Inai ukir ini biasanya dipakaikan pada pengantin. Nak-nak musim raya Deepavali nak mai ni, makin meletuplah permintaan melukis inai ukir tangan. Kita yang perempuan ni memang pantang tengok benda-benda cantik. Teruja sama nak mencuba.

Pakai inai ini selain semasa jadi pengantin, saja-saja pakai pun tak salah sebenarnya. Ada juga yang gunakan untuk tujuan perubatan. Jenis itu, kena tumbuk dari daun inai tu sendiri. Makan masa yang lama untuk dapatkan hasil. Tapi berkesan untuk merawat kuku rosak.

Macam-macam cara juga nak buat inai. Ada yang buat inai homemade dari kapur makan, ada yang gunakan sirap, dan ada yang siap dijual di pasaraya atau orang persendirian.

Si manis Liana Johari ini berkongsi tiga cara nak bagi inai ukir yang dipakai tahan lebih lama. Memang mengagumkan tengok hasil sebelum dan selepas yang dikongsikan.

Runsingkan bila inai ukir cuma tahan dua tiga hari je. Nak la jugak show off lelama kensss. Tambah-tambah lagi hakak henna retis tu ukir lawoooo tak hengat. So, Kak Elly ada simple tips yang korang boleh cuba. Cekidautttt

Ini 3 Tip Buat Inai Ukir Tahan Lebih 3 Hari

SKRUB TANGAN TU DULU

Ni paling penting ok. Skrub dulu tangan tu kasi hilang segala kulit mati yang bermaharajalela. Barulah warna inai akan meresap dengan sebatinya dengan kulit korang.

Ads

SAPU MINYAK LAVENDER

Sapu minyak lavender (lavender oil) dekat kawasan ukiran inai. Buat dua kali sehari ok. Kalau rajin, sapu la banyak kali. Tak ada sapa nak marah pun. Kalau tak ada lavender oil, minyak zaitun safi tu pun boleh je. Lepas tu, biar sampai kering. Alaaaaa macam pakai losyen tu.

Kalau nak mandi, sapu dulu lavender oil. Cara ni untuk elakkan direct contact dengan sabun. Yela kan, sabun ni boleh pudarkan warna inai tau. Jadi, warna inai korang akan terselamat dari segala ancaman gittewww.

NO WATER PLEASEEEE

Kalau boleh, elakkan direct contact dengan air sebaik saja inai kering. Sekarang ni inai ukir dah tak yah susah-susah nak basuh dah. Korang cuma kena tunggu sampai kering pastu kopek je.

Ads

Amacam? Senang kenssss. Selamat mencuba!

Buat Yang Tertanya-tanya Pasal Inai, Baca Ni

√    Hukum berinai harus. Tak kiralah korang belum kahwin ke, dah kahwin ke, mak orang ke, nenek orang ke. Asalkan perempuan.

√    Lepas tu janganlah over sangat. Ni sampai ke lutut la sampai ke siku la. Sederhana cukuplah.

Ads

√    Corak yang dibenarkan adalah daun dan bunga. Dah banyak dah maciam ni yang cecantik. Tinggal tadah tangan je. Jangan pula lukis corak harimau bintang ke zirafah ke corak macam tatu pula.

Tengok Video Perkongsian Nasyrah Nazir Ni

Tiga cara pakai inai ukir yang dikongsikan di atas juga sesuai untuk digunakan ketika memakai inai di jari jemari. Hasilnya akan tahan lebih lama dan merah menyala. Tak sangkakan dengan memakai inai, jari jemari tu nampak cantik sungguh. Tapikan hakak berkenan betul dengan warna inai yang satu ni. Merah dia macam gincu bibir.. meletop!

Sumber/Foto : Facebook Liana Johari
Kredit video : Facebook Nasyrah Nazir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI