“3 Tip Dari Mama Kalau Bergaduh Dengan Suami..” Dr. Norzizi Zulkifli Pegang Kemas Pesan Datin Normala Omar

Share

Pelakon veteran Datin Normala Omar dan Datuk Zulkifli Zain mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1975. Dikurniakan lima orang cahaya mata, Dr Norzizi Zulkifli, 42 merupakan anak sulung mereka. Puluhan tahun menjalani alam rumah tangga, tentulah pasangan suami isteri veteran ini sudah masak dengan asam garam hidup suami isteri.

Adatlah dalam sebuah kehidupan rumah tangga itu ada masa bahagia, ada masanya keruh. Tapi jangan sampai kekeruhan itu memusnahkan bahagia yang dibina.

 

Datin Normala Omar Dan Datuk Zulkifli Zain mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1975.

 

3 Tip Dari Mama

Ini pesan Datin Normala Omar pada anak-anaknya, “Kalau bergaduh dengan suami, kena ingat zaman-zaman bercinta dulu. Ingat all those sweet memories. Then hilanglah semua kebencian dan kemarahan.

Mama selalu berpesan, “Allah bagi suami yang terbaik buat kita. Itulah untuk kita.”

Satu lagi perkongsian pesanan daripada Datin Normala Omar, “Kenapa kita selalu question? Kenapa rumput itu hijau? Kenapa rumput itu tak merah? Kita bukan patut questioning tetapi kita kena terima yang rumput itu memang hijau. Accept! nak accept itu sukat tapi kena belajar untuk accept

.”

Pesanan ini sebenarnya bukan saja berguna untuk anak-anak beliau. Malah, suami isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan selayaknya memahamkan amanat orang lama-lama ini.

Lihatlah walau sudah puluhan tahun hidup berdua, baik Datin Normala mahupun Datuk Zulkifli tetap kelihatan mesra. Seniman ini juga hebat membesarkan anak-anaknya.

 

Membesarkan Anak-anak Perjuangan Suami Isteri

Bak kata Dr. Norzizi, “Saya sedang nak membesarkan anak-anak dan satu ayat yang saya simpulkan untuk diri saya, ‘membesarkan anak-anak adalah perjuangan kedua suami isteri.’.

Akuinya proses itu adalah satu perjalanan yang sukar “It is a tough journey. Hanya kamu berdua suami isteri tahu how tough it is.

Hal inilah yang mengingatkan beliau kepada kedua orang tuanya. “It must be very tough for my parents membesarkan kami 5 beradik.”

Mereka berdua telah melaluinya. Sekarang perjuangan mereka untuk diri sendiri.”

Mampukah kita memperjuangkan mereka sebagaimana mereka berjuang untuk kita? Allah sahaja yang membalas perjuangan mereka.

Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapa kita dan Al Fatihah buat pejuang-pejuang kita.”

Sumber/Foto : Instagram Norzizi Zulkifli

Published by
Netty Ah Hiyer