Setiap ibu ada pengalaman tersendiri melahirkan bayi masing-masing. Ada yang direzekikan bersalin normal, ada yang direzekikan bersalin secara pembedahan (caesarean). Apa pun pengalaman itu, di hujung kisah ibu tetap meletakkan pengharapan bayinya lahir selamat dan mudah jalan bersalinnya.
Jurusolek selebriti terkenal ini, Nad Ismail (@nvdism) berkongsi pengalaman melahirkan bayi keduanya. Bertarung nyawa selama 22 jam sebelum bayinya selamat dilahirkan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Kongsinya, “Sis last job pengantin pada 15/3/2020.
Memang doa pada Allah moga dilepaskan urusan pengantin-pengantin zis, and selit juga doa berharapan nak Muhammad keluar pada 22/3/2020 bersempena isra’ dan mikraj, tapi zis terapkan dalam hati hanya berdoa dengan rendah hati dah redha sahaja dengan apa yang Allah nak bagi.
Sis admitted pada 15/3/2020 akibat, muntah muntah hampir 15 kali lepas tu cepat-cepat serah diri ke HKL (sebab memang plan nak beranak gomen – sebab Noah dulu czer dekat situ, so senang, and plus sis lebih trust gomen service) sebab teringat nurse KK cakap kalau ada pedih ulu hati ke atau muntah muntah kena segera pergi ke emergency sebab awak ibu GDM ( Diabetis Gestasi – diabetes ketika hamil ) jadi cepat- cepatlah pergi.
Dahlah betul-betul hari tu istihar PKP. Visitor semua tak dibenarkan tapi sis memang dah prepare worst case scenario, memang dah get ready mentally and physically (masa dekat hospital). Yelah tak kisah lah pergi mana-mana kerajaan ke swasta ke sis terapkan dalam diri, kena buat baik je, walaupun zis seorang yang pain intolerence, sentiasa ingatkan diri untuk cakap tolong, terima kasih, alhamdulillah. Banyak kali ingat kan diri.
Walaupun kejadian macam-macam dekat rumah (yang buat zis meroyan ) ni nanti kita citer bab lain.
Check punya check, masa tu dah masuk 19/3 doc cakap siz keracunan makanan je sebenarnya. Itulah nak dijadikan asbab untuk ke hospital tu kan. Doc check bukaan dah 2cm, (sis merayu sangat nak minta discharge dulu) sebab nak tunggu tanda bersalin naturally) tapi apakan daya. Macam zis dah janji pada Allah, apa cara sekali pun zis berserah dan redha. Dengan itu Doc pun cakap dah alang-alang awak dekat sini, kita sekali jalan je. Kita pun tak nak simpan awak lama-lama hati dekat sini tunggu LR kosong kita terus onz kan. ( pergh pedih tak ayat itu ) ( itu baru request sikit je tau ) sebab tu kena jaga mulut kena jaga hati ).
Zis pun dengan pasrah dan berserah,
Sambil menunggu zis banyakkan solat taubat, bermunajat dan berdoa pada Allah.
Esoknya ( 20/3/2020 ) Doc check bukaan masih 2cm, Doc kata on petang kita tengok lagi. Sis pun teruskan lah solat dan buat lah segala senaman jalan itik and squad tu ( sis memang dah buat dari awal sebab tahu VBAC ( vaginal birth after csect ).
Zis dapat tidur beberapa jam dari 4am sampai 6am. Zis bangun mandi dan minta izin untuk solat, sebelum di induced buat kali ke tiga. Dalam tempoh beberapa jam sis dalam LR tu, dah berapa orang mak dah beranak, zis masih tak beranak beranak. Mujur HKL sekarang tak macam dulu open selorong semua tertutup, macam hospital swasta.
Ok di induced untuk kali ketiga, jam 7am diorang suggest sis untuk amik epidural, mula zis tak nak, tapi Doc advice, dia kata sebab puan dah lamq sangat, kami takut nanti tak larat nak meneran.
Jadi zis pun ikut je lah apa saranan diorang walaupun diorang pujuk amik dari first masuk LR. Dia kata ok kita tunggu Dr pakar bius datang, dalam jam 9am macam tu. Ok zis pun akur, dalam masa yang sama contraction dah mula terasa lagi kali ni, lebih kerap and sakit menarik sampai ke pinggang masa ni. Zis dah berharap sangat pakar bius sampai tapi jam dah menunjukkan jam 10am tapi pakar bius tak juga kunjung tiba.
Nurse kata oh maaf puan pakar bius semua bz pula, banyak case emergency hari ni.. ( ha nampak tak nampak tak ) memang Allah nak bagi zis rasa kesakitan beranak itu ya, Doc sampi terus pecahkan ketuban. Pergh! masa ni pun sakit dia subhanAllah, tapi sikit pun sis tak tahu apa doc buat. Tau tau settle je. Sebab dah set kan dekat kepala kan worse case scenario.
Sampai lah jam 12 tengah hari contraction dah semakin kuat, tapi bukaan masih 5cm, zis memang istighfar tak berhenti and baca zikir nabi yunus. Dah lepas pukul 2pm memang betul betul rasa sakit yang teramat, rasa nak buang air besar, teruslah nurse datang tengok laluan.
Saat diorang tengok laluan, terus diorang suruh bernafas. “Puan bernafas puan.. bernafas” ( memang kalau ikut diorang cakap bernafas tu, imaginasi bernafas biasalah betul tak) Hakikatnya masa tu kaki pun dah tak rasa dah berada di awang-awangan. Ok imagine macam pinggang korang semua dah tak rasa ni. Dia rasa kebas, macam buat jelah apa apa janji hilang rasa ni (rasa yang tak terungkap)
Masa ni mulalah apply apa yang kak Long ( @eja_confinementhelper ) ajar bernafas and baca Al-Fatihah dalam satu nafas. Memang Alhamdulillah magic sangat! Tapi memang kena practice dari awallah. Ok push yang pertama, masa diorang terus suruh zis bernafas. First time tu ok smooth, tapi sebab kepala masih jauh, jadi kena lagi sekali tapi kali ni sakit sangat nurse kata, “Puan teruskan bernafas, bernafas macam tadi
,”Tapi zis tetibe hilang focus jap, lupa nak ambil nafas, sepatutnya nafas tarik and tahan pastu baca Al-Fatihah (dalam satu nafas masa korang tengah tahan nafas tu baca dalam hati) then lepas tu, lepas waladdolllinnnnnn tu terus hembus nafas perlahan-lahan (simpan and keluarkan nafas sikit-sikit sambil push) korang pahe dop ? Memang tak boleh imagine tapi kalau korang practice dari sekarang إن شاء الله , if god’s will boleh, ni patutnya zis nak cerita pun malu tapi zis rasa macam korang perlu tahu benda ni sebab magic sangat teknik kak Long ajar ni, yang pentingg korang kena FOCUS.
Selepas 3 kali percubaan, Alhamdulillah lahirlah seorang khalifah bernama Muhammad, pada tarikh dan masa yang Allah dah tetapkan alhamdulillah.
27 rejab 1441 AH ( 22/03/2020 )
2:30pm
Jumlah hours dalam Labour Room (LR) 22 jam.
Tak boleh lawan my mom yang bertarung 24 jam untuk melahir kan sis.
Sumber/Foto : Nad Ismail