4 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Suami Isteri Terlibat Kemalangan Maut Ketika Konvoi Motosikal

Share

Empat beradik yatim piatu sekelip mata, suami isteri terlibat kemalangan maut ketika konvoi motosikal. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Tiada daya upaya kerana ia takdir yang tertulis sejak azali.

Empat beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan ayah mereka terlibat dalam kemalangan maut ketika mengikuti konvoi motosikal semalam. Dalam kejadian ini, Azranawi Radzi, 42 tahun maut di tempat kejadian manakala isterinya, Rosnah Ahmad, 44 tahun meninggal dunia di KK Lenggong selepas terlibat dengan kemalangan.

Kemalangan berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong petang semalam berpunca daripada kereta Iswara keluar secara mengejut dari simpang kanan.

Empat beradik ini bergelar yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dalam konvoi motosikal.

Azranawi yang juga merupakan pemilik Restoran Rose Pulut Ayam yang terletak di Ipoh dikatakan mengikuti konvoi motosikal sempena cuti Deepavali dan memandu skuter Kymco ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kereta Iswara.

Pasangan ini meninggalkan empat orang anak berusia 16, 14, 12 dan 7 tahun di mana tiga lelaki dan seorang perempuan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 64 Tahun Hidup Bersama, Suami Isteri Meninggal Selang 15 Jam

51 Tahun Berkahwin Tak Pernah Berjauhan, Ajal Suami Isteri Meninggal Dunia Bersama Ketika Tidur!

Dalam pada itu difahamkan, persoalan siapa yang bakal menjaga anak-anak yatim ini diperbincangkan oleh ahli keluarga ini.

Pemilik motosikal ini maut di lokasi kejadian

Menurut ibu saudara kepada arwah Rosnah, Hamizura mengakui tidak menyangka kemalangan maut ini terjadi pada pasangan suami isteri ini.

“Mungkin antara kami ahli keluarga tiada masalah dan boleh menjaga mereka namun kasih sayang seperti ibu dan ayah kandung tidak serupa.

“Kalau boleh, kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik, di sini.

Pasangan ini akan dibawa ke Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, Ipoh.

Published by
almaswa Haji Che Ros