3 Langkah Tuntut Wang Dana Untuk Mangsa Serangan Binatang Buas, Lelaki Ini Tunjuk Caranya

Share

Ramai mak ayah malah masyarakat tidak mengetahui yang kita boleh menuntut wang akibat serangan binatang buas. Tuntutan ini dipanggil Dana Serangan Binatang Buas.

Menerusi perkongsian seorang guru Mohd Fadhli, memaklumkan 3 langkah untuk membuat tuntutan wang Dana Serangan Binatang Buas.

Cerita guru ini bermula apabila seorang anak murid prasekolahnya telah dipatuk oleh ular yang berbisa. Kejadian ini berlaku di rumahnya.

Ketika asyik bermain, seliparnya telah terjatuh ke dalam longkang. Murid ini memberanikan diri. Tangan di hulur bagi mencapai selipar. Tiba-tiba tangannya dipatuk oleh seekor ular berbisa.

Tangannya berdenyut-denyut sakit.

Menurut ibu murid ini, setelah dipatuk ular, didapati anaknya mengalami muntah –muntah. Terus tanpa melengahkan masa mangsa dibawa ke hospital.

Tangan anak ini semakin membengkak. Tambahan lagi, murid ini mengalami demam. Pakar perubatan telah bertindak segera bagi menyelamatkan nyawa anak periang ini.

Rentetan daripada kes itulah, guru ini mendapat pengetahuan tentang Dana Serangan Binatang Buas ini.

Ramai ibu bapa dan masyarakat tidak mengetahui bahawa kita boleh menuntut wang akibat serangan binatang buas. Serangan binatang buas ini tidak kira di mana berlaku dan terjadi.

Dana ini boleh dituntut sekali seumur hidup.” Inilah yang dimaklumkan kepadanya oleh Puan Noratiqah Othman sebagai staff di Jabatan Perhilitan.

Dalam kenyataan yang dikongsikan oleh Syahril A. Kadir pula menyatakan antara binatang yang melayakkan mangsa menerima bantuan ialah gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa dan primat (beruk, kera, siamang, ungka, lotong dan kongkang).

3 Langkah Tuntut Dana Serangan Binatang Buas

LANGKAH 1

Panjangkan email aduan kepada johor@wildlife.gov.my. Antara kenyataan yang diperlukan ialah ; Laporan murid yang dipatuk ular, maklumat pengadu (nama penuh, dan kad pengenalan), nama mangsa, tempat tinggal dan nombor yang mudh dihubungi. Emailkan juga kepada kluang@wildlife.gov.my

LANGKAH 2

Mohon ibu bapa mangsa atau penjaga mendapatkan laporan doctor mengenai serangan haiwan berbisa. Pastikan mendapat maklumat yang tepat dari doctor.

Jika tidak faham teruskan bertanya kepada pegawai yang ditugaskan. Laporan-laporan ini hantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tuntutan serangan binatang buas.

LANGKAH 3

Ibu bapa atau penjaga mestilah sering ‘Follow up’ dengan pihak berwajib seperti email yang diberi, JKM dan perhilitan. Pihak JKM wajib mengusulkan kepada PERHILITAN untuk melayakkan murid tersebut untuk mendapat DANA.

Inilah merupakan langkah-langkah yang boleh di ambil oleh ibu bapa dan penjaga, bagi mendapatkan hak kanak-kanak yang telah uji dengan binatang buas dan berbisa.

“Pengalaman merupakan sesuatu yang sangat berharga. Benarlah, setiap apa yang Allah berikan kepada kita baik ujian atau nikmat, merupakan pengajaran dan pembelajaran yang perlu kita pelajari dan hadapi. Dalam masa yang sama, pengalaman akan mematangkan cara tindak dan fikir kita.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber/Foto : Mohd Fadhli

Published by
Netty Ah Hiyer