
Isi Kandungan
ToggleJika mak-mak pernah makan Biskut Gery, biskut keping yang disalut dengan keju berkrim, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Biskut Gery yang pernah viral ini, mudah sangat nak buat, malah jimat kos berbanding beli di kedai. Rasanya yang lemak, manis, masin secukup rasa, boleh dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nerina Elli ini
“Try dahhh..Ala-ala Biskut Gery..mudah sangat, jimat kos. Bukan guna semua bahan-bahan ni, buat sikit-sikit.Bagi yang pertama kali buat ikut kuantiti di bawah.”
Bahan-Bahan:
Biskut ada gula
2 sudu Butter
3 sudu Susu Pekat
2 keping Cheese
Cara Membuat:
1. Panaskan butter, susu pekat dan cheese sampai cair. Guna api perlahan je.
2. Bila bahan dah cair. Kena cepat-cepat salut kat biskut ye.(Bahagian keping yang takde gula). Jika kering susah nak melekat nanti sebab tempoh bahan tu cair kejap je.
3. Celup terus biskut tu ke dalam bancuhan cheese berkenaan.Lagi cepat & cantik salut dia, tak perlu pakai sudu.
4. Sejukkan seketika biar salutan kering.
Dah berjaya buat, ulang lagi cara yang sama.
Info Ekstra!
Kalau nampak macam cheese tu pekat, letak sikit butter untuk cairkan ia. Sebab tu bila dah sejuk nampak berkilat-kilat lawa je tengok.
Siap!
Selamat Mencuba
Baca Lagi Disini: Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!
MW: Sesekali mak-mak boleh cuba buat biskut salut cheese ala-ala Biskut Gery ni. Anak-anak pun mesti suka.
Sumber: Nerina Elli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kuah Laksa Buat Yang Malas Nak Perisi Ikan

Isi Kandungan
ToggleRasa sedap laksa ini bergantung kepada kuahnya, kalau tahu rahsia buat kuah mak-mak mesti rasa puas hati buat laksa sendiri.
Tetapi kali ini, mak-mak boleh buat laksa dalam masa yang singkat dengan rasa kuah yang sedap!
Haa… pastikan ada periuk noxxa dulu ya! Jimat masa tak payah perisi tulang dan isi satu-satu.
Bahan-Bahan Buat Laksa:
1 peket laksa bihun beras cik Siti. Rendam semalaman.
1 kg ikan sardin + kembung dibuang kepala dan ekor dan masukkan dalam periuk Noxxa HP selama 90 min
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
Segenggam cili kering dipotong-potong dan direbus
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
2-3 keping asam gelugur/keping
Segenggam daun kesom
Sekuntum bunga kantan
Ulam
Sebatang timun
Sebiji bawang besar Holland
Nenas
Telur Rebus
Cili Merah
Daun Pudina/Salad
*Semua ulam ini dipotong dan dihiris
Cara-Cara:
Tapis dan celur laksa yang telah direndam tadi. Tapis sekali lagi.
Untuk Kuah Laksa
Ikan Sardin + Kembung tadi dikeluarkan dari periuk Noxxa dan diblend sehingga hancur semua tulang-tulang.
Blend semua bahan-bahn bertanda *
Masukkan bahan-bahan blend dalam periuk dan tumis tanpa minyak sehingga naik bau.
Masukkan ikan-ikan yang telah diblend tadi ke dalam periuk.
Apabila telah mendidih, masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tambah air sebanyak yang diperlukan.
Perasakan dengan gula, garam dan asam keping.
Masukkan laksa dalam pinggan, tuangkan kuah laksa dan hias dengan ulaman. Boleh ditambah petis udang jika suka.
Khas Buat Anda Yang Suka Laksa beras:
2cawan tepung beras.
2sudu tepung gandum.
2sudu tepung jagung.
Air panas baru lepas mendidih.
Gaul semua guna senduk kayu. Lepas tu masuk dlm acuan pulas dlm air mendidih. Biar terapung. Kemudian angkat masuk kan dlm air sejuk n tapis. Ok dh siap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PANDAN CHEESE Cake Ekspres SEDAP, Tak Reti Buat Kek Pun Boleh Buat!

Isi Kandungan
ToggleRupanya mudahnya je untuk buat Pandan Cheese Cake cara ekspres ni. Senang kata yang tak reti buat kek pun boleh buat lah,memang ‘gerenti’ sedap dan jadi.Bukan apa kadang kala kita nak cepat, idea ni memang simple dan ramai boleh cuba. Malah jimat banyak!
Ikut cara dan idea yang dikongsikan oleh Puan Syafawatie Yatiey ini sebagai panduan.
Pandan cheesecake. Tak perlu bakar tak perlu kukus.Yang tak reti buat kek pun boleh buat. Saya share resepi di setiap gambarnya.Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
Kek span perisa pandan (beli di Lotus)
3-4 sudu besar Susu pekat
Whipping cream
250g cream cheese
susu segar full cream. ( dalam gambar low fat sebab susu ni dah ready dekat rumah so guna jelah)
cheese cheddar
Cara Membuat:
1. Masukkan cream cheese dan susu pekat. (Tahap kemanisan ikut selera masing-masing) kemudian mix sebati.
2. Dah sebati masukkan whipping cream.Saya guna 3/4 kotak.Maknanya tak habis 1 kotak tu pun saya guna. Ada lagi dalam suku lagi bakinya. Mix sekejap bagi sebati.
3. Kemudian masukkan pula susu segar. Part ni ikut selera lah ya nak cair setakat mana. Takda sukatan untuk susu segar ni.Main tuang je. Mix sebati.
4.Sampai jadi kepekatan macam ni. Saya suka cheese tak pekat sangat tak cair sangat. Depend lah ya.
5. Tuang cheese tadi atas kek macam ni. Hentak-hentak sikit bagi cheese turun bawah.
6. Last sekali parutkan cheddar cheese sebanyak mana korang nak.nak buat kek besday pun boleh ni tau. Dah siap sejukkan dalam peti ais 2-3 jam. Lepas tu boleh la makan.
7.Nikmat dapat makan sejuk-sejuk.
Siap! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:KEK MARJERIN ‘Moist’ Sedap Berlemak, Teknik ‘Mix 3 Minit’ Adunan Gebu Beralun!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Mudah KEK PANDAN Gebu Lembut, Kisar Sebati Guna Blender Je!
Artikel Menarik:RESIPI Kek Coklat Moist Mudah, Boleh Pilih Nak Kukus Atau Bakar!
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat Pandan Cheese Cake yang sedap ni. Tak perlu bakar dan kukus. Lapiskan je dengan adunan cream cheese ni. Memang senang!
Sumber: Syafawatie Yatiey
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duduk Diam-Diam Kat Rumah, Mak-Mak Boleh Masak Resipi Ni Untuk Keluarga

Isi Kandungan
ToggleKetika kita semua diminta duduk diam-diam di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakan, sebaiknya mak-mak terutamanya rebut peluang ini masak untuk keluarga tersayang. Mungkin ramai yang sudah lama tidak berpeluang memasak kerana sibuk kerja.
Nak Masak Apa ye?
Sebaik menunaikan solat subuh, pasti ramai yang sedang memikirkan apa resipi yang nak dimasak hari ini sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang. Kalau boleh nak variasi, taklah asyik makan nasi saja, bosan juga kan.
Sila cuba resipi daripada Chef Sue M. Arukin yang kami kongsikan ini. Mudah jer, janji sedap dan mengenyangkan!
Semak resipi itu di bawah ni ye…
NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan mentega
2 biji telur
10 ekor udang segar | bersihkan
2-3 ulas bawang putih | cencang halus
Sedikit cincangan daun bawang | hiasan
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan/cairkan satu sudu makan mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cencangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
- Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
- Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cencangan daun bawang.Sedia dinikmati.
NASI GORENG PEDAS SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 batang sosej | hiris bulat nipis
2 sudu makan cencangan daun bawang
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi
2cm belacan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
- Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk spageti/linguine | celur
2 batang jejari ketam | potong kecil
8-10 ekor udang sederhana | bersihkan
5-6 biji cili padi | hiris halus
3 ulas bawang putih | cencang halus
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cencangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan satu sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
- Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
KUETIAU SUP ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
1 paket kuetiau
2 keping dada ayam
10-12 ekor udang saiz sederhana | bersihkan
2 batang kek ikan | hiris
1 batang daun bawang cencang halus
5 ulas bawang putih | cencang halus
10-12 biji bebola ikan
1 liter air
60 gram tauge
1 cawan stok ayam | air rebusan ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
- Masukkan air, stok ayam, kepingan dada ayam, kek ikan dan bebola ikan lalu didihkan.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biar ia mereneh.
- Keluarkan dada ayam dan hiris nipis. Ketepikan.
- Sementara itu, celur kuetiau, udang dan tauge secara berasingan.
- Untuk menghidang, letakkan kuetiau tadi di dalam pinggan, tauge dan udang. Susun hirisan ayam di bahagian atas.
- Hidangkan bersama sup yang mengandungi bebola ikan tadi dan tabur cencangan daun bawang dan cili padi.
MI KICAP BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning
50 gram tauge
3 ulas bawang putih | cencang halus
2cm halia | mayang halus
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
¼ sudu kecil pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 cawan air
BAHAN-BAHAN B (SUP):
10-15 biji bebola ikan
3 cawan air
2 ulas bawang putih | cencang halus
½ sudu teh pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun bawang secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Mi kuning dan tauge dicelur berasingan.
- Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak lalu tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan air.
- Tambah pati ikan bilis, garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati.
- Tuang kuah kicap ini ke dalam pinggan berisi mi dan tauge yang telah dicelur tadi.
- Untuk membuat sup; panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air, pati ikan bilis dan bebola ikan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa. Tabur cencangan daun bawang.
- Hidangkan mi kicap tadi dengan sup bebola ikan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI