Dikala seluruh dunia sedang ‘berjuang’ menangani pandemik COVID-19, ujian terbesar juga buat penduduk di Beirut Lubnan apabila menghadapi letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini. Malapetaka tersebut mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan penduduk tercedera. Ia dikatakan berpunca daripada 2,750 tan baja amonium nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

Baja Kimia Pertanian

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.

“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab

“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.

Kementerian Kesihatan melaporkan 73 penduduk terkorban, manakala 3,700
penduduk lagi cedera dalam insiden berkenaan.

Ads

Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.

2,750 Tan Baja Kimia Disimpan Bertahun-Tahun Dikatakan PUNCA Letupan Di Beirut

Ads

Isytihar Beirut Zon Bencana

Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu. Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk, Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan bagi penghantaran bantuan.

2,750 Tan Baja Kimia Disimpan Bertahun-Tahun Dikatakan PUNCA Letupan Di Beirut

Ads

Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat insiden letupan itu.

Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas. Situasi ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. – AFP

MW: Semoga mangsa yang tercedera dan selamat segera sembuh.Sama-sama kita
doakan untuk kesejahteraan penduduk di sana agar terus kuat dan cekal menghadapi ujian ini.

Sumber: Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI