Empat beradik termasuk bayi 10 bulan kena halau dengan nenek, ditinggalkan depan pejabat kerajaan. Entah di mana hati nurani seorang wanita berusia yang bertindak menghalau empat cucunya termasuk bayi berusia 10 bulan.
Dalam kes menyayat hati ini, dalam usia yang belum pun baligh, empat beradik di bawah umur ditemui ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, di sini, semalam.
4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Kena Halau Dengan Nenek
Memetik laporan Harian Metro, kejadian kira-kira 10.50 pagi itu membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 11 tahun, tiga tahun dan bayi 10 bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah pada jam 5.39 petang.
Ditinggalkan Depan Pejabat Kerajaan
Hasil siasatan awal, katanya, pengadu dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa semua mangsa ditinggalkan di hadapan pondok pengawal keselamatan kompleks pentadbiran itu oleh seorang perempuan yang tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.
Ads
“Hasil pertanyaan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun berkenaan, dia mendakwa mereka dihalau dari rumah oleh nenek di Kampung Kuchai, Bota di Parit.
“Mereka dihantar ke tempat kejadian menaiki kereta oleh seorang perempuan yang tidak dikenali.
“Pengadu kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Gopeng untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hafezul Helmi berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak itu.
Ads
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.
Kenapa Ada Pasangan Yang Cari Skandal Di Luar? | Borak Kelamin
9/10 kes cerai selalunya melibatkan orang ketiga. Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang.
Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain ?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri keguguran, Ebit luah Allah uji sebab sayang. Takziah kami ucapkan kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan juga isteri yang telah mengalami keguguran.
Allahu, sebak dan sedih bila mendengar luahan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew apabila isterinya yang digelar bidadari baru saja keguguran. Perkhabaran duka tersebut dikongsi sendiri oleh Ebit.
Isteri Keguguran, Ebit Luah Allah Uji Sebab Sayang
Pasangan yang telah dikurniakan empat orang cahaya mata itu reda dengan ujian Allah yang mendatang.
“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran.
“InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang.
“Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri.
“Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu.
“I love you bidadariku till jannnah,” kongsi Ebit.
Semoga Allah pelihara Kesihatan & Diberikan Kekuatan Buat Bidadari UEL
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar isteri Ebit diberikan kekuatan dan kesembuhan.
“Semoga allah peliharan kesihatan dan di beri kekuatan pada bidadari UEL” kongsi Ajaq Mohamad Noor.
“Syafakillah buat isteri Ustaz” Norshakila Kila
“Semoga dilindungi Allah swt selalu ujian setiap hamba yg bertaqwa untuk menaik lagi keimanan seorang hamba itu selalu mengasihi seorang isteri insafAllah rezekI dipermudahkan Aaaamiin yaAllah” Rosli Li
“Take care Ustaz Ebit Lew & isteri” Bebiyana Tambi Khan
“Semoga dipermudahkan urusan rawatan isteri Ustaz dan cepat sembuh.Aamiin” Enon A. Hamid
“Semoga cepat2 sembuh buat isteri ustaz…aminnn” Hj Irawati Ldu.
Anak sulung penerbit drama, Datuk Ziela Jalil, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid telah selamat melangsungkan perkahwinannya. Beberapa hari selepas hari bahagia anaknya itu, Datuk Ziela berkongsi curahan hatinya untuk anakanda tercinta.
Ujar beliau, isteri kepada Dr Dziya Faqhran Bin Dato’ Mahmod Fauzi ini merupakan seorang anak yang begitu baik dan tinggi pekerjanya. Sayang sekali, anaknya itu tidak pernah lepas dari menempuhi ujian demi ujian dalam hidupnya.
Sampaikan di hari bahagia anaknya itu, ada insan yang tak bertanggungjawab cuba menabur fitnah sehingga membuatkan Dr Julia berasa sedih.
Doa Ziela Jalil Untuk Anak Sulungnya
“Anakku, sejak usia muda mu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahaga kan kasih dan sayang nya. Allah menyanyangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya untuk melalui dugaan ini.”
“Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dengan keluargamu demi menuntut ilmu. Kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari Ibumu atas segala masalah. Walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yang bukan mudah dan sangat mencabar.
“Tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on. Banyak dugaan yang kau tempuh, kesedihan yang terpaksa kau lalui anakku. Dan mama tak pernah putus mendoakanmu.”
“Kerana kau anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mama. Kau anak yang kuat hatinya. Akhirnya kau menemui cinta sebenar yang membahagiakanmu.”
Ada Hati Yang Cukup Kotor Sehingga Tergamak Dia Memfitnah.. Allahuakhbar!
Ujar Datuk Ziela lagi, tatkala anaknya itu sudah menemui cinta sebenar, tetap ada manusa yang bertopengkan syaitan yang tidak mahu melihat kebahagiaan Dr Julia.
“Kau terus diuji sehingga pada hari bahagiamu masih ada yang cuba untuk membuat kau sedih anakku.”
“Dari manusia yang tidak bertanggung jawab. Syaitan yang bertopeng kan manusia. Hatinya yang cukup kotor sehingga tergamak dia memfitnah, Allahu Akbar!”
“Yakin lah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yang lebih tinggi untuk mu dan juga suamimu, Aamiin.”
Buat kedua dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru, Mama doakan Semoga Berbahagia Kalian Sehingga Jannah dan jadi lah Suami dan Isteri yang Soleh dan Solehah juga Ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb…
Begitulah tulusnya doa ibu. Datuk Ziela Jalil juga mempunyai dua orang anak lelaki, Megat Jufri Nasrullah dan Ibrahim Junid Abdullah.
Masuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Rencah:
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.
Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan.
Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.
Sedap! Mesti kena cuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...