Kalau adik beradik bergaduh, hubungan memang tak bermasalah sangat nak do cantum semula. Sebabnya bak kata orang lama, air dicincang takkan putus. Tapi kalau ipar duai berkonflik, kesannya boleh berpanjangan.
Sebenarnya tak susah mana pun nak pastilan hubungan dengan ipar duai tetap aman bahagia. Ada syarat-syarat penting yang wajib dipenuhi.
Ada batasan kata-kata yang perlu adik atau kakak ipar jaga sepanjang berkomunikasi dengan ipar duai. Paling penting, jangan bertanyakan soalan-soalan sensitif. Misalnya,
”Kau ni bila nak mengandung?”
“Suami kau ni tak bagi makan ke? Kurus semacam je kakak tengok kau ni?”
Ayat makan dalam macam ini sebaiknya simpan sajalah untuk diri sendiri. Tak perlu pun nak ambil tahu. Melainkan ipar sendiri yang merujuk kepada anda untuk meminta bantuan.
Hadam persoalan-persoalan sensitif sebegini dalam hati saja ya. Kalau rasa tak tahan sangat nak bertanya pun, tunggulah masa yang sesuai. Yang mana bila ditanyakan soalan sensitif, tiada hati yang terluka.
Jangan sesekali ambil kesempatan masuk ke bilik adik atau kakak ipar sesuka hati. Macam harta tu mak bapak kau yang punya.
Walau pun anda baik macam mana pun dengan adik atau abang, bila mereka sudah beristeri bermakna ada batasan di situ. Adik beradik anda sudah menjadi hak orang. Silalah terima hakikat itu dengan lapang dada ya.
Kalau bab ini anda pandai jaga. Insya Allah ipar duai anda juga akan tahu bagaimana manu menghormati privasi anda.
Oh.. ini pantang besar. Kalau pun adik beradik anda sedang berkonflik dengan isteri jangan sesekali anda masuk campur dan ungkit keturunan atau cara ibu bapanya membesarkannya.
Tindakan anda itu sebenarnya akan menyebabkan hubungan jadi lebih keruh. Sebagai saudara terdekat sepatutnya anda meredakan konflik. Jangan pula anda yang jadi makcik dan pakcik bawang.
Jagalah aib saudara baru anda itu. Sayangi mereka sebagaimana anda sayangi adik beradik anda.