3 Subjek Dapat G Termasuk Sejarah, Bapa Tak Malu Malah Bangga Kongsi Pencapaian Anak Dalam SPM

Share

3 subjek dapat G termasuk Sejarah, bapa tak malu malah bangga kongsi kejayaan dicapai anak dalam SPM. Jika ibu bapa lain banyak berkongsi anak dapat straight A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, lain pula cerita seorang bapa iaitu Mohammed Khairi.

Aktif dalam dunia penerbitan animasi dan pernah menang beberapa anugerah di festival luar negara seperti Best Animation & Effects dari Archaeology Channel International Filem Festival 2022 selain  Honorable Mention dari Cannes Short 202, dirinya berkongsi result SPM anaknya, Ammar  Danish yang mana tiada satu pun A sebaliknya pencapaian tertinggi cuma C+ selain ada tiga subjek gagal iaitu  Sejarah, Matematik dan Perniagaan.

3 Subjek Dapat G Termasuk Sejarah

Apa yang membuat ramai terharu, dirinya menitip kata semangat kerana kegagalan dalam SPM bukan titik penamat kejayaan.  Bahkan mengakui result SPM nya juga dahulu “sama hebat” iaitu  English, Matematik, Sejarah dan Sains semua gagal tapi akhirnya bangkit semula dan mencapai kejayaan dalam hidup termasuk mempunyai master.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :IFA HADIAHKAN Anak BMW “Dia Belum Ada Lesen. Ambil Selepas SPM. Tak Buat SPM Betul-Betul, Siap!”

Gagal Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang. ‘Pelajar Terharu Dapat Anugerah Cemerlang Daripada Tun M.’

Walau Dapat SPM 2G Sebaknya Ayah Faham, Doakan Anak Gadis Jadi Solehah & Hargai Usaha

‘Jangan Tersalah Pilih.’ Lepas SPM, Tugas Parents Kaji Kursus Sesuai, Ikut Minat Anak

Ya, bukan semua anak dilahirkan pandai dan jangan ibu bapa berasa sedih jika result anak tidak memberangsangkan hari ini. Kerana kejayaan hidup bukan ditentukan dengan keputusan SPM.

Bapa Tak Malu Malah Bangga Kongsi Pencapaian Anak Dalam SPM

Menulis di fbnya, atas nama Aie Creatvtoon, dirinya berkongsi keputusan SPM anaknya dan menulis kata-kata semangat.

TAHNIAH AMMAR ANAKKU!

Buat apa nak malu?

Jika ini yang terbaik Allah hadirkan untuk awak, papa bangga dengan kamu. Orang lain bangga dengan anak-anak mereka yang dpt A, A dan A yang banyak, so kita collect apa yang mereka tinggalkan untuk kita Nak. Its OK. Life must have a balance and rhythm…

Apa de hal nak, papa dulu SPM pun sama ‘hebat’ mcm Ammar. English, Math, Sejarah, Sains.. Semua Failed tapi papa bangga dengan apa yang papa kecapi sekarang. Eh..Master holder plak tu. Mana datang pun tak tau.

Siap dapat jalan-jalan pi Benut, Kokdiang dan Ulu Cengkoi. Oklah kan. Ini satu kejayaan dalam hidup jugak!

Jangan Pandang Belakang Sijil, Teruskan Usahamu.. Tahniah Anakku!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

2 Tahun Kahwin Tak Kerja, Untungnya Mark! Mentua Layan Dengan Baik
Bagusnya Mark pandai ambil hati mentua, memang menantu kesayanganlah ni.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros