Penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, 24 November lalu telah berkongsi nama anak sulungnya bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
Malah ketika itu juga Tuju menerangkan Loca B sedang berpantang di rumah. Dan bayi yang dilahirkan dinamakan Bintang Aiko.
Namun sesuatu yang agak mengejutkan apabila semalam menerusi sebuah hantaran video menerusi akaun Instagram Loca B (kuning langsat) menulis tentang bayinya itu didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi.
Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.
Malah Loca B mendedahkan bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.
“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.
“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.
“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” tulisnya di kapsyen hantaran video tersebut.
Paling menyedihkan isteri kepada Loca B ini juga memaparkan keadaan bayinya yang baru dilahirkan didiagnosis penyakit gastrosis.
Ibu yang masih dalam pantang ketika itu juga berulang alik ke hospital setiap hari selama tigu minggu berturut-turut.
“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.
Baca Disini Juga:
Bintang Aiko Uniknya Nama, Tuju Jalani Kuarantin Tidak Dapat Bersama Bayi Baru Lahir
Spekulasi ‘Baby Bump’ Ain Edruce, “Alhamdulillah Saya Dah Mengandung”
Pasangan ini juga akui mereka berhadapan dengan ujian dan dugaan yang sangat besar dan menjadi pengajaran dalam kehidupan. Namun mereka bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling.
“Alhamdulilah Bintang sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik.
“Ketika hendak meninggalkan wad NICU, jururawat ingin mengambil gambar Bintang!
“Kami bersyukur kerana dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” tulis mereka yang cukup gembira dapat membawa Bintang pulang ke rumah.
MW: Berdoa agar Bintang Aiko dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Sumber : KOSMO!
Sumber/Sumber Foto: Instagram Loca B kuning.langsat