Jika selalu dinding utama rumah hanya dicat kosong dan tiada deko, boleh cuba DIY ‘Accent Wall’ ni. ‘Accent wall’ ni kebiasaannya merupakan dinding utama yang menjadi titik tumpu, bila tetamu berada di ruang tersebut. Manakala rekaan bentuk dan warna pula menjadikan ia berbeza dengan bahagian dinding di ruang lain.
Nak tahu macam mana nak buat sendiri ‘Accent Wall’ yang lawa ni, boleh rujuk perkongsian Fuad Abdul Rani sebagai panduan. Hanya perlukan 4 hari untuk tempoh siapkan dengan bajet kurang dari RM200 je.
Kurang 7 hari sebelum Syawal tiba, saya dan isteri bersepakat untuk menceriakan mood kami yang akan menyambut hari raya buat pertama kalinya dalam sejarah beraya di Melaka. Inilah definisi sebenar Wawasan 2020 rupanya. Semua orang tak boleh balik beraya. Padan muka!
Ok, langkah pertama adalah mencari info dari group deko-deko di FB, Pinterest dan Google. Sebelum ni banyak kali dah aku tengok orang dok post deme punya hasil wainscotting (tah betul ke tidak eja gitu). Lawa semuanya, tapi bila terlalu ramai buat benda yang sama, aku jadi tak minat. Jadiiii kena laa aku buat benda lain sikit iaitu ‘accent wall’.
Barang-barang yang diperlukan.
1. Kayu saiz 5/8″ x 1 1/2″ (1cm x 3cm) = RM60
Satu batang 10′. Aku beli 15 batang untuk 150′. Main agak je ni, ingatkan terlebih, rupanya ngam-ngam. Kayu ni dah siap ketam, tapiii tak berapa nak sempurna, ada yang OK lurus, ada jugak yang meleding.
2. Adhesive Sealant jenama X-Bond (Gam Kayu) dan Acrylic Latex jenama V-tech (Sealant) = RM40
Dalam gambar ada 3 gam kayu dan 2 sealant. Bila dah mula projek, gam kayu tu pakai 2 tiub je, yang lebih tu aku pergi tukar ambik sealant sebab tak cukup 2 tiub. Mujur apek hardware Malim tu ok.
3. Kertas pasir 2 keping = RM0.40
4. Cat ICI Dulux = RM95
5. Lain-lain barang semua memang aku dah ada, yang takde dalam gambar cuma penukul dan paku. Konfiden tinggi takyah guna paku langsung sebab gam dah kuat. Tapiii rujuk balik point No.1 aku cakap tadi kayu ada yang meleding, memang taklah nak harap gam tu je. Kena la paku jugak beberapa tempat.
Petang pergi cari barang-barang, malam tu gigih terus aku nak siapkan kononnya. Gila semangat. Dapat la buat frame keliling bahagian dinding tu.
Kiri tu gambar sebelum, kanan gambar selepas.
Sebelum mula kena la sketch dulu ye dok. Jadi selepas sesi tolak tambah bahagi darab, dapat laa ukuran lebih kurang dekat gambar kiri tu.
Gambar yang kanan tu pulak cara untuk cari panjang segitiga. Gunalah formula Teorem Phytagoras ye tuan dan puan.
p/s : Ye, tulisan saya memang lawa. Tak payah nak puji sangat.
Selepas ada ukuran, bolehlah kita potong kayu menggunakan gergaji seperti di dalam gambar sebelum ni. Power gergaji tu, beli RM5 je dekat Pasaraya COWBOY Cheng. #BangsaCheng
Nampak pembantu saya tu. Nama dia Faiq. Kalau takde dia, tak semangat saya nak buat semua ni. Lagi seorang pembantu dan pembakar semangat saya untuk menyiapkan semua ini tentulah isteri saya Nurul Farhana Husain..
Cara nak lekatkan gam kayu tu buat la bentuk apa yang anda minat. Seeloknya buat laa zig zag, lagi kuat mencengkam dekat dinding.
p/s : Gambar terpaksa dicensored. Panas woi!
Masuk hari ke-3. Ingatkan semalam punya proses dah teruk, rupanya harini punya proses lagi memenatkan. Keliling celah kayu kena sumbat dengan sealant. Tak sumbat tak cantik pulak nanti ada rongga-rongga degil mencacatkan pemandangan.
Cara nak sumbat benda ni mula-mula kena laa picittttt dulu sealant dekat celahan tepi kayu-dinding, lepastu teruss cepat-cepat sapu guna jari. Jari kena basah-basah lembab barulah cun hasilnya. Teknik ni aku baca dalam group dekorasi di FB. Mantap! Kagum betul aku bila first time buat.
Hari terakhir naik turun tangga. Kerja paling mudah untuk seorang tukang cat yang berwibawa. Langkah pertama cat dulu kayu dan semua bucu menggunakan berus. Bila dah kering, baru gelek dengan roller cat saiz sederhana. Yup memang senang, tengah hari dah selesai dan boleh berehat menanti isteri pulang dari kerja. Cian kena kerja.
Selesai. Mantap jugak finishing dia.
TAMAT. Ok bye nak tido. Dah boleh raya!
p/s : Gudluck kepada para suami yang akan ditagged oleh isteri masing-masing.
Baca Lagi Di sini: Ini Cara Betul Deko Dan Cat Dinding Corak Abstrak, Mula Sekarang Raya Nanti Siaplah
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang nak deko dan serikan dinding rumah dengan ‘Accent Wall’ ni. Bajet taklah besar mana, paling penting puas hati bila rumah cantik hasil bila buat sendiri. Berseri-serilah raya nanti.
Sumber: Fuad Abdul Rani