Kecantikan

30 Hari Pasang Badan, Patutlah Lisdawati Maintain Walau Anak Dah 4 Orang!

Share

Isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, Lisdawati langsung tak lokek dedah petua jaga badan selepas bersalin anak kecil. Dan memang tak pelik lah kenapa badannya tetap slim walau sudah mempunyai 4 orang anak.

Agaknya apa rahsia ibu ini ya? Haaa… menerusi perkongsian terbaru Lisdawati di laman Instagram miliknya, dia ada petua yang diamalkan sangat mudah dan yang penting mak-mak tak bolehlah diet sangat. Kasihan anak yang menyusu.

Nah, jemput godek tip pelakon wanita ini dulu.

Petua Lisdawati Amalkan

Berapa lama masa yang kita perlukan untuk kembali kepada asal. Plan aktiviti yang sesuai dengan diri sendiri ok, jangan paksa diri dan jangan stress. Mesti sentiasa cool.

Ramai tanya macam mana nak maintain, sy akan beri masa 1-2 tahun untuk kembali normal. Sebabnya still nak susukan baby kena makan dan minum cukup tak boleh diet sangat!

Then kena rutin aktiviti yang sesuai dengan diri sendiri. Ingat! Kita mengandung 9 bulan so nak kempiskan perut pun kena la bagi masa 9 bulan dan lebih laaa.

Jom 30 hari pasang dan bentuk badan, amalkan tiap pagi dan petang untuk minuman berkhasiat susu, chiaseed, kismis/kurma.

Jangan lupa berpantang sambil pakai bengkung/seluar korset untuk dapatkan balik bentuk badan yang diingini ok.

“Complete bertungku 10 hari dan rajin susukan baby antara proses paling cepat untuk turun berat badan.”

Selamat berpantang pada semua yang melahirkan baby tahun ni.

Tumpang bahagia melihat kebahagiaan Lisda dan Fauzi yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Jangan tak tahu ya, bayi lelaki itu merupakan anak kelapan bagi Fauzi Nawawi iaitu masing-masing empat orang bersama Lisdawati dan empat lagi bersama perkahwinan terdahulu.

Published by
Nadia