Kalau anda ada adik, abang, sepupu sepapat atau kawan-kawan yang belum berkahwin, tapi sedang merancang kewangan agar mudah jalan menuju alam perkahwinan… nota ini amat sesuai dikongsikan dengan mereka!
Kisah lelaki ini dimuat turun setahun yang lalu oleh isterinya, Puan Sa’udah Salleh. Kalau anda masih ingat dulu ada satu video viral bakal pengantin yang bergaduh di masjid sebab tak cukup wang hantaran.
Bagi membantu anda, wahai lelaki-lelaki yang mahu membuat simpanan kahwin, ini cara yang dikongsi En Abdul Rahim Kassim.
Saya tanya suami, macam mana dia simpan duit untuk kahwin. Gaji dia masa tu kecil je. Masa kami kahwin, gaji bersih beliau hanyalah RM1,200.00. Sikit je kan?
So, berdasarkan cerita suami, ini langkah-langkah yang dia buat untuk menyimpan.
Hanya beli motor untuk kenderaan ke tempat kerja. Balik kampung naik BAS. Kampung beliau di Muar.
Masak sendiri untuk makan malam.
Simpan separuh dari gaji. Suku gaji lagi beri pada mak. Baki baru belanja.
Memang simple giler lifestyle dia. Dia takde risau dengan “APA ORANG KATA”.
Suami kata, dia tahu dia hanya seorang mekanik. Mak Bapak orang susah, jadi dia tahu kalau nak kahwin, akan guna duit dia sendiri. Suami tak harapkan Mak Bapak yang sponsor, jadi dia bersedia dari awal.
Sejak dari belajar, dia cari peluang untuk dapatkan full sponsorship dan elaun. Bila dia tak dapat peluang itu, dia kerja kilang papan dulu sambil intai peluang. Dapat je peluang tu, dia belajar sungguh-sungguh. Tak mahu gagal, nanti lagi lambat dia keluar dan bekerja. Masa mula-mula habis belajar, takdelah terus dia dapat gaji besar. Pada dia, asal ada kerja dan dapat duit sebab nak bagi pada mak.
Awal-awal kerja, gaji RM350.00 je. Lepas tu dia pindah ke Kajang, duduk dengan kakak. Kerja mekanik tapi tak lama sebab bos tak bayar gaji. Jadi dia nak berhenti, bos bagi dia motor sebagai tukaran wang gaji.
Dapatlah kerja warehouse, gaji kecik tapi kerja sampai 3-4 pagi tunggu kontena sampai, tapi esok kena masuk kerja pukul 8.00 pagi. Lepas tu baru dapat kerja mekanik kat Kajang juga.
Tahun 1998, dapat kerja Mekanik kat Shah Alam. Berulang-alik naik motor dari Hulu Langat. Sebab duit rumah tak payah bayar, dia beli motor baru sebab nak hantar anak saudara ke sekolah dan nak guna berulang ke Shah Alam.
Masa ni, gaji dah besar sikit. Dia guna duit simpanan untuk beli motor campur duit tolak motor lama. Tapi masih simpan separuh gaji, suku bagi mak, suku untuk belanja.
Itu sebab masa kami mula berkawan bulan April, bulan Mei dah sibuk tanya bila dia boleh jumpa mak ayah saya. 17 September, dia lamar saya. Ajak kahwin in December. 3 bulan sahaja untuk buat preparation untuk merisik, bertunang dan bernikah. Bayangkan, masa tu lagi seminggu nak Ramadhan!
Ayah pula nak saya experience merisik dan tunang. Tak mahu sekali kan majlis tu. So ayah decide, merisik masa Ramadhan. A very simple occasion. Then masa Syawal (Oktober), buat majlis tunang. Pagi tunang, petang open house ayah. And December kami nikah.
Hantaran, ayah tak minta. Ayah suruh suami tetapkan. Ayah cuma minta serba berdiri. Kalau orang Johor, fahamlah apa serba berdiri ni. Barang kemas sebagai hadiah kepada isteri, dari atas sampai kaki. Anting-anting, rantai, gelang tangan dan gelang kaki. Saya tak nak anting-anting. Yang lain terpulang kat dia. Saya nak cincin je yang saya pilih.
Very simple.
Still remember, Ayah kata, “Rahim aje yang tahan layan kerenah anak ayah ni.”
Hahaha so true Ayah.
Sebenarnya teringat our BLIND DATE pada 2 April 2006.
Masa saya pusing lepas makcik saya bagitahu, “Inilah orangnya”, saya dalam hati jawab “La…..dia ke?” Hahaha. So not my type.
Sebab dia SKEMA sangatlah. Baik sangat. Dan PENDIAM. And I was thinking, macam mana nak hidup dengan orang pendiam ni? Tapi sebenarnya, suami saya kelakar dan takdelah pendiam sangat.
Hahaha sorry. Mengenang kisah lama. Memang tak sangka kahwin dengan dia. I love you sayang.
Sumber/Foto: Blog Puan Saudah Salleh via Mingguan Wanita