
Daripada Allah kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. Selepas 3 minggu bertarung nyawa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 9.41 malam tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan Muhammad Adib sudah meninggal dunia.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hang Tuah pada pagi esok untuk penghormatan terakhir.
Selepas itu, jenazah akan dibawa menaiki helikopter untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.
Kesihatan Muhammad Adib Makin Merosot Sejak Semalam
Pasukannya mahu memadamkan kebakaran kereta di luar lokasi rusuhan. Malangnya, dipercayai Adib menjadi mangsa serangan perusuh di kuil tersebut.
Sejak 27 November lalu, Adib dimasukkan di unit jagaan rapi Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby Subang Jaya, sebelum dipindahkan rawatannya ke IJN, Kuala Lumpur.
Kesihatan allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak semalam dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak semalam, dan malam ini tidak lagi dapat bertahan.

Allahyarham Muhammad Adib sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini.
MW : Tenanglah wahai Adib bertemu penciptaMu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : astroawani, mstar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mohon DOA Diberi Kesembuhan”, Jasmin Hamid Masuk CCU Akibat Serangan Jantung

Isi Kandungan
Toggle“Mohon Doakan Diberi Kesembuhan”, merupakan harapan suami kepada pelakon Jasmin Hamid,49 yang kini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buluh akibat serangan jantung, jam 2 pagi tadi.
Suami Nafi Jasmin Keadaan Kritikal
Serangan jantung tidak mengira sesiapa sahaja, namun berita tular mengatakan pelakon ini sedang kritikal sama sekali tidak benar. Perkara ini disahkan sendiri oleh suami Jasmin sendiri.
Nazmir Abd Rahim yang menyatakan keadaan terkini isterinya adalah semakin baik dan bukannya kritikal seperti yang tular. Nazmir juga menyangkal isterinya rebah dan tidak sedarkan diri, sebaliknya Jasmin masih mampu bercakap dan boleh berjalan sendiri ketika dibawa ke hospital.
“Isteri dimasukkan ke wad CCU kerana doktor ingin memantau keadaan jantung. Keadaannya kini stabil selepas doktor memberikan ubat pencair darah.
“Sebelum ini, isteri tidak mempunyai sejarah penyakit jantung. Semalam, isteri mengadu dada seperti dihimpit dan tangannya tiba-tiba kejang.
“Rahang pula kebas dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Pada mulanya, isteri menyangka hanya sakit perut kerana baru pulih cirit birit.
“Jadi, isteri hanya makan ubat sakit perut dan tahan sakit. Kemudiannya, saya memberinya penyedut asma kerana dia ada penyakit semput, tetapi tidak berjaya.
“Ubat tahan sakit sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan dialami, tetapi saya nampak isteri tidur dalam keadaan gelisah dan badannya mengeluarkan peluh dengan banyak,” katanya.
Baca Lagi Di Sini:Petanda Awal Jantung Bermasalah, Ramai LAMBAT Sedar & Tak Ambil Peduli!
Bacaan Jantung Kurang Baik
Petang semalam, kata Nazmir, dia membawa Jasmin melakukan pemeriksaan di klinik. Menerusi ujian elektrokardiogram (ECG) dilakukan, doktor mendapati bacaan jantung kurang baik dan minta Jasmin ke hospital untuk melakukan pemeriksaan penuh.
“Saya faham ramai yang risau apabila keadaan kesihatan isteri ditularkan teman artis. Lebih lagi, apabila ada yang mengatakan isteri dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Sebenarnya, isteri hanya dimasukkan ke Zon Kuning dan dipindahkan ke CCU, jam 2 pagi berikutan perlu menunggu giliran.
“Ini kerana ada 14 pesakit lain menanti giliran untuk dimasukkan ke unit berkenaan.
“Memang keadaannya ketika terkena serangan jantung amat merisaukan. Jantung bukanlah perkara boleh dibuat main-main, jadi saya minta kebenaran isteri memuat naik status menerusi Instagram (IG) memohon doa orang ramai,” katanya.
Artikel Menarik:Petua Jaga Jantung Sihat Amalkan Minum Jus Tomato Selalu
Doktor Pantau Keadaan 5 Hari
Namun, katanya, Jasmin kuat semangat, masih boleh bercakap dan berjalan sendiri.
“Saya boleh katakan keadaannya baik kerana sedar dan boleh memberikan respon kepada doktor.
“Tetapi doktor tetap menahan isteri ditahan di wad selama lima hari kerana mereka ingin memantau keadaan kesihatannya,” kata Nazmir.
Mohon Doakan Kesembuhan
Terdahulu, Nazmir dalam hantaran yang dimuat ke akaun IG milik Jasmin memohon orang ramai mendoakan isterinya dipanjangkan umur dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.
Dalam hantaran itu, Nazmir berkata, tekanan darah dan degupan jantung pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu agak lemah. Justeru, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung.
Mesti Baca:Ketahui Risiko Jantung Bermasalah Menerusi Pemeriksaan Sendiri Ujian Ibu Jari!

Lagi Di Sini:Jasmin Hamid Bersyukur “Allah Pinjamkan Mertua Sangat Baik, Terima Kekurangan, Menumpang Kasih”
Mingguan Wanita: Sama-sama kita doakan semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan semakin pulih buat pelakon Jasmin Hamid.
Sumber: Bharian, Instagram Jasmin Hamid
Penyakit jantung pembunuh dalam senyap, hati-hati iya.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Betul ke degupan jantung tak sekata berbahaya?
Institut Jantung Negara (IJN)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peluang Sekeluarga Bergaya Sakan Pakai Baju JOVIAN MANDAGIE Raya Ini!

Bila tiba hari raya, mak-maklah biasanya yang paling sibuk nak pastikan semua persediaan serba sempurna, termasuklah bab baju raya. Kalau boleh nak warna sedondon, cantik dan selesa.Paling penting mesti dalam peruntukan ‘bajet’ seisi keluarga.
“Cuba bayangkan SEKELUARGA dapat melaram dengan rekaan eksklusif pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie secara PERCUMA raya nanti ?”
Bukan persalinan raya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, anak-anak pun tidak terkecuali dapat bergaya sakan dengan rekaan mewah serba baru ilham Jovian. Bahagianya rasa hati!
Gaya Raya Bersama TOP
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Gaya Raya Bersama TOP kembali menceriakan Syawal anda. Istimewanya tahun ini, TOP menjalin kolaborasi bersama pereka ternama Jovian Mandagie yang hampir dua dekad bertapak dalam industri fesyen tanah air.
Daripada beribu-ribu penyertaan yang diterima setiap tahun… hanya LIMA KELUARGA bertuah bakal memenangi koleksi Jovian Mandagie Ready-To-Wear bernilai keseluruhan RM30, 000 berserta tajaan produk TOP.
Cepat rebut peluang untuk menangi baju raya rekaan eksklusif Jovian Mandagie, sempena lebaran ini! Manalah tahu ada rezeki, jimatlah sikit ‘bajet’ peruntukan baju raya sekeluarga tahun ni nanti.
Cara Sertai peraduan ini dengan TIGA LANGKAH mudah.
Langkah 1: Beli mana-mana produk TOP dan simpan resit pembelian minimum bernilai RM25.
Langkah 2: Ambil gambar anda bersama pasangan atau keluarga dengan berpakaian sedondon.
Langkah 3: Lengkapkan borang penyertaan, butiran diri, gambar serta resit pembelian dan hantar menerusi SALAH SATU cara berikut;
1. POS
Pos ke alamat:

PERADUAN GAYA RAYA BERSAMA TOP & NONA
Nu Ideaktiv Sdn Bhd, No 1 Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2. WHATSAPP
Hantar penyertaan menerusi Whatsapp dengan melengkapkan Nama Penuh (Space), Alamat (Space), No. Kad Pengenalan (Space), Emel (Space) bersama gambar berpakaian sedondon sekeluarga serta resit pembelian produk TOP ke 019-612 0723.
3. INSTAGRAM
Upload gambar di Instagram dengan hashtag #GAYARAYABERSAMATOP dan direct message (DM) resit pembelian ke @majalahnona. Pastikan akaun Instagram anda adalah ‘public’.
SYARAT & MAKLMAT PENYERTAAN
- Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Southern Lion, Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mei 2019.
- Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Pemenang akan dihubungi oleh wakil majalah Nona.
- Setiap pemenang perlu terlibat di dalam pembikinan buku khas GAYA RAYA TOP & NONA yang akan disiarkan di dalam majalah Nona
Tunggu apa lagi, pilih gambar sedondon terbaik dan beli produk TOP di pasaraya berdekatan hari ini untuk menyertai peraduan lumayan Gaya Raya Bersama TOP. Untuk maklumat lanjut, layari nona.my/gayarayabersamatop2019.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Ibu Arwah Nur Farah Kartini Terlihat Hiba, Saksikan Perjalanan Terakhir Anak Dikasihi

Isi Kandungan
ToggleWajah ibu arwah Nur Farah Kartini terlihat hiba, saksikan perjalanan terakhir anak dikasihi. Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang kelmarin dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Wajah Ibu Arwah Nur Farah Kartini Terlihat Hiba
Hari ini hari yang sangat hiba bagi ibunya. Perjalanan jauh dari Miri Sarawak malam semalam untuk menatap kali terakhir satu-satunya anak perempuannya, Nur Farah Kartini pasti tidak tergambar dengan kata-kata.
Dapat dilihat, wajah ibunya amat hiba dan agak sugul. Mungkin sama sekali tidak menyangka, anak kesayangan sudah tidak lagi bernyawa. Anak yang berdikari belajar dan kemudian bekerja, akhirnya hanya ditemui terdiam kaku tanpa sempat menuturkan sepatah kata akhir.

Saksikan Perjalanan Terakhir Anak Dikasihi
Memetik laporan Sinar Harian, van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dilihat bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 2.14 petang.
Turut kelihatan mengiringi van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu adalah beberapa kenderaan ahli keluarga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jenazah Nur Farah Kartini akan dibawa ke Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor, Pekan, Pahang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, lewat petang ini.
Semoga ada keadilan buat arwah dan keluarganya redha dengan ujian ini. Al-Fatihah buat arwah Nur Farah Kartini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nur Farah Kartini Ditemui Tidak Bernyawa, Hilang Di Tanjung Malim, Ditemui Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor
“Dia Seorang Sahaja Anak Perempuan Dalam Keluarga” Arwah Farah Kartini Anak Bongsu 7 Beradik
Tuduh Nur Farah Kartini Mengandung, Keluarga Wanita Minta Maaf & Merayu Tak Disaman
“Saya turunkan ego saya…
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI