
Isi Kandungan
ToggleEkzema ialah sejenis penyakit kronik yang menyebabkan kulit merekah, kering dan bercalar-calar. Simptomnya boleh tenggelam dan timbul dan bertambah teruk jika pesakit risau, terdedah kepada air atau alergen atau cuaca dan suhu sekitaran berubah.
Pengidap Ekzema ni tak boleh tahan panas atau haba, kalau berpeluh mereka akan rasa gatal dan menggaru.
Namun kadang walau puas bagi ubat, kulit anak tetap makin teruk. Untuk hilangkan masalah mak ayah yang ada anak ekzema, baca perkongsian daripada Hafiz Sulaiman ini…
Ekzema merupakan penyakit kulit yang menyukarkan kehidupan penderitanya. Ibu-bapa mana yang sanggup melihat anak mereka menangis tak henti… menggaru setiap malam sehingga berdarah.
Stress… orang di sekeliling pulak tak henti-henti tanya..kenapa anak puan tu..jatuh ke? Kena jangkitan ke? Pandangan yang dilontarkan macam kita ni dera anak kita pula.
Di sini saya sertakan 3 sebab utama kenapa ekzema sukar pulih berdasarkan pengalaman saya berdepan dengan pesakit ekzema setiap hari:
1) TERLALU BERHARAP KEPADA UBAT
Ubat gatal cuma menahan gatal bukan memulihkan. Jika digunakan berterusan, ia hilang fungsinya kerana toleransi badan.
Ubat steroid tidak boleh dipakai sewenangnya. Penggunaannya perlu dos, jenis dan tempoh sesuai serta pemerhatian rapi oleh doktor perubatan.
Kesan steroid mungkin cepat memulihkan..tetapi jika berhenti mengejut steroid kuat, jangan terkejut jika ruam dan kegatalan ekzema “mengamuk”.
Berbincanglah dengan doktor perubatan mengenai penggunaan steroid.
2) TERLALU BERHARAP KEPADA PELEMBAB
Ruam dan gatal ekzema bukan terjadi semata-mata kerana kulit kering.
Ekzema jadi lebih gatal mungkin kerana saraf kegatalan jadi lebih sensitif!
Melembapkan kulit membantu tetapi kita perlu cakna bahan di dalamnya.
Menggunakan bahan toksik kepada kulit mungkin menyebabkan ekzema semakin teruk terutama buat jangka masa panjang.
3) TERLALU BERHARAP KEPADA UJIAN ALAHAN
Ujian alahan hanya sebagai panduan kerana keputusannya yang biasanya tidak tepat terutamanya dalam kes alahan pemakanan. Pantang terlampau ketat kerana terlalu bergantung kepada keputusan ujian alergi boleh menyebabkan stres dalaman dan kekurangan nutrisi yang menyembuhkan ekzema.
Secara saintifiknya, kaedah terbaik menentukan alahan ialah menggunakan diari pemakanan. Dalamilah ilmu makanan serta bahan yang berpotensi mencetus kegatalan dan ruam ekzema.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Disahkan Autisme, Ayah Ini Dedah Tanda-tanda Yang Dia Nampak Bila Si Kecil Masuk 2 Tahun

Isi Kandungan
ToggleAutisme bukanlah satu penyakit sebaliknya ia adalah kecelaruan neurologi yang mengakibatkan gangguan kepada perkembangan otak dan sistem sensory(neuro). Latihan dan pendidikan khas mampu merangsang sel-sel otak di bahagian yang terjejas.
Biasanya kanak-kanak autisme tidak didiagnosis dengan masalah perkembangan kompleks ini sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya empat tahun atau lebih menyebabkan tanda autisme gagal dikenal pasti di peringkat awal.
Jadi jika mak ayah melalui beberapa tanda seperti yang dikongsikan oleh saudara Abdul Malek MB, bertenang dan baca perkongsian ini. In shaa Allah anda akan redha dan terus abgi semangat pada anak…
Ramai bertanya berkenaan bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autism ?
Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawap persatu pada setiap individu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autism walaupun pada awalnya saya tak tau mengenai autism.
Ibrahim di diagnose dah di sahkan autism pada 30.11 pada usianya 3 tahun 1 bulan.
Pada awalnya tak berapa perasan sebab ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya normal. Dengan izin Allah usaha mak mertua untuk bawa cucunya di diagnose lah membawa Ibrahim kepada pakar.
Sebelum di diagnose, Mula-mula perasan dan agak pelik bila …
1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh di diagnose langsung tak mengeluarkan suara walaupun pada usia nya setahun sudah keluar beberapa perkataan.
2- Apabila di panggil tiada sahutan dan tidak menoleh.
3- Tidak bermain permainan lego(bricks) yang di beli dan bermain dengan cara yang tak sepatutnya walaupun sudah di ajar beberapa kali.
4- Main permainan seperti lori , kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.
5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat ? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.
6- 2 minggu pertama di skool(nursery) hampir semua rakan di gigitnya. Pada ketika usianya 2 tahun 4 bulan.
7- Bila bercakap dengan dia tiada eye contact.(Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)
Di atas adalah antara tanda / sign Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar untuk ibrahim di diagnose.
Selepas di diagnose saya termenung lama dan merenungi perjalanan ibrahim dari sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi. Antaranya :
1- Dia adalah baby yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar je. Lepas kenyang tido.
2- Meraung-raung ketakutan apabila isteri on blender untuk memasak. Apabila usianya setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yg sama saya perasan bila dengar mesin rumput.
3- Ibrahim adalah baby yang tak pernah jatuh katil walaupun sekali. Semasa dah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil.(Bijak kan ?)
Usia setahun-2 tahun
4- Flapping hand ketika usianya setahun lebih dengan sangat kerap.
5- Suka berjalan dengan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.
6- Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.
7- Mula mengeluarkan words pertama iaitu bi (abi), nek(nenek) , nak, jukk (sejuk)- kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.
8- Nak makan atau meminum sesuatu dia rasa test di hujung lidah dulu. Kalau lembik dia tak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tak akan minum.
9- Suka main bawah meja, bawah kerusi.
10- Trauma dengan air.
11- Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba ja.
12- Tak bermain di playground.
13- Kerap bangun malam
14- Tak bermain bersama sepupu-sepupunya yang sebaya.
15- Jika nak makan dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.
Umur 2 tahun- 3 tahun
16- Langsung takde suara. Senyap je.
17- Segala permainan, peralatan semuanya akan di masukkan dan di susun bawah sofa.
18- Gila bermain dengan atv dia dan bola.
19- Menangis dan ketawa sendirian tanpa sebab.
20- Peralatan yg bergerak seperti kipas berdiri di kerjakannnya hingga patah bilah nya. Sebab suka sangat dengan angin.
21- Masih trauma dengan air. Air paras lutut sudah mengigil satu badan.
22- Flapping hand dengan lebih kerap.
23- Gigit kawan2 nursery yg mengganggu dia. Dan gigit yg satu jenis paten budak – chubby + putih.
24- Tak boleh duduk diam walau sesaat. Kecuali penat dan tido.
25- Suka memanjat. Pernah asingkan kerusi dari meja. Tapi dia pandai pilih kerusi. Dia ambil kerusi ringan di guling-gulingkan ke meja kemudian panjat.(bijak kan?)
26- Tiada eye contact. Suka melarikan mata.
27- Sukar di pegang.
28- Agak mudah tantrum. Bila tantrum melompat-lompat, guling-guling dan pernah menghantuk kepalanya di dinding.
29- Jika jatuh teruk , dia hanya menangis kurang 10 saat. Kemudian main semula.
30- Tidak bermain bersama sepupu-sepupunya. Buat hal dia ja.
31- Tukang ‘kemas’ rumah. Cadar, alas meja semua, baju semua di selongkarkan. Segala benda atas meja akan di turunkannya.
32- Jalan suka jinjit. Pijak rumput jinjit. Pegang daun hujung jari. Mengelak dari badan kena daun pokok.
33- Suka berpusing-pusing ikut kipas siling rumah. Dan suka pusing-pusing mengelilingi badan kita. Berulang-ulang kali.
34- Tak pandai bermain di playground even main gelongsor dan naik buaian pun.
35- Tidak ikut aktiviti di skool. Tapi tak kacau orang. Buat hal dia sendiri. Hanya baik dengan certain teacher ja.
36- Kerap bangun malam. Biasa jam 1 atau 2 pagi bangun dan berjaga hingga 4,5 atau kadang2 sampai lepas subuh baru tidur semula.
Saya harap terjawab soalan bagi yang bertanya. Pastikan M-chart anak di buat dengan betul dan bawalah anak cepat-cepat ke pakar yang berkaitan (pakar kanak-kanak dan bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autism) jika ada tanda-tanda autism yg common seperti speech delay, tak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan repetitive action, Silalah bawa untuk di diagnosis segera.
Sesudah di diagnose jika sah autism apply lah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tapi untuk kebajikan anak untuk di terima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan. Yang swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak2 autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri.
Jika anak sudah di diagnose sah autism, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terima nya seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sbb anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal(normal). Kemudian joinlah grup Autisme Malaysia , ramai teman sekasut anda ada di situ pinjam bahu mereka.
Jika perlu nangis , nangislah semahunya dalam doa anda. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang..InshaAllah bantuanNya akan tiba tepat pada ketika kita memerlukannya.
Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism. Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yg mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun). Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perangcangNya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autism yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.
Yang paling nyata sekali. Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerahNya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini. Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga. Kejar syurgaNya. Dapatkan redha dan rahmatNya kerana pasti Allah sediakan balasan yang sebaik-baiknya dan Bukan kah syurga itu sebaik-sebaik balasan ?
Alhamdulillah kini Ibrahim sudah banyak kemajuannya cuma masih perlu banyak lagi yg perlu dilakukan untuk Ibrahim.
Jika ada yang ingin menambah di persilakan sebab setiap satu anak autism itu berbeza-beza. Every single one is unique.
To Parent Yang Mempunyai Anak Autism. You are the best parents i have ever met in my entire life. You are Special. You are super natural parents ! Keep it up !
Hopefully me and my wife can be strong as strong as you gais and learn as much as we can from you gais. I still have looonngggg journey to walk, play and learn with my autism son with Allah permitted. Thank you for everything. May Allah bless you very very much !
Luv u gais ! Luv my life !
#beautifullife
NOTA:
Wahai Allah Yang Maha Membuka. Membuka apa saja. Sesuaikan dengan lintasan hati, fikiran, doa, keperluan. Termasuk membuka hati yang beku dan keras. Termasuk buka pintu jodoh, pintu rezeki dan lain-lain.
Wahai Yang Maha Memberi Rezeki Wahai Yang Maha Mengubah Keadaan. Ubahlah keadaan kami, kepada keadaan yang lebih baik lagi. Bukan saja soal ekonomi, tentang hari-hari kami, kesulitan kami, kesusahan kami, tapi juga mengubah yang tak biasa bangun malam, jadi mampu dan biasa bangun malam. Yang biasa maksiat, jadi biasa taubat. Yang biasa bikin dosa, jadi biasa ibadah. Yang tidak biasa berjamaah di masjid, jadi mampu dan biasa berjemaah. Yang anaknya nakal dan teruk, jadi baik-baik semua anaknya. Dari suami atau isteri yang tidak atau kurang mnyenangkan hati, jadi menyenangkan atau selalu menentramkan hati.
Usahlah jadikan kami penghuni neraka, jadikan kami penghuni syurgamu.
Cukuplah Allah sebagai Pelindung, Penolong. Tiada daya upaya kecuali daya upayanya Allah.
(Doa ibu Ust Yusuf Mansur)
Pesanan Dari Seorang Ayah Yang Punya Anak Autisme
Maaf kan anak saya jika…
? Dia tak menyapa sapaan kamu
? Dia Langsung tak beri respon pada panggilan kamu (tak menyahut dan tak menoleh)
? Bila dia tak beri respon bila kamu ajak dia bermain
? Bila kamu cuba acah2 dia akhirnya kamu yg ketawa sendirian.
? Bila makan bersepah satu meja
? Bila dia di lepaskan di tempat makan awam atau di tempat public tiba2 dia ambil air kamu, ambil makanan kamu …sentuh kamu
? Bila dia tiba2 mengamuk kadang2 sambil baring di meja atau lantai
? Bila tetiba sapaan beliau kepada anak kamu nampak pelik (seolah macam nak cengkam atau pukul…itu cara dia nak berkawan)
? Bila tiba2 dia menjerit2 atau ketawa berdekah sendirian
? Bila tiba2 dia datang kepada kamu dengan pegang tangan kamu, mengosok dagunya…pelik tapi itu tanda dia suka kamu.
Maafkan lah anak saya. Maafkan saya dan isteri.
Maaf bukan sy tidak menjaganya namun saya cuba perkenalkan nya kepada dunia luar lain dari dunianya.
Dia anak autism. Ada dalam dunianya sendiri.
Kamu juga perlu faham anak autism seperti anak saya dia tidak reti dan tidak pandai duduk diam. Kalau nampak aku mengejar dia di mall maafkan saya juga ye. ?
Fahami. Sayangi. Hargai anak autism aku.
Kerana dia adalah “Genius Dari Syurga” yang Allah pinjamkan kepada kami sementara masih di dunia ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chef Anis Nabilah Sifatkan Kenyataan Pemenang Masterchef Indonesia Tidak Beradab “Saya Dibesarkan Dengan Makan Nasi Kandar”

Isi Kandungan
ToggleChef Anis Nabilah sifatkan kenyataan pemenang Masterchef Indonesia tidak beradab dan tidak profesional. Isu Nasi Kandar negara ini seperti berpasir dan tidak asli sememangnya memang tidak dapat diterima.
Sewaktu ditemui ketika majlis pembukaan cawangan baru illy Cafe di NU Sentral, pemilik nama sebenar Anis Nabilah Umaruddin atau lebih popular dengan panggilan Chef Anis menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemenang Masterchef Indonesia yang mendakwa rasa Nasi Kandar negara ini seperti berpasir dan tidak asli adalah tidak beradab serta tidak profesional.
Chef Anis Nabilah Sifatkan Kenyataan Pemenang Masterchef Indonesia Tidak Beradab
Anis yang menceburi dunia masakan sejak usianya 21 tahun dan sudah pergi ke serata dunia tidak pernah menghina makanan.
“Tidak dinafikan dia pandai memasak. Pada saya, rasa ini sangat subjektif. Saya sudah pergi serata dunia dan mencuba pelbagai jenis makanan termasuk menu pelik.
“Sekali pun saya tak pernah menghina makanan sama ada di hadapan atau belakang orang. Apatah lagi ketika ingin memberikan komen di televisyen atau media sosial.
“Kita kena hormat terutama sekali makanan tradisional negara lain. Sebagai manusia yang ada adab, kita tidak akan berkata buruk tentang tradisi orang lain. Mungkin dia kurang adab. Jadi, tak perlulah kita beri perhatian,” kongsi Anis.
Terkejut! Anis Dibesarkan Makan Nasi Kandar
Tegas Anis lagi, orang ramai janganlah memberikan perhatian pada individu tersebut.
“Keluarga ibu saya berasal dari Pulau Pinang. Jadi, saya memang dibesarkan dengan makan nasi kandar. Saya nampak ramai yang marah bila berita tersebut tersebar. Saya juga terkejut.
“Pada saya, ia tidak sopan. Namun, lebih baik kita tidak berikan perhatian. Bila ramai yang kongsi dan berikan komen, lebih banyak kuasa yang kita berikan kepada individu tersebut,” sambung Anis yang menceburkan diri dalam dunia masakan sejak usianya 21 tahun.
Tak Pernah Lihat Chef Terkemuka Dunia Beri Komen Jelik
Pada masa yang sama Anis juga tidak pernah melihat chef-chef terkemuka dunia memberikan komen-komen jelik terhadap makanan tradisi sesebuah negara.
“Saya tak tahu kenapa dia buat kenyataan tersebut.
“Sebagai seorang profesional, kita tidak akan keluarkan kenyataan seperti itu.
“Malah, chef terhebat dunia pun tidak akan bercakap sebegitu.
Kalau tak sedap, mereka akan kata makanan tersebut mungkin tidak sesuai dengan tekak.
“Mungkin pemilihan kata-katanya agak teruk atau mungkin dia tidak profesional,” akhiri Anis.
Baca Disini : Chef Anis Nabilah ‘Anak Emas’ Dalam Keluarga
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“The Enchanted Night” Majalah Nona Raikan & Iktiraf Kejayaan Setiap Wanita

“Realiti Impian Wanita”, moto yang cukup sinonim dengan Nona, iaitu portal yang mengangkat dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.
Malah, bagi meraikan dan mengiktirafkan kejayaan setiap wanita ini, satu majlis yang meriah telah dianjurkan o;eh portal Nona ini.
Majlis “The Enchanted Night” yang berlangsung di Zebra Square Kuala Lumpur ini adalah untuk meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022. Acara Nona Superwoman Award pernah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2018, 2020 dan 2022 untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Majlis ini diadakan bukan sahaja untuk mengangkat kaum wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang, malah ianya bertujuan menyuntik semangat kepada mereka yang ingin berjaya dan mengikut contoh idola mereka di mana Nona menjadi sumber rujukan kepada mereka ini.
Nona percaya, wanita mampu menggalas tanggungjawabnya dengan cara tersendiri yang tidak terjangka, cuma ianya sering terselindung di sebalik lelaki. Dalam majlis tersebut juga turut menyaksikan pelancaran rasmi kempen Nona No. 1 Inspirasi Wanita.
Kempen ini bertujuan untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita-wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
Majlis The Enchanted Night yang ini diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan di kalangan wanita-wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Datin Amyera, Nur Amirah, Datin Za Glow Glowing, Liza Hanim, Fouziah Gous, Ifa Raziah, Bellapark, Puan Sri Syazara Aisha, Mawar Rashid, Dato’ Seri Vida dan Cik B, Dr. Soo Wincci, Rizman Ruzaini, Datin Ayu Roslan Bokitta dan ramai lagi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Baca artikel baru di @mingguanwanita atau klik/visit link di Instagram Story.
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI