34 Tahun Nikah, Tapi Tak Sah. ‘Nak Kahwin Buat Cara Betul, Kasihan Anak.’

Share

34 tahun nikah, tapi tak sah. ‘Nak kahwin buat cara betul, kasihan anak.’ Begitulah situasi yang dikongsikan oleh pendakwah bebas di akaun TikToknya, @tokadi_hipster.

Bab nikah, kahwin ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Kena ikut hukum, bukannya ikut sedap hati saja. Bayangkan 34 tahun hidup sebumbung, sekatil dan akhirnya apabila di rujuk ke mahkamah, nikah mereka tak sah. Allahuakbar!

34 Tahun Nikah

Sudah tentu melangsungkan pernikahan bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan, segala syarat dan hukum perlu dipatuhi dengan betul agar perhubungan tersebut sah di sisi Islam.

Berbeza dengan situasi yang dialami satu pasangan apabila ‘perkahwinan’ yang dibina selama 34 tahun sebenarnya adalah tidak sah di sisi agama dan syarak.

Perkara tersebut didedahkan oleh pendakwah bebas @tokadi_hipster menerusi video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

@tokadi_hipsterTolong lah jangan main2 bab wali ! 🫤♬ Astaghfirullah – Opick

Tapi Tak Sah

Menurut pendakwah tersebut, pada awalnya beliau didatangi oleh pasangan terbabit yang meluahkan hasrat untuk bernikah semula sambil tersipu-sipu malu.

Sehubungan itu, beliau turut menyoal sebab pasangan tersebut berbuat demikian.

“Kenapa nak nikah semula? dah pernah nikah? cerai?,” soalnya.

Baca Di Sini:

Tetap Anak ‘Abdullah’, Nikah Luar Negara Cepat, Mudah Tapi Isteri, Anak Jadi Mangsa

Status Anak Tak Sah Taraf Hasil Perkahwinan Di Luar Negara, Mak Ayah Jangan Ambil Mudah!

Suami Kantoi Curang Selepas 13 Tahun Berkongsi Hidup, Isteri Tak Marah Mahu Nikahkan Suami

“Saya Sudah Bertaubat, Dia Tetap Tak Maafkan.” Ayah Tergamak Buang Anak Hamil Luar Nikah

 

Nak Kahwin Buat Cara Betul

Namun, apa yang mengejutkan, pasangan tersebut memaklumkan selama 34 tahun hidup sebagai suami isteri sebenarnya perkahwinan mereka tidak sah gara-gara menggunakan khidmat wali bukan warganegara.

“Nikah kami yang dah 34 tahun ini hakim putuskan tak sah sebab dulu kami nikah guna wali hakim, dan wali hakim itu bukan orang Malaysia,” kongsi pasangan terbabit.

Pada masa sama, ‘si isteri’ mengakui bapa kandungnya masih hidup cuma tidak merestui perkahwinannya bersama pasangan pilihan sehingga bertindak menggunakan wali hakim.

Mendengar kepada pengakuan tersebut, pendakwah berkenaan turut berasa terkejut selain terkenang nasib anak-anak pasangan terbabit.

“Pak cik, mak cik, kalau nak kahwin buat la cara yang betul, ini sampai 34 tahun rupanya nikah tak sah, tak kesian dekat anak-anak? tolong lah jangan main-main bab wali ini,” pesannya.

Kasihan Anak

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan persoalan diberikan orang ramai berhubung situasi yang berlaku itu.


“Allah, kesian anak-anak, apakah status mereka? anak tak sah taraf? Bagaimana pula dengan nama mereka yang telah didaftarkan?,” soal seorang pengguna.

“Sebab itu penting ilmu agama, jangan buat keputusan ikut emosi tanpa akal, rujuk pada pakar sebelum ambil sebarang keputusan, beringatlah buat pasangan yang ingin kahwin nanti,” ujar pengguna lain.

Mingguan Wanita : Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua, bab agama kena ambil tahu dan jangan main-main kerana kesannya bukan pada kita saja, tempiasnya terkena orang lain juga.

Sumber : Kosmo Online, TikTok @tokadi_hipster

Published by
Nur Syazwani Mehat