Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Selepas lebih 20 tahun berhijrah ke Kanada, pelakon dan model terkenal era 1990-an, Azah Aziz akhirnya kembali pulang ke Malaysia untuk menjalani kehidupan bersama suami serta tiga orang anak lelakinya.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Azah atau nama lengkapnya Norazah Aziz, 51, dalam Instagram, dia bersama keluarga sudah pun berangkat bersama keluarganya untuk kembali menetap di Malaysia sejak semalam.

“Selamat tinggal Montreal, Kanada,” tulisnya yang turut disertakan tanda pagar #newbeginning (permulaan hidup baharu) dan #backtomycountry (pulang ke negara sendiri).

22 Tahun Berhijrah Ke Kanada, AZAH AZIZ Sekeluarga Kembali Menetap Di Malaysia

Jalani Kehidupan Baru

Dalam hantaran berbeza, selebriti berkulit hitam manis itu turut berkongsi momen ketika dia bersama keluarganya berada di lapangan terbang dengan membawa bersama beberapa buah beg bagasi bersaiz besar.

Menerusi ruangan kapsyen, Azah berkata dia mengambil keputusan untuk kembali pulang ke tanah air (Malaysia) untuk menjalani kehidupan baharu bersama suami serta anak-anaknya, dan mengakui akan merindui rakan-rakannya di Kanada.

“Permulaan hidup baharu. Saya akan merindui rakan-rakan di Montreal,” ujarnya.

22 Tahun Berhijrah Ke Kanada, AZAH AZIZ Sekeluarga Kembali Menetap Di Malaysia

Menerusi hantaran terbaharu, pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Korporat itu kini berada di Dubai sebelum menyambung perjalanan untuk pulang ke Malaysia.

Dalam ruangan komen, keputusan pelakon untuk untuk kembali menetap di Malaysia bersama keluarganya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang memberi pendapat masing-masing.

Ads

“Selamat kembali Azah Aziz dan keluarga. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,” kata seorang pengikutnya.

“Mesti anak-anak rasa teruja. Tapi pada masa sama sedih sebab tinggalkan kawan-kawan di Kanada,” kata seorang lagi pengikutnya.

Walaupun ada yang gembira apabila Azah pulang ke Malaysia, namun terdapat segelintir netizen menganggap keputusan yang dibuat olehnya tidak tepat berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

“Mata wang Malaysia sedang jatuh dan menjejaskan banyak perkara,” komen seorang netizen.

Ads

“Baik duduk luar negara sahaja daripada duduk Malaysia. Malaysia banyak toksik, nanti ada sahaja yang tidak kena,” ujar seorang lagi netizen.

Azah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga warganegara Perancis, Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995 dan berhijrah ke Montreal, Kanada.

22 Tahun Berhijrah Ke Kanada, AZAH AZIZ Sekeluarga Kembali Menetap Di Malaysia

Ads

Hasil perkongsian hidup selama 28 tahun, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20 dan Justin, 17.

22 Tahun Berhijrah Ke Kanada, AZAH AZIZ Sekeluarga Kembali Menetap Di Malaysia

Mesti Baca:Nekad Berhijrah & Pilih Kehidupan Sederhana, Eja Perbaiki Diri Demi Insan Tersayang
Baca Lagi Di Sini:Elizad Bulatkan Hati Berhijrah “Suami Selitkan Doa Supaya Menjadi Isteri Sempurna, Baik, Menutup Aurat”
Artikel Menarik:Nafkah RM2.1 Juta Sebulan, Wanita Jadi Isteri Ke-5 Bilionair “Hanya Perlu Cantikkan Diri”

Mingguan Wanita: Selamat kembali dan menjalani hidup di Malaysia. Semoga dapat mudah menyesuaikan diri di negara sendiri setelah lebih 20 tahun berhijrah ke luar negara.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Kosmo

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI