3 Petanda Anak Sebenarnya Tengah Sesak Nafas & Perlu Dapatkan Rawatan Segera Di Unit KECEMASAN!

Share

Pengalaman jadi mak ayah berhadapan dengan anak-anak sakit cukup merisaukan. Adakalanya berjaga sehingga tak tidur malam, bimbangkan keadaan tahap kesihatan anak.Terutamanya bila anak demam panas, mahupun susah bernafas yang perlu di pantau selalu.

Menerusi perkongsian dari Klinik Kesihatan Meru, Klang, ada 3 tanda-tanda yang boleh dikenal pasti bahawa anak-anak sebenarnya sedang mengalami sesak nafas.Jika petanda ini berlaku, mak ayah perlulah segera membawa anak ke unit kecemasan di hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Berikut antara perkongsian tersebut;

Anak saya nafas laju ke ni? Nak pergi mana ni? Kecemasan dekat hospital ke atau klinik kesihatan dulu?

Kami dapati masih lagi ramai yang tak berapa clear berkenaan konsep ini.

Baru baru ini, kami terima seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 1 tahun lebih dalam keadaan lembik, hampir-hampir tak sedarkan diri pada pukul 10 pagi. Padahal anak tu dah semput sejak pukul 4 pagi lagi!

Dalam masa nak revive adik tu, terpikir la dalam hati, Kenapa ibu ini menunggu jugak untuk klinik kesihatan buka, baru dapat bantuan kecemasan kat sini?! Sepatutnya dah terus pergi ke hospital pukul 4 pagi tu.

Case tu clear cut sikit. Confirm terus ke hospital. Akan tetapi kadang kala, ada keadaan yang ibu bapa tak berapa pasti. Harap-harap post ini dapat terangkan sikit macam mana nak kenal pasti tanda tanda amaran.

Jika anak anda mempunyai tanda-tanda sesak nafas ini, anda boleh terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan SEGERA.

Macam mana nak tahu ni laju ke tak?

1.Kadar pernafasan melebihi normal

Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit tu.

NORMAL

< 2 bulan : <60/MINIT
2 bulan hingga 1 tahun: <50/MINIT
1 tahun hingga 5tahun: <40/MINIT

2.Recessions

Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk. Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam di video yang kami share, itu petanda amaran respiratory distress.

3. Nasal Flaring

Tanda ini boleh dilihat kebanyakkannya pada bayi yang sesak nafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga.

Kalau anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi kesesakan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera.

Kalau anak menghidapi asma, tanda tanda seperti di atas bermakna anak anda perlu guna inhaler (ventolin) segera, dan kalau tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer. Akan tetapi, kalau luar ‘office hours’, anda boleh ke kecemasan terus.

Penyakit yang boleh menyebabkan ‘respiratory distress’ pada kanak-kanak.

✅Pneumonia
✅Bronchiolitis
✅Asthma
✅Croup

Semoga bermanfaat! kongsikan pada mak ayah yang lain agar mengambil berat perkara ini dan tidak bertangguh, sekaligus dapat menyelamatkan nyawa.

Sumber:Klinik Kesihatan Meru, Klang

Published by
Suhaidah Abd Wahab