4 Alasan Kenapa Tak Perlu Tayang Bahagia Di Media Sosial, Sila Hadam & Fahami

Share

Cabaran dunia tanpa sempadan kini, ramai yang gemar berkongsi segala segala perasaan, emosi, sedih, gembira, bahagia, marah di media sosial, baik Facebook, Instagram, Tweeter atau apa sahaja. Termasuklah apa sahaja yang berlaku disekeliling, bahkan tentang kehidupan termasuk rumah tangga turut akan di luahkan di ‘diari’ moden ini. Hari ini masak apa, makan bersama pasangan, bercuti, shopping, hadiah, malah sekadar gambar kaki bersama suami pun dimuat naik untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.

Tujuannya? Hanya anda yang tahu.
Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan.

Kenapa? Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka:

1.Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.Jika ada pun foto yang diambil ia untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ia sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2.Perasaan Bahagia Itu Bersifat Peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain. Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3.Mereka Faham Bahawa Setiap Pasangan Itu Bahagia Dengan Cara Berbeza

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4.Tak Perlu Bangga Dengan Kebahagiaan Yang Dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

Perlu ingat tak semua orang suka dan bahagia dengan ‘kebahagiaan’ yang kita kongsikan. Lebih buruk lagi, kebahagiaan tersebut boleh ‘dicuri’, atas sebab perasaan hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan yang kita miliki. Oleh itu, tak perlu menunjuk- nunjuk kebahagiaan kita ada.

Bahkan, pernah tak  lihat pasangan yang sering menunjukkan ‘kebahagiaan’ dilaman sosial, kelihatan sangat ‘sweet’ & sempurna. Memang kita rasa cemburu lah bila melihatnya! Tapi hakikatnya, dialam realiti ia sebaliknya, tidaklah ‘semanis’ yang dipamerkan. Media sosial hanya dijadikan sebagai ‘lakonan’ untuk menunjukkan persepsi sisi bahagia, bagi menutup kekurangan didalam rumahtangga!

Setuju?

 

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab