Ekzema ialah sejenis penyakit kronik yang menyebabkan kulit merekah, kering dan bercalar-calar. Simptomnya boleh tenggelam dan timbul dan bertambah teruk jika pesakit risau, terdedah kepada air atau alergen atau cuaca dan suhu sekitaran berubah.
Pengidap Ekzema ni tak boleh tahan panas atau haba, kalau berpeluh mereka akan rasa gatal dan menggaru.
Namun kadang walau puas bagi ubat, kulit anak tetap makin teruk. Untuk hilangkan masalah mak ayah yang ada anak ekzema, baca perkongsian daripada Hafiz Sulaiman
ini…Ekzema merupakan penyakit kulit yang menyukarkan kehidupan penderitanya. Ibu-bapa mana yang sanggup melihat anak mereka menangis tak henti… menggaru setiap malam sehingga berdarah.
Stress… orang di sekeliling pulak tak henti-henti tanya..kenapa anak puan tu..jatuh ke? Kena jangkitan ke? Pandangan yang dilontarkan macam kita ni dera anak kita pula.
Di sini saya sertakan 3 sebab utama kenapa ekzema sukar pulih berdasarkan pengalaman saya berdepan dengan pesakit ekzema setiap hari:
Ubat gatal cuma menahan gatal bukan memulihkan. Jika digunakan berterusan, ia hilang fungsinya kerana toleransi badan.
Ubat steroid tidak boleh dipakai sewenangnya. Penggunaannya perlu dos, jenis dan tempoh sesuai serta pemerhatian rapi oleh doktor perubatan.
Kesan steroid mungkin cepat memulihkan..tetapi jika berhenti mengejut steroid kuat, jangan terkejut jika ruam dan kegatalan ekzema “mengamuk”.
Berbincanglah dengan doktor perubatan mengenai penggunaan steroid.
Ruam dan gatal ekzema bukan terjadi semata-mata kerana kulit kering.
Ekzema jadi lebih gatal mungkin kerana saraf kegatalan jadi lebih sensitif!
Melembapkan kulit membantu tetapi kita perlu cakna bahan di dalamnya.
Menggunakan bahan toksik kepada kulit mungkin menyebabkan ekzema semakin teruk terutama buat jangka masa panjang.
Ujian alahan hanya sebagai panduan kerana keputusannya yang biasanya tidak tepat terutamanya dalam kes alahan pemakanan. Pantang terlampau ketat kerana terlalu bergantung kepada keputusan ujian alergi boleh menyebabkan stres dalaman dan kekurangan nutrisi yang menyembuhkan ekzema.
Secara saintifiknya, kaedah terbaik menentukan alahan ialah menggunakan diari pemakanan. Dalamilah ilmu makanan serta bahan yang berpotensi mencetus kegatalan dan ruam ekzema.