
Isi Kandungan
ToggleSejak dua menjak ni resipi kek Milo viral betul di kalangan suri rumah mahupun Mr. mama. Sebabnya nak membuat bukan susah mana pun. Resipi asalnya cuma guna dua bahan saja iaitu Milo dan telur. Ada yang rajin improvise sampai jadi 3 versi; kukus, bakar mahupun derhaka. Kreatif tak kreatifnya resepi ini boleh jadi menu petang yang enak, mahupun sarapan pagi yang menyelerakan.
Macam tak percayakan? Tapi rasanya boleh tahan mengancam. Kali ini MW kongsikan 3 versi resipi kek Milo dari 3 perkongsian suri dan sura dari grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Kek Milo Viral Versi Bakar
Perkongsian resipi bakar daripada Puan Nora Aisya
Bahan-bahan
6 sudu Vico/Milo (saya pakai Vico)
2 biji telur
Cara Membuat
1. Campurkan Vico/Milo + telur
2. Kacau rata dengan sudu saja
3. Bakar 140 darjah celsius, 15 minit @20 minit
4. Enak dimakan panas-panas ??
Ini Pula Kek Milo Viral Versi Kukus
Perkongsian resipi kukus daripada Tuan Muhammad Kairul
Bahan-bahan
5 sudu Milo/Vico
2 biji telur
Pilihan (Optional)
*1 sudu tepung jagung
*1 sudu kecil serbuk penaik
Cara Membuat
1. Kacau-kacau kukus @ bakar

2. Siap
Paling Win Versi ‘Derhaka’
Perkongsian resipi ‘derhaka’ daripada Cik Puan Haniza Haniz
1. Guna 2 jenis bahan. Yang ni versi kukus, telur pun guna sebiji je.
2. Derhaka sikit pada resepi sebab kite letak choc rice??..
3. Makan dengan aiskrim vanilla. Memang terangkat.
Rugi tak cuba 3 versi kek milo viral yang Mingguan Wanita kongsikan ni.
Sumber/Foto: Nora Aisya, Muhammad Khairul dan Haniza Haniz via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ina Naim Setia Di Sisi, Masalah Kesihatan Mata Kronik Bataskan Penglihatan & Pergerakan Suhaimi

Isi Kandungan
ToggleSuami kepada Ina Naim, 36 iaitu Suhaimi Saad, 40 kini mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.

Ina Naim Setia Di Sisi
Namun Suhaimi cukup bertuah kerana isterinya Ina Naim sentiasa setia di sisi. Malah kini Suhaimi memerlukan perhatian daripada Ina dan anak-anak membantu dirinya berjalan kerana masalah mata yang dialami menyebabkan penglihatannya kurang jelas.
Seperti yang difahami, walaupun penglihatannya kurang jelas, namun Suhaimi masih aktif melakukan kegiatan seni. Dia bakal melancarkan single terbaru berunsur ketuhanan ciptaan sendiri berjudul Zapin Selawat penghujung tahun ini.
“Lirik dan melodi lagu sudah siap, hanya menunggu untuk memasukkan vokal sahaja. Proses penghasilan sedikit terbatas kerana penglihatan yang semakin hari semakin kurang jelas selain sakit kerana silau sejak saya berada di kuala lumpur lagi,” ungkap Suhaimi seperti mana dipetik menerusi portal Sinar Harian.
Artikel berkaitan: Bertuahnya Ina Naim Setia Di Sisi, Masalah Kesihatan Mata Kronik Bataskan Penglihatan & Pergerakan Suhaimi

Ina Naim Banyak Membantu
Suhaimi juga menerangkan isterinya, Ina banyak membatu. Dia dan Ina dikurniakan empat orang anak dan Suhaimi juga bersyukur anak-anak juga turut membantu dirinya yang kini menghadapi masalah penglihatan.
“Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar kelantan manakala di luar dari kelantan, saya mengupah pembantu,” sambungnya.
Selain itu Suhaimi juga turut memberitahu, selain dirinya, isteri juga turut membantu menambah pendapatan keluarga.
“Ina pula berniaga barangan kosmetik, pakaian di laman sosial dan menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga. Kehidupan kami sekeluarga di sini berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan daripada ibu bapa Ina di Johor,” katanya.

Sumber Foto: Sinar Harian & Instagram Suhami Saad
Sumber: Https://Www.Sinarharian.Com.My/
Bagi Mendapatkan Lebih Banyak Kisah Menarik Sila Ke Instagram: Https://Www.Instagram.Com/Mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera!

Isi Kandungan
ToggleMakmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera! Kuih makmur antara kuih ‘lejen’ orang dulu-dulu. Rasanya yang berlemak manis dengan inti kacang, memang cukup sedap. Lebih-lebih lagi kuih ni jenis mudah rapuh dan cair di mulut.
Namun bukan mudah sebenarnya, nak dapatkan resipi kuih makmur yang ‘betul’ dan kena dengan selera. Namun resipi ini telah ditokok tambah dan diolah berkali-kali bagi benar-benar menepati cita rasa sendiri.
Mak-mak nak cuba untuk buat makan sendiri atau untuk jual dan dijadikan sebagai sumber pendapatan boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norita Farish Indah ini sebagai panduan;
Ramai yang tertunggu-tunggu resepi makmur melting ni. Ini memang resepi kesayangan. Saya memang pengemar kuih dulu-dulu nak-nak yang kena dengan selera saya.
Kalau saya makan tak kena dengan tekak, saya akan ubah sampai saya makan sambil tersenyum. Macam tu juga la dengan resepi ni saya tokok tambah sampai mak kata ok dah ni.Jangan ubah lagi resepi. haha
Ok kat sini kalau betul-betul nak dapatkan rasa yang sama jangan skip resepi ye. Ikut semacam resepi kat bawah. Insya Allah makan sambil buat sampai tak sedar berape biji dah masuk perut. Jom dengan izin Allah moga menjadi dengan jayanya. Saya panjangkan resepinya moga jadi punca pendapatan untuk raya yang bakal tiba ni ye. Insya Allah.
Makmur Melting
Bahan-Bahan:
1800gm tepung gandum The baker choice (masuk oven bakar sekejap tak pon kalo rajin sangai dalam kuali sampai tepung panas jangan hangit…kalau matahari terik jemur pon boleh lagi senang)
200gm tepung jagung
200gm gula aising(ayak)
200gm susu tepung full cream fernleaf (saya memang suka susu brand ni)
2 St garam halus
800gm minyak sapi gheeblend (saya memang guna brand ni je ye)
8 sb metrik butter @buttercup (ni tujuan untuk tak cepat pecah@rapuh time golek-golek dalam gula nanti).
*Step ni rasanya semua tau kan. Uli sampai boleh dikepal-kepal.
Untuk Inti dalam doh
Bahan-Bahan:
750gm kacang tanah (sangai buang kulit dan dikisar kasar-kasar sikit nanti time makan dia ada texture krup krap kacang tu buat feel dia lagi layan makan. Hat ni sesuai selera la ye, kalau suka halus blend ja halus…tak ada masalah)
300gm gula yang di blend halus
270gm mentega kacang (nak bagi lemak-lemak dan senang dikepal time nak boh inti)
60gm butter@buttercup
*Semua ni di gaullah sampai semua rata, sampai boleh dikepal-kepal.
Bahan Salut:
800gm susu tepung full cream frenleaf
880gm gula aising mesti ayak bersama bagi rata
Bagi yang tak suka sangat rasa susu yang kuat boleh guna salutan resepi kedua ni.
600gm susu tepung full cream
1200gm gula aising
Ayak bersama.
Info Ekstra!
- Macam biasa saya sukat 1/2 sudu besar metrik doh tepung letak inti dalam 3/4 St metrik dan bakar masak oven saya 30 minit 140′. Kalau nak buat kecik-kecil boleh guna sudu 1st ja dan inti 1/2 St metrik.
- Suam-suam boleh golek-golek dalam bahan salut. Kalau nak senang letak bahan salut dalam bekas tupperware kedap udara boh biskut yang dah siap masak goncang-goncang ja dalam tu. Cepat sikit keje.
- Boleh juga di ubah suai letak pandan paste dan pewarna hijau untuk makmur pandan dan ditekan dalam acuan jelly untuk dapatkan reka bentuk yang berbagai-bagai.

Selamat mencuba ye. Moga Allah perluaskan rezeki kita semua dan mendapat keredhaanNya selamat di dunia berjaya di akhirat.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Resepi Turun Temurun SNOWBALL Gebus Gebas 5 Bahan, Cair Di Mulut!
Baca Lagi Di Sini:Almond Crunchy Chocolate 2 Bahan, Tiada Oven Boleh Sangai Atas Dapur
Artikel Menarik:Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!
Mingguan Wanita: Terima kasih ikhlas berkongsi resipi kuih makmur yang cair di mulut ni. Boleh buat untuk makan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan waktu raya nanti.
Sumber:Norita Farish Indah
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tergamak Adik Ipar Panggil Saya ‘Betina Penghasut Ibu Mentua’, Sudahlah Duit Belajar Universitinya Pun Saya Jugalah Yang Tanggung

Isi Kandungan
ToggleAduhai.. sesak emosi bila baca luahan hati pembaca Mingguan Wanita ini. Bertengkar ipar duai akibat sikap adik-adik ipar yang tak menghormati dan menghargai pengorbanan kakak iparnya.
Bukan masa dan tenaga, duit ringgit kakak ipar pun dah laburkan demi adik ipar belajar sampai universiti. Tapi akhirnya apa yang jadi.. kakak ipar diperlekeh sampai rasa terhina.
Ikuti luahan hati pembaca ini yang dikongsikan dalam ruangan ‘Saranan’ dalam majalah Mingguan Wanita. Identiti wanita ini dirahsiakan demi menjaga nama baiknya dan keluarga terdekat.
Bahagia Cuma 10 Tahun Pertama
Usia saya kini 32 tahun dan telah melayari alam rumah tangga selama 10 tahun. Awal perkahwinan tak banyak mendatangkan masalah kerana saya duduk tanpa keluarga mentua dan juga keluarga saya.
Tetapi semua mulai berubah apabila saya mengikut suami pulang ke kampungnya dan menetap di sana. Segala episod baru bermula. Saya mengambil masa hampir setahun bagi menyesuaikan diri dengan keluarga mentua.
Mentua dan adik ipar telah saya anggap seperti ibu dan adik sendiri. Malangnya, itu hanya di pihak saya. Masalah banyak berpunca dari sikap adik-beradik ipar yang tak pernah menghargai dan menghormati saya.
Hampir enam tahun saya duduk bersama mentua dan pelbagai masalah telahpun timbul.
Suami saya lebih banyak mendiamkan diri. Dia tak mahu keadaan bertambah rumit. Atas dasar itu jugalah, saya pun lebih suka ambil langkah berdiam diri juga.
Ya.. sebagai manusia biasa akhirnya selama mana saya mampu bertahan. Saya tak dapat menjadi orang yang sentiasa sabar. Lagi-lagi ketika sikap adik-adik ipar saya semakin melampaui batas.
Kalau nak dikira pertengkaran dengan suami memang tak terhitung banyaknya. Segala keputusan selalu hmmm… ‘Biarlah nak buat macam mana kita menumpang dengan orang’, kata-kata itu sering saya tekankan pada diri saya sendiri.
Saya Berdiam, Adik Ipar Ambil Kesempatan
Sayangnya, sikap berdiam diri ini akhirnya membuatkan adik-beradik ipar bagaikan mengambil kesempatan. Bayangkan, walaupun saya bekerja, pulang keletihan.. semua tugas-tugas di rumah tetap saya juga yang kerjakan.
Suami saya bekerja sendiri. Kebanyakan duitnya banyak dilaburkan untuk adik-adiknya kerana masih belajar.
Saya pula tak berkira. Sanggup berkongsi duit gaji sekiranya duit tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan adiknya. Bila salah seorang adiknya tamat belajar di universiti dan bekerja mula bekerja, adik itu mula merasakan dirinya terlalu bagus.
Sikap itulah membuatkan dia berani berkurang ajar dengan saya. Seorang lagi adiknya berperangai tak senonoh dan melakukan perkara-perkara yang mengaibkan ibu bapa.
Mentua ada meminta saya campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan anaknya. Betapa sedihnya saya bila niat baik untuk menjaga nama keluarga mentua disalah tafsir.
Nasihat yang saya sampaikan itu rupanya membuatkan adik suami saya yang seorang lagi tak berpuas hati. Dipanggilnya saya ‘Betina’ yang menghasur ibunya. Dia juga menuduh sayalah punca ibunya menangis.
Saya merasa pelik dan saya berbincang dengan suami untuk mencari jalan keluar. Akhirnya saya merasakan kita berbuat baik seperti mana sekali pun orang hanya akan nampak kita yang jahat.

Semenjak itu saya nekad tidak mahu mencampuri urusan keluarga mentua.
Bila Kena Anak Sendiri, Mentua ‘Pejam’ Mata
Saya berasa tersinggung kerana selama ini apa-apa keperluan mereka masa belajar saya cuba penuhi. Memang sepatutnya dari awal lagi saya dan suami duduk sendiri. Memandang ibu mentua saya tidak sihat, saya akur dan ikhlas mahu menjaganya.
Namun, ada ketikanya saya sendiri seakan tak faham dengan ibu mentua. Bila kesalahan orang terlalu cepat ditegur tapi bila anak-anak sendiri sanggup menutup mata.
Soal baju anak-anak pun selalu jadi perkara yang terakhir. Ini kerana saya terlalu mementingkan mentua dan adik-beradik ipar saya. Malah, keperluan saya sendiri saya yang uruskan. Syukurlah kerana saya bekerja. Sering saya terfikir bagaimana nasib anak-anak kalau saya tak bekerja.
Apakah kelak yang jadi pada saya kerana suami telah memutuskan untuk duduk sendiri tapi dalam masa yang sama saya tak mahu mentua tersinggung apabila saya keluar dari rumah mereka. Dilema sungguh hati ini.
Memang bila kita cuba menjaga hati dan perasaan orang namun tidak semua orang boleh berfikir sama macam kita. Hanya pada Allah saya berdoa agar adik-beradik saya diberi hidayah dan sedar akan kesilapan diri masing-masing.
Begitu juga saya, saya cuba untuk berubah dan berharap rumah tangga saya akan diredhai Allah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI