4 Beranak Hilang Di Pulau Perhentian Ditemui Selamat, Sudah Pulang Ke Rumah

Share
4 beranak hilang
di Pulau Perhentian selamat pulang, telefon rosak dimasuki air laut. Sebelum ini tular satu permintaan dari seorang lelaki yang meminta pertolongan dari orang ramai untuk mengesan keluarga mentuanya yang dipercayai hilang ketika bercuti ke Pulau Perhentian.
Apa yang membuatkan hatinya risau ialah keluarga mentuanya gagal dikesan sejak  30 September. Hasil laporan polis dan bantuan orang ramai, difahamkan empat beranak ini yang memakirkan kereta di Jeti Kuala Besut dilihat sudah bergerak keluar dari pulau pada 1 Oktober.

4 Beranak Hilang Di Pulau Perhentian Selamat Pulang

Sejak mewarkan hal ini di media sosial, ada berbagai cerita dikongsikan. Namun  sebentar tadi, melalui akaun facebook yang sama lelaki berkenaan dikenali sebagai Ah Pek di facebooknya, memaklumkan bahawa ibu mentuanya sudah selamat sampai di rumah.
Difahamkan kesemua mereka gagal dihubugi  kerana telefon bimbit mereka rosak dimasuki air laut ketika bercuti dan sebab itulah keluarga ini sukar dihubungi.

Sudah Pulang Ke Rumah

Dalam hantaran di facebooknya sebentar tadi, Ah Pek menulis :-
“Alhamdulilah ibu mertua,adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai.
Terima kasih pada semua rakan,pihak polis dan semua yg terlibat membantu kes ini sehingga selesai”.
“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan. Yang bahawasanya kes sudah selesai. Tanpa bantuan anda siapalah saya.
Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan dan menyampaikan. Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan. semua.Alhamdulilah Syukur.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Che Ta Risau 5.2 Juta Pengikut Mungkin Hilang, Bingung Akaun IG Digantung Kerana Melakukan Aktiviti Agresif

“Adik Dah Sedar & Gerakkan Tangan”, Syukur Kerana Jujurnya Saya Takut Kalau Diuji Kehilangan Lagi – Abdur Rahman

Anggota Tentera Hilang Di Royal Belum Ditemui Meninggal, Doa Ibu Anak Selamat Pulang Ke Pangkuan Berakhir Tragedi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros