Kuih Kerbau Guling satu nama yang cukup tular suatu ketika dulu setiap kali kedatangan Ramadan. Sehinggakan, peniaga mampu menjual 500 loyang dalam sehari. Kuih yang berasal dari Narathiwat, Thailand itu merupakan tarikan utama yang sering menjadi kegemaran untuk kami yang tinggal di Rantau Panjang. Terutamanya pada bulan puasa.
Memang kalau setiap kali balik ke kampung di Rantau Panjang, saya tak ketinggalan untuk membeli kuih ini dan juga pilihan kuih lain yang dijual oleh peniaga, Wan Suriana Wan Ali.
Memang pilihan kuih yang dijual selain kerbau guling semuanya sedap-sedap belaka. Buah Tanjung, Jala Emas, Pulut Kaya, Tepung Bungkus dan banyak lagi sering menjadi pilihan saya setiap kali membeli kuih muih di gerai ini.
Yang seronoknya walaupun bukan bulan Ramadan kami masih dapat makan kuih-muih ini. Masih saya ingat lagi, dahulu ketika arwah ayah Wan Suriana yang meniaga hanya menggunakan gerai kecil yang diletakkan berhampiran stesen minyak Caltex di Rantau Panjang. Orangnya cukup ramah dan masih mengenali kami anak-anak perantau yang jarang-jarang sekali pulang.
Tapi rasanya setelah tular, tempat mereka berniaga dipindahkan ke kawasan Masjid Beijing di Rantau Panjang. Maklumlah tak dapat nak menampung pelanggan yang sangat ramai di kawasan yang lama.
Dulu-dulu kami semua tak panggil nama kuih ni dengan gelaran Kerbau Guling, ia lebih dikenali dengan dengan kuih hitam ataupun koleh hitam. Mungkin disebabkan namanya yang unik dan rasanya yang sedap ia terus menjadi tular di internet. Itulah kuasa viral kan? Dan mungkin juga sudah rezeki keluarga ini setelah sekian lama berniaga iaitu lebih dari 30 tahun.
Tahun 2018 bagaikan satu fenomena luar biasa untuk Wan Suriana dan keluarganya apabila kuih mereka laku keras dan dijual laris sehingga 500 loyang setiap hari.
Sungguhlah rezeki itu tak pernah salah alamat, rajin berusaha, ikhlas dalam setiap perniagaan dan pekerjaan yang dibuat, siapa sangka, kuih yang dahulu biasa-biasa sahaja dan hanya dikenali oleh penduduk setempat kini tular dan terkenal seluruh Malaysia.
Malah ketika pulang ke kampung beraya baru-baru ini, ada saudara dari Pattani, Thailand turut menyatakan bahawa kuih tersebut turut tular dikalangan penduduk Islam di Selatan Thai.
Khabarnya pada bulan Ramadan yang lalu (ketika artikel dimuat naik pada Julai 2018), kuih tersebut turut diterbangkan ke beberapa tempat di seluruh Malaysia. Tapi bila ditanya tentang rasanya saya dapat banyak respon, biasalah kan selera orang semuanya berlainan.
Bagi saya sendiri pula kuih ini memang punya keunikan yang tersendiri disamping teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap. Sebelum pulang ke ibu kota untuk bekerja baru-baru ini sempatlah juga kami tapau bawa balik seloyang.
Pada awalnya dikhabarkan Wan Suriana hendak cuti sebulan kerana penat bertungkus lumus pada Ramadan yang lalu, tapi atas permintaan ramai, Kuih Kerbau Guling dijual kepada ejen-ejen tertentu itupun atas permintaan sahaja pada musim perayaan.
Tapi secara peribadi, saya rasa makan di kampung lebih padu dan keenakkannya lain daripada yang kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Jadi bagi yang berjalan ke Kelantan dan nak rasa sendiri kesedapan kuih-kuih yang dijual oleh Wan Suriana dan keluarga mereka, jangan lupa singgah ke Rantau Panjang.
Sambil Shopping boleh makan kuih Kerbau Guling yang viral dan juga makanan lain seperti lokcing, pulut ayam, mee celup dan banyak lagi. Memang Awesome!
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
WEBINAR BANGKIT WANITA: SENANG-SENANG BUAT DUIT BISNES BAKERI DARI RUMAH
–https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-senang-senang-buat-duit-bisnes-bakeri-dari-rumah/
WEBINAR BANGKIT WANITA: BUAT PART RIME BISNES AISKRIM JANA INCOME RM5K!
– https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-buat-part-rime-bisnes-aiskrim-jana-income-rm5k/
WEBINAR BANGKIT WANITA: PADU… JANA INCOME BISNES TUDUNG TANPA KEDAI
–http://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-padu-jana-income-bisnes-tudung-tanpa-kedai/
WEBINAR BANGKIT WANITA: CAPAI 4 ANGKA BISNES MOBILE SPA
–https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE
–https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/
Atau baca artikel selanjutnya di sini : Mingguan Wanita anjur webinar percuma tunjuk cara mulakan bisnes dari rumah, jana pendapatan empat angka.