30 tahun bergelumang dalam seni suara bukanlah satu jalan yang mudah. Pelbagai pencapaian yang dikecapi namun itu bukanlah tiket yang mudah buat penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin menggapai impiannya untuk mengadakan konsert sendiri.

Penyanyi yang berasal dari Kelantan itu tidak pernah berputus asa demi merealisasikan impian sendiri bersama arwah suami, Johan Nawawi, Nora juga bertekad meneruskan perancangan mengadakan konsert solo pertama dalam karier seninya.

Dek kerana berkat usaha dan dorongan daripada pasukannya, impian Nora bakal terlaksana pada 18 Disember ini di Stage 1 Theare, PJ PAC, One Utama, Petaling Jaya, Selangor, bermula jam 8.30 malam.

30 Tahun Bergelumang Dalam Seni Suara

Konsert yang berjudul Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) ini adalah sempena pembabitan Nora selama 30 tahun dalam industri muzik tanah air.

Nora juga sangat bersyukur apabila impiannya bakal tercapai. Konsert tersebut dibawakan khas oleh syarikat Nora sendiri iaitu Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.

“Pengurus projek dan penerbit konsert ini, Alita Aris beritahu Kementerian Komunikasi melalui Kumpulan MyCreative Ventures ada membuka program Dana Kandungan Kreatif Persembahan Muzik.

“Jadi, kami cuba untuk sertai program itu dan alhamdulillah dapat, walaupun bukan 100 peratus kos tetapi masih membantu,” ungkap Nora.

Bakal Dendangkan 17 Lagu Popular Daripada 18 Album Nora

Menyentuh tentang Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey), Nora berkata, beliau akan menyampaikan 17 lagu popular dan malar segar daripada 18 albumnya.

Ads

Antara lagunya ialah Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Sandiwara, Menyemai Cinta Bersamamu, Renungan Terakhir, Jentayu dan banyak lagi.

“Antara yang istimewa dalam konsert itu ialah segmen khas Tribute to Johan Nawawi sebagai memberi penghormatan buat Allahyarham. Beliau banyak memainkan peranan penting dan tunggak kejayaan saya sebagai penyanyi.

“Konsert ini akan mendapat sentuhan individu berpengalaman dalam industri muzik tanah air iaitu Jennifer Thompson yang akan bertindak sebagai Pengarah Persembahan dan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik,” katanya.

Harga tiket konsert bermula dari RM108 (Interlude), RM158 (Sandiwara), RM218 (Debaran), RM288 (Naluri), RM318 (Samudera), RM418 (Jentayu) dan RM518 (Kirana) untuk VIP dan Sessi Meet & Greet akan mula dijual hari ini melalui www.onetix.com.my.

30 Tahun Bergelumang Dalam Seni Suara, Akhirnya Datuk Nora Ariffin Gapai Impian Adakan Konsert Sendiri

30 Tahun Bergelumang Dalam Seni Suara, Akhirnya Datuk Nora Ariffin Gapai Impian Adakan Konsert Sendiri

Baca Disini : Insan Tersayang Hilang Sekelip Mata, Datuk Nora Titip Kata Semangat “Sabar, Redhakanlah Pemergian Mereka”

Ads

Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

Ads

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI