsiaan ini bermanfaat buat sahabat yang lain dan TAG pasangan untuk lebih faham RAHSIA lahirkan anak CINTA Al Quran.
Membuka tirai 2018 dengan khabar gembira, tahniah buat pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang menyambut kelahiran anak ketiga mereka semalam. Ia sekali gus melengkapkan tiga orang anak perempuan yang dimiliki oleh pasangan selebriti ini.
Azad yang terkenal dalam melakonkan watak-watak komedi didalam filem mahupun dramamenerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG)nya melahirkan rasa syukur kerana kedua isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Pengumuman yang disampaikan secara bersahaja dan berseloroh berjaya mencuit hati follower beliau.
“Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga. Azad ada tiga anak perempuan, YA anak perempuan. Alhamdulillah, terima kasih, syukur pada pada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, disebabkan ketiga-tiga anaknya adalah perempuan Azad sambil berseloroh memberitahu masih ada peluang untuk dirinya memiliki anak lelaki.
“Ini bermakna saya masih ada harapan lagi untun anak lelaki, terima kasih kepada peminat yang mendoakan. Nanti saya akan ‘update’ tentang anak dan juga isteri saya,” katanya ketawa.
Terdahulu, dua orang cahaya mata pasangan ini adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia setahun.
Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini, semoga kehadiran baby baru, memberi sejuta rahmat, rezeki dan kebahagiaan buat pasangan selebriti ini. Kepada Iera Syazira, selamat berpantang!
Rupanya ada cara selamat buat slime, tanpa menggunakan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan anak dan tidak mahal. Percayalah… anak suka main benda ni, ala-ala playdoh pun ya!
Apa yang best cuma perlukan 4 bahan asas, jadi lebih baiklah ikut langkah demi langkah seperti yang Puan Nor Azleen Abd Rahim kongsikan kali ini. Confirm anak suka!
Jom, Tengok Apa Yang Diperlukan
Akhirnya hari ini saya tunaikan permintaan Afiah nak membuat slime selepas lebih setahun dia memintanya.
Bukannya apa kebanyakan resepi slime yang ada menggunakan bahan pencuci pakaian yang kuat, sabun pencuci pinggan yang kuat juga, bahkan ada juga yang menggunakan boraks sebagai bahan utama dalam pembuatannya.
Selepas melihat beberapa video dan laporan kes yang menunjukkan tangan anak “terbakar” akibat terlalu lama bermain dengan slime yang dibuat dengan resepi bahan-bahan aktif sedemikian, saya tangguhkan sahaja.
Tetapi bila jumpa resepi yang dikongsikan oleh Mama Q3 hari tu tidak menggunakan bahan-bahan aktif sedemikian, saya putuskan untuk mencubanya.
Kami membuatnya dalam kelas persediaan. Seminggu sekali kelas ini dah macam playgroup dek kesukaran nak mengajak anak-anak ini berinteraksi.
Bila buat macam playgrup ini, mereka lebih aktif dan teruja. Mahu berbual-bual dan berkomunikasi.
Seronok sakanlah budak-budak ini dapat membuat slime dan bermain sampai bertukar warna biru tangan masing-masing.
Tapi saya gunakan pewarna makanan sahaja jadi warna biru tu hilang bila dicuci dengan air dan sabun. InsyaAllah.
Slime yang dibuat tanpa slime agent activator ini tidak bertahan lama. Pendek kata setiap kali nak main kena bancuh yang baru.
Tapi bolehlah memenuhi hajat nak memberikan anak-anak permainan sensori kan. Dapat juga hampir sejam lebih bermain dengannya.
Kami cuba pelbagai jenis gam. Gam yang murah-murah kurang RM1 sebotol kecil tu langsung tidak jadi ya.
Guna gam putih atau susu tu menjadi juga tetapi tidak bertahan lama. Sekejap sahaja sudah keras dan tidak elastik. Selain itu ia juga tidak bergumpal.
Kena pilih gam yang berkualiti untuk membuatnya.
Berikut adalah bahan-bahannya:
1 bekas bikarbonat soda
1 bekas gam berkualiti
250ml air panas
Pewarna makanan
Cara membuat:
1. Bicarbonate soda. 1 botol untuk 1 bancuhan slime.
2. Gam putih yang kiri sekali tu hasilnya tidak bergumpal. Gam dua kecik tengah tu tak jadi langsung. Gam yang kanan tu jadi dengan cantik.
3. Pewarna makanan yang lebih banyak digunakan untuk membuat eksperimen daripada membuat kuih.
4. Kacau bicarbonat soda dengan air panas dahulu.
5. Campurkan pewarna makanan dengan gam.
Rujuk Video:
6. Tangan dah macam the avatar. Yang sebelah kiri atas meja tu slime yang menjadi. Yang sedang dikacau itu slime dengan gam murah. Tak jadi.
Masukkan bancuhan bicarbonat soda ke dalam gam perlahan-laham sehingga ia bergumpal menjadi slime.
Video Main:
Boleh main macam ni sahaja pun. Tarik tekan tekan. Apa yang bestnya entahlah mommy tidak faham.
Ok, selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah tengok tak orang dekat kedai makan, duduk satu meja, berdepan-depan.. dekat pula tu. Tapi masing-masing tak bercakap pun. Berjam-jam mata terfokus pada handphone. Leka amat tengok smartphone.
Inilah yang berlaku di hadapan mata Nik Mohd Iznan ketika berada di kedai makan. Walaupun sedih, tapi inilah realitinya. Beliau juga sarankan 4 syarat yang boleh selamatkan komunikasi agar tak seratus peratus mengadap handphone semata-mata.
Realitinya Dekat Kedai Makan Semua Leka Tengok Smartphone
Selesai solat Isyak di Masjid Sultan Salahuddin, saya berjalan kaki ke kedai mamak. Saya pesan air oren segar dan sedikit nasi.
Tadi pergi masjid dengan kawan. Tapi hendak balik tidak jumpa. Jadi saya pulang seorang diri.
Sambil makan saya memerhati gelagat warga kota.
Yang meja di depan, 3 orang. Seorang leka dengan telefon bimbit. Dua orang lagi pun begitu. Semuanya bermain telefon bimbit.
Yang di sebelah. Satu keluarga saya fikir. Termasuk seorang kanak-kanak umur sekitar 6 tahun. Pun semuanya pegang telefon bimbit.
Selang beberapa meja di sebelah kanan. Saya fikir sepasang kekasih. Masing-masing sedang bercinta dengan telefon bimbit. Seolah-olah muka masing-masing mahu masuk ke dalam skrin.
Barangkali itulah harga yang perlu dibayar untuk bercinta dalam konteks dunia siber sekarang ini.
Kadang-kadang pelik. Duduk di rumah ber-Whatapps dengan kawan-kawan yang berada di restoran. Duduk di restoran ber-Whatapps dengan dengan keluarga di rumah.
Kita Di Zaman Pelik
Entah apa hendak jadi.
Saya melihat sekeliling. Boleh dikatakan satu restoran. Semuanya dengan telefon bimbit.
Kita di zaman pelik. Zaman masing-masing yang dekat semakin jauh. Yang jauh semakin dekat.
Macam mana tidak leka. Grup Whatapps pun 56. Grup Telegram pula 37. Facebook ada dua akaun.
Pelik. Dulu tidak ada boleh sahaja.
Sekali lagi saya berasa risau dengan gelagat manusia. Di kedai mamak. Yang semuanya dengan telefon bimbit. Hanya saya seorang sahaja yang tidak memegang telefon bimbit.
Sejenak saya tersedar.
Sedar kerana apa. Sedar kerana saya menjadi pemerhati segar sebab telefon sendiri sudah kehabisan bateri. Kalau bateri masih ada rasanya saya pun dua kali lima.
Demikianlah. Kita sering nampak kesalahan orang. Sehingga kita terlupa yang kita pun begitu juga.
4 Peraturan ‘Tanpa Smartphone’ Ini Akan Selamatkan Keadaan
1. Kena letak satu peraturan. Bila bersama pasangan di kedai makan, telefon kena tinggal dalam kereta. Walaupun bunyinya kelakar, tapi cara ini memang menjadi. Nak tak nak, kita akan kembali bercakap dengan pasangan.
2. Ketika di rumah, berikan waktu untuk beronline. Balik rumah, selesaikan urusan dengan anak-anak dan hal rumah, barulah tengok telefon. Susah.. memang susah.. kalau tak cuba memang tak jadi.
3. Kalau ke majlis kenduri, cuma perlu pegang smartphone waktu hendak ambil gambar. Sebaik sampai, berbuallah dengan saudara mara itu. Bukan bergosip, tapi bertanya khabar sepupu sepapat yang lama dah tak jumpa.
4. Anak-anak jangan beri smartphone ketika belum cecah usia remaja. Biar mereka belajar bermain, berbual dengan adik-adik. Bergaduh manja apa salahnya. Mak ayah cubalah leraikan pertelingkahan anak-anak dengan kelembutan.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...