teknik urutan

Bila anak selsema mulalah mak ayah risau, bimbangkan tahap kesihatan anak, sukar bernafas dan tak selesa.Jika dibiarkan tidak mustahil ia boleh melarat mengakibatkan penyakit lain seperti demam.Sebenarnya ada cara dan teknik urutan tertentu yang mak ayah boleh cuba untuk melegakan selsema pada bayi.

Teknik ini dikongsikan oleh Puan Shazren Shah yang merupakan Juruterapi Bayi/Kanak-kanak ketika menjadi tetamu jemputan didalam program Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini. Menurut beliau, teknik ini cukup mudah dan ringkas, mak-mak boleh buat sendiri di rumah hanya menggunakan jari jemari sahaja.

Ia merupakan teknik urutan yang memfokuskan pada tapak kaki bayi sahaja yang menjadi punca bagi segala saraf refleks.Hanya perlukan urutan selama satu hingga dua minit sahaja menggunakan jari jemari sahaja.

Tambah beliau, ia merupakan teknik urutan lama beribu tahun lalu yang berasal dari Tibet, namun kembali di popularkan di US.Cuma di Malaysia masih ramai yang kurang kesedaran dan tidak tahu teknik ini.

Cara-Caranya:

Langkah 1:

3 Teknik Urutan Mudah Tapak Kaki, Terapi Berkesan Untuk Legakan Selsema Bayi

Letak minyak pati pada jari jemari dan ratakan pada tapak tangan.

IKLAN

Langkah 2:

3 Teknik Urutan Mudah Tapak Kaki, Terapi Berkesan Untuk Legakan Selsema Bayi

Letakkan empat jari mengikut posisi gambar, tekan lembut sambil melipat genggaman ke hujung tapak kaki bayi.

Langkah 3:

3 Teknik Urutan Mudah Tapak Kaki, Terapi Berkesan Untuk Legakan Selsema Bayi

IKLAN

Ulang urutan mengikut langkah 2 pada kedua-dua sekurang-kurangnya satu ke dua minit.

Urut Selama  Satu Hingga Dua  Minit

Secara ringkasnya, letakkan jari, naikkan jari dan golekkan pada tapak kaki bayi. Fokuskan pada bahagian bawah jari kaki tapak kaki bayi selama 1 hingga 2 minit.

Menurut Shazren lagi, jika tanpa menggunakan minyak pati boleh juga kerana teknik ini merangsang sistem saraf pada tubuh badan bayi. Malah boleh juga, urut pada dada dan belakang badan bayi, namun jika mak-mak tak sempat boleh fokuskan pada tapak kaki bayi sahaja untuk melegakan selsema mereka.

IKLAN

Kesan tepukan dan urutan lembut tersebut,dapat dilihat seawal 15 minit, pernafasan akan lebih lancar malah bagi sesetengah bayi,akan terbatuk-batuk kecil bagi mengeluarkan lendir.Malah teknik ini boleh digunakan seawal dilahirkan.

Perkongsian ilmu yang bermanfaat buat mak ayah. Selamat Mencuba dan kongsikan juga buat mak ayah yang lain.

Sumber: Iika Shahira Abd Aziz

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI