Nampak simple sajakan, nak balik raya matikan segala punca elektrik, cabut tong gas dan sebagainya. Tapi bagi orang perempuan ini bila nak balik beraya di kampung dan tinggalkan rumah lama-lama, isterilah yang paling kalut. Sebab dia akan memastikan suami dan anak-anak lengkap serba serbi bila di kampung nanti.
Dan bila balik dari kampung, mak-mak juga nak pastikan segalanya sudah tersedia dengan baik. Tapi nak memastikan semua planning itu menjadi, mak-mak kena ada catatan penting. Pengetua Genius Aulad ini, Puan Ashikin Hashim ini dah buat siap-siap nota balik kampung untuk mak-mak.
Nak print pun boleh, nanti tanda saja siap-siap. Barulah mak bertenang. Dan sememangnya 25 ingatan ini amat membantu mak-mak bebas kalut.
Sebelum balik kampung, ingat pesanan bersama ini. Semoga semuanya dapat diuruskan dengan mudah dan selamat.
1. Rancang perjalanan. Raya pertama di mana, raya kedua pergi mana dan seterusnya.
2. Kemas beg baju seawal mungkin supaya tidak kelam kabut dan tidak ada yang tertinggal.
3. Kemas rumah sebelum meninggalkan rumah. Sampah dibuang. Kalau tak nanti balik rumah, buka je pintu maka bau busuklah satu rumah.
4. Cabut semua plug dan switch off semua kecuali peti sejuk
5. Pastikan tiada baju yang tersidai di luar rumah.
6. Cek semua switch sekali lagi atau berkali-kali sebelum keluar rumah seperti switch aircond, lampu, kipas, water heater, iron.
7. Pastikan tiada pinggan mangkuk yang masih belum dibasuh di dalam sinki.
8. Pastikan tiada baki makanan atau minuman yang tinggal di dalam oven/microwave atau atas meja atau dalam periuk atau kuali.
9. Alatan mandi, make up jangan lupa bawa.
10. Bawa iron jika perlu. Siapa ada iron yang canggih seperti philips bawalah sebagai pemudah semua orang. InshaAllah baju raya tak terbakar.
11. Ada periuk Noxxa ke Russel Raylor ke, boleh lah bawa supaya memudahkan tugas didapur nanti.
Kalau nak bawa….tak paksa.12. Hanger. Jangan ambil hanger orang.
13. Bawalah toto dan bantal sendiri supaya tak berebut di kampung nanti. Pandai-pandailah kan.
14. Kenal pasti dobi 24 jam di kawasan kampung. Sediakan duit syiling secukupnya. Masuk dryer terus. Ampai kat kampung takkan cukup. Betul tak?
15. Butang baju Melayu, songkok, sampin, pin, brooch, stokin, anak tudung, charger, power bank – ini yang selalu lupa bawa.
16. Bawalah barang dapur tambahan – gula, minyak, beras. Sedekah kepada mak ayah kita.
17. Duit raya dan sampul raya – ini tak wajib. Tak ada paksaan. Bagi sebagai sedekah dapat pahala. Kan?
18. Top up siap Touch & Go. Ada Zink Card lagi senang. Auto top up. Tak perlu tambah nilai.
19. Isi minyak kereta, servis kereta, cek tayar, road tax mati ke tak?
20. Pastikan kesihatan ahli keluarga. Bawa ubatan seperti panadol, minyak angin, Essentials oil, bawa medical card, nombor agent takaful, pastikan klinik dan hospital terdekat.
21. Pastikan anak dan ahli keluarga yang lain cukup ketika berhenti di R&R.
22. Doa musafir. Niat jamak qasar. Tawakkal kepada Allah.
23. Pastikan pemandu mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Jika mengantuk silalah berhenti atau tukar pemandu.
24. Lupa pula satu lagi. Siap siaga unit ‘persenjataan’ anak-anak ketika anak-anak tantrum nanti. Ada snacks, air, buku cerita, games, toys dan lain-lain.
25. Aktifkan sistem ADT jika ada. Inform guard, jiran dan juga polis di kawasan perumahan sebelum pulang ke kampung.
Khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Ashikin Hashim.
Selamat bercuti semua.
Hati-hati di jalan Raya.
Betulkan.. senarai ini memang nampak betapa besarnya peranan mak-mak. Biar pun kalut, tugas mak-mak itulah yang paling mulia.
Sumber/Foto : Ashikin Hashim