Sesekali hujung minggu nak buat kelainan cuba resepi western, mak -mak boleh cuba resipi ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’ ni.Senang je rupanya nak buat, hanya dengan 4 langkah mudah dah boleh dapat menu yang sedap lagi senang nak buat untuk anak-anak.Campak-campak je, bahan-bahannya pun sikit je.
Berikut perkongsian resipi oleh Zai Harwani;
“Assalamualaikum
Hari ni saya masak ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’. Sedap. Siapa nak cuba saya sertakan resepi kat bawah ye.”
Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland
1.Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.
2.Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.
3.Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.
4.Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber: Zai Harwani