Sedapnya makan kek marble gebu, lembut dan cantik. Nak buat pun mudah je dan tak gunakan bahan-bahan yang banyak pun.Rupanya ada 3 cara kaedah membakar kek Marble ni.Boleh ikut resipi dan kaedah yang dikongsikan oleh Puan Ariana Sofia Ahmad ini.
“Dah lama ariana tak share resepi. Hari ni Ariana nak share resepi kek marble kesukaan umie ariana. Bila nak datang rumah je mesti suruh ariana buat.”
Dekat bawah ni Ariana akan bagi 3 cara untuk buat kek marble menggunakan resepi yang sama iaitu bakar (atas nampak cantik), bakar biasa dan kukus. Selalunya ariana guna cara kedua buat kek ni untuk umie, yang ni confirm jadi tak payah nak bakar lama-lama.
1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas
dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.
2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.
3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.
Resepi Kek Marble Jelita Ayu Gitu!!
Bahan-Bahan:
6 biji telur ( gred B)
1 1/4cawan gula castor
1 cawan butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar ovallete
1sk esen vanila
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk cream off tartar
4 sudu besar susu pekat
5 sudu besar susu segar
Cara Membuat:
Mula-mula mix butter dan gula sehingga gebu atau bertukar warna putih.
2. Pastikan jadi putih macam ni. Adunan gebu je.
3. Lepas tu masukkan ovallete, telur dan esen vanilla. Boleh juga masukkan satu persatu telur. Ariana masukkan semua terus.
4. Mix sampai sebati dan pastikan adunan jadi licin macam ni dan tidak berketul. Adunan jangan terlampau cair pulak.
5. Lepas tu ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan cream off tartar. Mix sehingga sebati. Nak letak tepung sikit-sikit masa mix pun boleh.
6. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan susu segar.
Ads
7. Mix sehingga adunan sebati dan licin macam ni.
8. Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti yang sama banyak dan 1 bekas lagi lebih sedikit kuantitinya.
9. Letak pewarna yang kita nak kepada tiga-tiga bekas. Bekas 1 lagi biar kosong untuk letak lapisan atas nanti.
10. Letak adunan dalam loyang secara selang seli kecuali warna kosong. Pastikan Loyang 8′ telah dilapik dengan baking paper dan sekeliling loyang sapu butter/ majerin.
11. Lepas tu lorek guna lidi ikut kreativiti masing-masing.
12. Dah siap lorek, letak pulak adunan kosong kat atas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Pastikan tinggal sedikit adunan untuk buat corak bahagian atas pulak.
Ads
13. Lebihan adunan kosong tadi bahagikan kepada warna yang kita nak. Letak warna mestilah lebih terang daripada warna adunan bawah tadi.
14. Lepas tu lorek ikut kreativiti sendiri. Bakar dengan suhu 130°c selama 1 jam 20 minit. Guna tray yang bawah sekali. Selepas 45 minit letak aluminium foil atas loyang supaya tak hangit.
15. Dah masak terbalikkan atas redai@jaring petak. Takda redai pun takpe cuma kek kena terbalikkan juga supaya tak mendap.
16. Lepas 5 atau 10 minit betulkan semula kek.
Ads
17. Nilah rupa kek bahagian dalam. Lembut je.
18. Lepas tu potonglah. Kek ni tak manis sangat. Mak-mak mesti suka. Selamat mencuba.
Kek kalau masak elok, dalamnya memang lembut dan gebu.
Ni ariana guna cara bakar yang pertama iaitu bahagian atas warna nampak cantik.
Resipi DONUT PISANG Wangi Berlemak, Rasa Manis Ngam-Ngam Tekak Sedap Sangat! Donut selalunya kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Memang tak jemu membuatnya. Jika mak-mak inginkan kelainan boleh cuba resepi Donut Pisang ini pula. Memang sedap, aroma wangi pisang rasa berlemak dan manisnya pula ngam-ngam je di tekak.
Ikut resipi donut pisang yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.
Lanjerr Donut Pisang. Aroma bau pisang & rasa dia memang sedap ya amat.
Resepi Donut Pisang
Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh) 2 peket mauripan
4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi) 2 cawan susu pisang (farm fresh@dutch lady) Emulco pisang kuning@putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak je tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati)
5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain).
Cara Membuat:
1.Masukkn tepung, majerin, mauripan, susu pekat gaul sebati.
2.Kemudian masukkan susu pisang gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air @ lebihan susu pisang, uli sehingga kembang.
3.Biarkan doh seketika, kemudian dah boleh mendonat.
4.Goreng macam biasa jangan guna api terlalu panas, biasa saya goreng donut, saya akan terbalikkn 2 kali sahaja, pastu angkat.
5. Dah sejuk gaul gula icing,siap.
Selamat mencuba! Hasilnya donut pisang wangi & rasa berlemak. Jangan risau tak manis rasa dia ngam-ngam tekak..cuba dulu lah baru tau.
KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan. Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ yang menjadi kegemaran ramai. Ada pelbagai cara dan kaedah nak buat karipap ni, namun ini resipi simple cara orang tua dulu-dulu. Memang mudah, puas hati makan.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Missz Amira ini sebagai rujukan;
Dah puas makan donut, karipap jerawat inti kentang+ayam tumpang lalu. Karipap kampung cara orang tua dulu-dulu. Simple je, makan panas-panas confirm 3-4 biji sekali makan. Resepi 2 cawan tepung bolehlah sekali hadap 1 family.
1. Gaul rata-rata semua bahan kecuali minyak dan marjerin.
2. Panaskan sekejap minyak dan bagi marjerin cair, kemudian terus masukan dalam tepung tadi masa panas-panas.
3. Gaul-gaul dengan senduk sehingga sebati, jadi macam serbuk roti dan
Masukkan 1/2 cawan air sejuk daripada peti ais. Uli sebati.
4. Hasil doh yang dah siap. Saya tak perap pun.
5. Boleh lah gelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan boleh, nak guna pon acuan boleh. Acuan ni beli dekat shoppe “acuan karipap/dumpling Maker”.
6.Inti dan tepung okey ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana je.
Bahan-Bahan (inti):
1 biji bawang holand saiz kecik
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar ( banyak pon boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak sedikit je. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2. Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan hampir kering.Bila dah hampir kering kacau-kacau bagi rata sehingga betul-betul kering (time ni api sedahana je).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk gini je. Kalau suka lembik masak lebih lama/tambah air.
Nyamannya dapat membasahkan tekak di saat cuaca panas membahang sekarang ni. Tak perlu ke kafe untuk menikmati minuman yang sedap dan nyaman ini.
Kali ini dikongsikan tiga jenis minuman iaitu Jus Limau Asam Boi, Peppermint Lemonade dan Soda Serai Bermadu. Ia bukan saja sedap, bahkan berkhasiat. Rasa masam manisnya boleh melegakan rasa muak menikmati hidangan berlemak dan bersantan.
Ha..sekarang anda boleh buat sendiri saja di rumah minuman bak di kafe ini. Yang penting, bahannya ringkas saja! Cuba tau!
JUS LIMAU ASAM BOI
Bahan-Bahan:
2 sudu besar gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Masak air dan gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula tadi dan biji asam boi. Jangan masukkan air rebusan asam boi, ditakuti terlalu masam.
Akhir sekali masukkan air secukupnya. Kacau rata. Sedia dihidangkan.
PEPPERMINT LEMONADE
Bahan-Bahan:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 tangkai daun pudina
500 ml air
2 biji lemon – perah jus dan tapis
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
NYAMANNYA SODA SERAI BERMADU
Bahan-Bahan:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai – diketuk
Cara Membuat:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Kredit: Majalah RASA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!