Ramai mak ayah malah masyarakat tidak mengetahui yang kita boleh menuntut wang akibat serangan binatang buas. Tuntutan ini dipanggil Dana Serangan Binatang Buas.
Menerusi perkongsian seorang guru Mohd Fadhli, memaklumkan 3 langkah untuk membuat tuntutan wang Dana Serangan Binatang Buas.
Cerita guru ini bermula apabila seorang anak murid prasekolahnya telah dipatuk oleh ular yang berbisa. Kejadian ini berlaku di rumahnya.
Ketika asyik bermain, seliparnya telah terjatuh ke dalam longkang. Murid ini memberanikan diri. Tangan di hulur bagi mencapai selipar. Tiba-tiba tangannya dipatuk oleh seekor ular berbisa.
Tangannya berdenyut-denyut sakit.
Menurut ibu murid ini, setelah dipatuk ular, didapati anaknya mengalami muntah –muntah. Terus tanpa melengahkan masa mangsa dibawa ke hospital.
Ads
Tangan anak ini semakin membengkak. Tambahan lagi, murid ini mengalami demam. Pakar perubatan telah bertindak segera bagi menyelamatkan nyawa anak periang ini.
Rentetan daripada kes itulah, guru ini mendapat pengetahuan tentang Dana Serangan Binatang Buas ini.
“Ramai ibu bapa dan masyarakat tidak mengetahui bahawa kita boleh menuntut wang akibat serangan binatang buas. Serangan binatang buas ini tidak kira di mana berlaku dan terjadi.
“Dana ini boleh dituntut sekali seumur hidup.” Inilah yang dimaklumkan kepadanya oleh Puan Noratiqah Othman sebagai staff di Jabatan Perhilitan.
Ads
Dalam kenyataan yang dikongsikan oleh Syahril A. Kadir pula menyatakan antara binatang yang melayakkan mangsa menerima bantuan ialah gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa dan primat (beruk, kera, siamang, ungka, lotong dan kongkang).
3 Langkah Tuntut Dana Serangan Binatang Buas
LANGKAH 1
Panjangkan email aduan kepada johor@wildlife.gov.my. Antara kenyataan yang diperlukan ialah ; Laporan murid yang dipatuk ular, maklumat pengadu (nama penuh, dan kad pengenalan), nama mangsa, tempat tinggal dan nombor yang mudh dihubungi. Emailkan juga kepada kluang@wildlife.gov.my
LANGKAH 2
Mohon ibu bapa mangsa atau penjaga mendapatkan laporan doctor mengenai serangan haiwan berbisa. Pastikan mendapat maklumat yang tepat dari doctor.
Ads
Jika tidak faham teruskan bertanya kepada pegawai yang ditugaskan. Laporan-laporan ini hantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tuntutan serangan binatang buas.
LANGKAH 3
Ibu bapa atau penjaga mestilah sering ‘Follow up’ dengan pihak berwajib seperti email yang diberi, JKM dan perhilitan. Pihak JKM wajib mengusulkan kepada PERHILITAN untuk melayakkan murid tersebut untuk mendapat DANA.
Inilah merupakan langkah-langkah yang boleh di ambil oleh ibu bapa dan penjaga, bagi mendapatkan hak kanak-kanak yang telah uji dengan binatang buas dan berbisa.
“Pengalaman merupakan sesuatu yang sangat berharga. Benarlah, setiap apa yang Allah berikan kepada kita baik ujian atau nikmat, merupakan pengajaran dan pembelajaran yang perlu kita pelajari dan hadapi. Dalam masa yang sama, pengalaman akan mematangkan cara tindak dan fikir kita.”
Jangan kata suami sado je boleh buat kerja-kerja buka dan cuci bersih mesin basuh automatik. Sebenarnya, orang perempuan pun boleh buat sendiri tanpa bantuan suami.
Puan Ana Mariana ni tunjukkan langkah demi langkahnya. Cara nak buka mesin basuh automatik untuk dibersihkan dari kotoran. Lagi-lagi bila dikesan baju yang dibasuh tu masih kotor dan lekat sabun.
Katanya beliau pernah ternampak posting seseorang dalam facebook cara nak bersihkan mesih basuh. Memandangkan suaminya tiada di rumah, dia pun buat sendiri kerja-kerja membuka dan membersih mesin basuh.
“Senang je rupanya. Lama dah guna mesin basuh ni. Patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pula duk lekat kat baju lagi.”
Nanti bila mak-mak dah buka, akan nampak betapa kotor dalam mesin basuh tu. Selepas buka, kenalah cuci semua kotor-kotor dalamnya. Selesai cuci, akan rasa macam guna mesin basuh baru.
Nota : Maklum beliau lagi, ini cara yang digunakan untuk mesin basuh model di atas. Model lain mungkin cara bukanya berbeza.
Jika mak-mak sedang berdiet dan tercari-cari menu sihat yang sesuai bolehlah cuba resipi Kerabu Udang Sambal Belacan ni. Cara nak buatnya cukup senang dan cepat je siap, dalam masa 10 minit dah boleh makan.
“Kerabu adalah masakan yang paling mudah dan pantas. Rasanya yang unik dengan campuran bunga kantan dan ketumbar menambahkan aroma buat kita lalu makan hihihi.Mesti ramai kat sini peminat kerabu.Hari ni saya share resepi yang paling senang pantas di dapur, 10minit jer siap. Diet sangat la sesuai makan menu kerabu ni simple macam ni.”
Udang Segar (dikupas kulit)
Kacang panjang
Tomato
Bunga kantan
Limau nipis
Bawang
Ketumbar
Cili padi
Belacan
Garam,gula & serbuk perasa
1.Potong kacang panjang (jangan terlalu panjang agak-agak la yer) selepas itu rendam di dalam air panas mendidih dalam 2 minit. Ambil udang dan rebus dalam masa 3 minit ( jangan terlalu lama nanti tak sedap).
2.Kisar cili api dan belacan (buat sambal belacan) kisar kering yer biar sampai halus.
3.Hiris bahan-bahan yang lain secara halus ( tomato,ketumbar,bunga khantan,cili (sikit) dan perahan limau nipis.
4.Masukkan ke semua bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam udang yang dah direbus. Masukkan sedikit garam,gula dan serbuk perasa. Gaul kesemuanya sampai rasa sekata.
Kehadiran cahaya mata ini amat dinantikan, apatah lagi di adalah anak pertama. Siang, malam tidak pernah leka sang ibu mendoakan agar anak yang dikandung lahir sihat dan sempurna. Tanggal 16 Julai lahirlah putera sulung Siti Aminah Amir dan pasangannya, Syahlizan Saimin. Siapa sangka anaknya penghidap hyperigm syndrome tanpa dirinya sedari.
Iskandar adalah nama dipilih buat bayi comel yang ibunya nantikan setiap saat. Sejak lahir, Siti Aminah dapati kulit anaknya agak sensitif. Ada sahaja luka-luka kecil dan kesan melecet. Malahan Siti Aminah akui, anaknya seringkali diserang demam, selsema dan batuk-batuk sejak di masih kecil.
Melihat keperitan anaknya yang masih baru mengenal dunia, Siti Aminah membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Tetapi jankitan pada paru-paru Iskandar di usia lima bulan amat mengusik naluri seorang ibu. Hatinya ibarat empangan yang pecah mendengar tangisan bayi yang baru belajar apa itu erti kesakitan.
“Hati ibu mana yang tahan tengok anak yang masih kecil asyik keluar masuk hospital. Ketika usia lima bulan Iskandar terkena jangkita, doktor beri dia antibiotok biasa, namun tak jalan, seterusnya doktor terpaksa masukkan ubat yang lebih kuat untuk stabilkan keadaan anak saya.
“Selepas dua minggu, Iskandar perlu jalani pemeriksaan susulan di hospital. Kala itu muka Iskandar biru dan terdapat lekuk di dada apabila dia menangis tanpa henti. Jadi sekali lagi, Iskandar perlu berkampung di hospital.
‘Ketika itu, Iskandar perlu lalui beberapa siri pemeriksaan yang lebih detail. Barulah doktor temui sesuatu yang abnormal pada paru-parunya. Doktor minta saya bawa Iskandar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk refer pada pakar kanak-kanak kerana di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tiada pakar untuk masalah Iskandar,” luah Siti Aminah satu persatu.
Dalam masa dua minggu sebelum berangkat ke HKL, si kecil ini sekali lagi terkena jangkitan virus yang tidak diketahui. Iskandar kejarkan ke Intersive Care Unit (ICU). Sejak 21 Mei 2015, akhirnya setelah dua minggu, Iskandar dibawa ke HKL.
Hati Siti Aminah diruntun sedih apabila buah hatinya terpaksa bergantung pada mesin ventilator kerana sebelah paru-parunya tidak berfungsi dengan sempurna. Pada mulanya doktor mengaitkan masalah yang dialami Iskandar ialah primary Immunodeficiency. Namun setelah diberikan beberapa rawatan sepatutnya, namun masalahnya tetap gagal diselesaikan membuatkan doktor memeriksa kembali sejarah kesihatan Iskandar.
Kala itu, menurut Siti Aminah, doktor kenalpasti yang sistem imun Iskandar tidak mampu menghasilkan sel darah yang mencukupi bagi keperluan tubuhnya iaitu hanya menghasilkan IGM semata. Oleh itu, Iskandar memerlukan darah orang lain untuk dirinya sihat dengan sempurna.
Pada mulanya agak sukar untuk dirinya menerima kenyataan, lagi pula penyakit itu sangat asing pada Siti Aminah. Ternyata bukan mudah untuk mengumpul maklumat dan info tentang penyakit tersebut. Ramai juga yang mula menyoal, penyakit apa yang dialami Iskandar kerana tampaknya dia sihat sahaja.
Penghidap Hyperigm Syndrome Perlu Jalani Pemeriksaan Darah
Lebih memilukan hati Siti Aminah, pabila menjalani ujian darah, rupa-rupanya dirinya pembawa sindrom tersebut. Jadi tidak hairanl;ah bagaimana putera sulungnya mengalami penyakit itu. Hatinya dirasuk perasaan bersalah, tambahan lagi apabila melihat Iskandar perlu bergantung kepada mesin oksigen dan setiap tiga minggu perlu ke hospital untuk pemindahan darah.
“Pada tiga tahun yang pertama, Iskandar memang bergantung pada mesin oksigen. Lama-kelamaan apabila kesihatannya makin pulih, Iskabdar hanya gunakan pada waktu malam atau ketika demam sahaja. Saya bersyukur Iskandar tidak bergantung pada mesin sepenuhnya lagi.
‘Sejak dia dilahirkan, saya memang harapkan yang terbaik untuk dia. Tetapi apakan daya, ini ujian dia, saya percaya dia kuat untuk terima segalanya sebab dia anak yang sangat istimewa. Oleh kerana sukar untuk dapat maklumat tentang penyakit ini, saya mula sertai kumpualn sokongan untuk berkongsi masalah.
‘Siapa yang tidak kecewa, melihat anak menderita sejak dilahirkan. Saban kali melihat tangannya dicucuk, hatinya saya turut menangis. Kadang-kadang saya terpaksa tingaglakna dioa pada jururawat dan doktor kerana saya tidak cukup kuat untuk menemaninya. Kadang-kadang saya menangis di luar bilik rawatan kenangkan Iskandar, “ungkap Siti Aminah sebak.
Tatkala mengenang kali pertama, tubuh kecil Iskandar dicucuk jarum, tubuh Siti Aminah seakan menggeleter. Mana tidaknya, anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh diperlakukan demikian. Demi menjamin kesihatan yang lebih baik, prosedur tersebut perlu anaknya hadap.
Biar pun melawan pada mulanya, akhirnya dia terpaksa mengalah, malahan perkara ini berulang-ulang setiap tiga minggu, hinggalah kini dirinya telah berusia tujuh tahun. Bayangkan berapa kali dirinya dicucuk untuk prosedur “immunoglobulin replacement therapy”.
Pernah suatu ketika, tiada satu pun tempat di tubuh kecil Iskandar sesuai dicucuk kerana hampir setiap uratnya mengecut ekoran acapkali dicucuk. Oleh itu, doktor sarankan agar Iskandar memasang “chemoport’ bagi memudahkan urusan kanak-kanak ini setiap kali immunoglobulin dimasukkan secara intravenous. Alhamdulilah kini segalanya beransur baik.
Seakan Hilang Harapan Anak Penghidap Hyperigm Syndrome
Jelas Siti Aminah, peristiwa yang berlaku ketika Iskandar berusia sembilan benar-benar menyentap jantung hatinya. Bayangkan anak kecil itu terpaksa bertarung seorang diri melawan penyakit. Iskandar yang bergantung kepada mesin oksigen kala itu mengalami bengkak seluruh badannya.
Dirinya juga tidaks edarkan diri kerana ditidurkan, disebabkan dirinya tidak mampu memproses oksigen, badannya mulai membengkak. Tidak dapat bayangkan perasaan seorang ibu apabila doktor katakan yang Iskandar tidak punyai harapan lagi dan meminta setiap ahli berserah serta doakan yang terbaik buat Iskandar.
Hanya air mata menjadi teman sang ibu setiap kali melihat wajah Iskandar yang bersih, setiap saat Siti Aminah menemani anaknya tanpa jemu. Dalam masa yang sama, dirinya mengenggam erat tangan anaknya dan membisikkan kata-kata semangat untuk Iskandar terus kuat.
Setelah dua minggu berlalu, akhirnya pejuang sebenar iaitu Iskandar kembali pulih. Sudah tentu, itulah kegembiraan yang tidak terhingga buat Siti Aminah, melihat anak kembali pulih.
“Awalnya Iskandar tidak mampu bergerak, pergerakannya amat terbatas disebabkan dia terbaring agak lama dan dihinggapi pelbagai virus kesannya buatkan Iskandar lemah. Selepas Iskandar berusia dua tahun, barulah dirinya stabil untuk berjalan seperti kanak-kanak lain, itu pun memakan masa setahun untuk jalan dengan betul.
‘Bukan itu sahaja, sebelum itu hanya susu sahaja menjadi sajian Iskandar. Lama-lama barulah dia berani mencuba makanan, saya juga jadi fobia untuk melihat Iskandar bercampur gaul, kerana dia sangat sensitif.
“Tetapi lama-kelamaan pabila dia mula memahami, saya lepaskan dia berdikari. Sekarang saya bangga, dia mampu uruskan diri dan tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.
‘Perkara yang buat saya sebak apabila setiap kali dia soal saya mengapa dia sahaja perlu dicucuk setiap tiga minggu, sedangkan adiknya Inas tidak perlu lalui perkara itu. Saya yakinkan dia yang Allah jadikan dia insan yang sangat istimewa, sebab itulah dia perlu lalui semua ini,” ceritanya panjang lebar.
Harapan Siti Aminah hanya satu, agar masyarakat di luar sana memahami tentang penyakit ini yang dianggap begitu asing dalam masyarakat. Kadang-kadang ada segelintir individu pelik mengapa Iskandar perlu ke hospital selalu kerana luarannya, dia tampak sihat. Cuba fahami dan carilah info tentang sindrom ini agar anda dapat menyelami perasaan kami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati...