Kalau itu takdirnya. 4 beradik diduga dengan kehilangan ibu tersayang ketika mereka masih lagi kecil. Hanya mengharapkan kasih bapa. Tapi, itu hanya seketika bila ayahnya tinggalkan rumah dengan alasan bekerja.
Bayangkan tanpa makan dan minum, 4 beradik ini hanya mendapat ihsan jiran-jran terdekat. Mujurlah ada mak saudara yang sanggup menjaga walaupun ada masanya dirinya kesempitan wang.
Kisah 4 beradik ini juga dikongsikan oleh Natipah Abu agar ada yang sudi untuk Sedekah Jumaat pada mereka ini. Ikuti kisah mereka.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Enam Hari Dirawat, Anak Yatim Piatu Tiada Gajet, Al-Quran Jadi Peneman
Disangka Ayah, Rupanya Bapa Saudara, Jaga Anak Saudara Sejak Kematian Ibu Bapa
“Nama saya Afiza, seorang penjawat awam rendah. Suami pula seorang pengawal keselamatan. Hasil perkahwinan, kami ada seorang anak perempuan berumur 8 tahun.
Adik perempuan saya telah meninggal dunia akibat Hemoraghic Stroke pada 10/3/2020 iaitu hari ketiga PKP pertama negara.
Selepas kematian arwah, empat orang anak-anak arwah yang kini berusia 5 – 17 tahun itu, tinggal bersama bapa mereka di perumahan milik KEDA.
Si bapa seorang yang tidak bertanggungjawab, keluar kerja luar hampir 2 minggu dan balik ke rumah hanya sehari dua dan keluar lagi dengan alasan bekerja.
Anak-anak ini hidup atas ihsan jiran-jiran sahaja. Kadang-kadang, anak-anak pergi sekolah tanpa wang saku dan dengan pakaian yang tidak terurus.
Semangat hendak ke sekolah semakin luntur sehingga yang no 2 kerap ponteng sekolah dan tidak normal dalam pelajaran.
Saya selaku mak saudara tidak dibenarkan oleh bapa mereka untuk masuk campur soal anak-anak ini sehinggalah pada bulan 11/2020, jiran-jiran mereka memaklumkan kepada saya yang si bapa sudah 3 bulan tidak balik ke rumah atas alasan bekerja.
Hakikat sebenar, bapa mereka sudah pun ke seberang laut (Sabah) untuk bernikah dengan seorang perempuan Sulu yang dikenalinya melalui media sosial.
Saya membuat laporan polis dan kemudiannya diberikan hak jagaan sementara 3 bulan dan seterusnya hak jagaan tetap selama 2 tahun oleh pihak JKM.
Setelah anak-anak berada di dalam jagaan saya, kami tinggal di rumah pusaka ibu saya.
Rumah mereka di KEDA pula telah diambil balik oleh kerajaan kerana si ayah tidak lagi tinggal di sana. Sedihnya … saat membawa keluar kain baju anak-anak ini dari rumah yang pernah menjadi syurga mereka satu masa lalu.
Awal kejadian, ramai NGO tempatan, pihak masjid dan pihak sekolah tampil memberikan bantuan kepada mereka.
Memandangkan mereka 4 beradik akan tinggal dengan saya jangka masa panjang, maka saya perlu sediakan bilik untuk mereka dan mendidik mereka tentang batas aurat antara saudara lelaki dan perempuan.
Gaji saya dan suami tidaklah seberapa jadi saya membuat keputusan untuk meminjam dengan Amanah Ikhtiar sebanyak RM10K bagi menyiapkan bilik mereka.
Pihak sekolah anak-anak turut menyumbang RM2K. Saya berjaya sediakan 2 buah bilik dan satu bilik air untuk kegunaan mereka 4 beradik.
Anak Buah Ada Masalah Kesihatan
Seterusnya, bila anak-anak sudah berada di dalam jagaan saya, saya mengesan 2 beradik iaitu yang kedua dan ketiga adalah tidak normal dan membawa mereka jumpa doktor dan seterusnya disahkan mereka mempunyai masalah lembam pembelajaran.
Yang sulung belajar di kelas biasa menengah kerana tiada aliran pendidikan khas di sekolahnya manakala yang kedua dapat belajar di kelas pendidikan khas sekolah rendah.
Alhamdulillah, potensi mereka semakin baik dan ada kemajuan yang baik, faham dengan arahan dan pengurusan diri mereka setiap hari walaupun tidak pulih sepenuhnya. Manakala bagi yang ketiga dan bongsu setakat ini saya nampak normal.
Saya juga menyara mereka dengan bantuan anak pelihara dari JKM sebanyak RM500 sebulan dan juga food bank dari pihak masjid.
Anak-anak ini semuanya bersekolah pagi. Saya hantar kelas kafa dan hantar mengaji kelas Al Quran kampung berbayar.
Saya tak mampu nak mewahkan anak-anak ni. Saya dan suami bertahan untuk menampung perbelanjaan kelangsungan hidup mereka sehari-hari sahaja.
Tekanan saya dalam membesarkan anak-anak ini, hanya Allah saja yang tahu.
Kewangan saya sangat meruncing kerana keperluan anak-anak ini bukan hanya setakat makan dan minum tapi yang lain-lain juga.
Saya perlukan bantuan tapi saya takut dituduh mengambil kesempatan.
Separuh Jiwa Pergi…
Sebelum ini, saya masih mampu bertahan kerana ada adik lelaki saya yang membantu dari segi kewangan. Tapi Mei lalu, adik lelaki saya meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sejak permergiaan adik saya, separuh jiwa saya terasa hilang kerana dialah tempat kami saling berkongsi masalah tentang anak-anak ini.
Hampir 2 tahun saya menjaga mereka, tiada seorang pun saudara mara sebelah keluarga bapa mereka datang menjenguk mereka.
Mereka cuma ada saya sahaja tempat mereka menumpang kasih. Saya menjaga mereka benar-benar kerana Allah Taala dan tak mengharapkan apa-apa balasan.
Doakan semoga segala urusan mereka dan saya dipermudahkan Allah … “
Biarpun Puan Afiza, 43 tahun seorang penjawat awam, tetapi gaji bersihnya selepas ditolak hutang termasuk hutang menyiapkan bilik utk anak-anak saudaranya, sangat rendah.
Ada juga cadangan supaya Puan Afiza menempatkan dua orang anak saudaranya yang bersekolah di rumah anak yatim bermula sessi persekolahan baru tahun hadapan.
Ini memandangkan Puan Afiza sendiri mengidap diabetis kronik dan depression.
Itulah cara terbaik untuk kedua pihak.
Bagi yang ingin memberikan sumbangan seikhlas hati, bolehlah Sumbangkan kepada PERTUBUHAN JARIAH QASEH MAYBANK 552107634719
Mingguan Wanita : Moga urusan Puan Afiza dipermudahkan dan diberi kesihatan untuk menjaga anak buah dan keluarganya. Aaamiin.
Sumber: Natipah Abu
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita