Isteri Suri Rumah Tak Menyumbang Apa-Apa Kekayaan, 20 Tahun Berkahwin Suami Rahsiakan Status Jutawan! Apabila berkahwin, pasangan suami isteri berkongsi segalanya. Perlu ada kepercayaan dalam urusan rumahtangga, harta benda dan kekayaan pula tak perlulah dirahsiakan daripada pasangan.
Gara-gara risau harta dituntut jika berlakunya perceraian, seorang suami sanggup ‘merahsiakan’ statusnya yang jutawan dan kaya raya daripada pengetahuan isteri selama 20 tahun lamanya setelah hidup bersama.Lebih-lebih lagi apabila merasakan isterinya yang hanya surirumah tak layak ‘berkongsi’ harta kerana tidak menyumbang apa-apa dalam rumahtangga.
Elak Tuntutan Penyelesaian Penceraian
Seorang wanita di Shanghai mendapati bekas suaminya seorang jutawan yang menyembunyikan harta berjumlah 100 juta yuan (RM64 juta) selama 20 tahun untuk mengelak daripada tuntutan penyelesaian perceraian, lapor portal berita VN Express hari ini.
Wanita yang dikenali dengan nama samaran Yu Hong itu berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan oleh mahkamah bahawa bekas suaminya memiliki 18 hartanah komersial dan secara rahsia ialah seorang jutawan, demikian menurut akhbar South China Morning Post.
Sepanjang 20 tahun mereka berkahwin, dia menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala bekas suaminya yang memiliki nama keluarga Qin itu terlibat dalam aktiviti perniagaan.
Ads
Mahkamah pada mulanya menolak permohonan cerai Hong. Apabila Hong meminta cerai buat kali kedua enam bulan selepas permohonan pertamanya, dia membongkar rahsia bekas suaminya dan mahkamah membenarkan perceraian mereka.
Serah Harta Pada Anak Perempuan
Semasa proses perceraian mereka, Qin telah menyerahkan semua asetnya kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu. Ia bertujuan untuk menyembunyikannya daripada Hong.
Ads
Di mahkamah, Qin berkata, dia berbuat demikian kerana Hong tidak menyumbang apa-apa kepada kekayaannya.
Pulang Semula Aset
Menjawab hujah itu, mahkamah memutuskan pemberian harta oleh jutawan tersebut kepada anak perempuannya adalah tidak sah. Pihak mahkamah mengarahkan anak lelaki itu memulangkan aset tersebut kepada Qin.
Ini adalah supaya ia akan dapat dikongsi dengan Hong kerana haknya di sisi undang-undang demi kebahagiaan bersama.
Mingguan Wanita:Bab harta benda ni tak perlulah nak berkira dan nak sembunyikan daripada isteri. Satu penghinaan juga apabila suami yang menganggap isteri suri rumah dan tidak bekerja tidak menyumbang kepada kekayaan dan ekonomi keluarga.
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Esok, 15 September 2018, pelakon Datuk Rosyam Nor tawarkan harga belian ayam seekor cuma RM0.88 sen di pasaraya miliknya, ST Rosyam Mart. Mak-mak tentu teruja dengan berita inikan.
Jualan murah yang ditawarkan ini untuk barangan tertentu dan mengikut hari tertentu. Bagi nak mendapatkan harga belian semacam itu, peminat perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pasaraya ST Rosyam Mart.
Seperti yang dikongsikan Datuk Rosyam sendiri di dalam instagramnya, “Sale ini akan berlangsung dari 15 hingga 23 haribulan September 2018.”
“Nak dapatkan ayam harga RM0.88 sen itu, pelanggan perlu datang pada 15hb dan 19hb. Datang pagi-pagi, daftar dan isi borang untuk dapatkan kad ahli percuma.”
“Saya akan berada di sini hari Sabtu ini dari pagi sampai ke malam. Sesiapa yang nak beli buku saya dan yang nak bergambar pun boleh.” Kongsi usahawan ini yang bersedia melayan para peminatnya.
Coach Zainul membeli bahan basah di pasaraya Datuk Rosyam Nor
Kena Ada Kad Ahli Untuk Beli Ayam Murah
Jelas Datuk Rosyam lagi, pelanggan yang belum mempunyai kad ahli ST Rosyam Mart. Mereka boleh mendaftar secara percuma dari 15hb hingga 20hb September 2018 ini.
Selepas itu, barulah pelanggan boleh membuat belian barangan pada harga sale yang ditawarkan seperti yang disenaraikan dalam katalog pasaraya berkenaan.
Tambah beliau, setiap barangan yang dijual murah telah ditetapkan hari jualannya. Jadi pelanggan tak perlu berebut. Malah memudahkan mereka merancang jadual shopping masing-masing.
“Jangan esok semua rushing-rushing. Sale barang kita ikut hari.” tuturnya yang turut berdebar sama menerima kehadiran pelanggannya pada esok hari.
Kalau nampak Datuk Rosyam Nor, pelanggan tak lepaskan peluang bergambar.
Pendaftaran kad ahli secara percuma itu akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lupa bawa kad pengenalan kerana ia diperlukan semasa proses pendaftaran.
Pintu masuk utama ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Pasaraya Datuk Rosyam ini memang cantik.
Pelanggan membeli dengan selesa.
Sebelum Terjah, Mak-Mak Rujuk Katalog Ini Dulu
Penting untuk mak-mak rujuk katalog ini, sebab offer barang murah itu ditawarkan mengikut hari tertentu. Jadi rancanglah belian mak-mak agar tak bersesak-sesak nanti.
Sekarang ini zaman berjimat cermat. Mana-mana bekas raya yang masih boleh guna, kita gunakan semula. Kalau anda jenis rajin beli biskut raya, jangan disimpan dalam almari saja bekas biskut tu. Anda boleh ubah jadi set balang raya kreatif, lain dari yang lain.
Hasil kreativiti Puan Azzatie Intan Suraya ini boleh jadi panduan buat anda yang sedang tercari-cari jenis balang raya yang nak diletak atas meja masa 1 Syawal nanti. Sebenarnya istimewa set balang raya home made ini, mak-mak boleh design ikut cita rasa sendiri.
Kalau mak-mak nak konsep vintage boleh pilih warna-warna rustic untuk serlahkan konsep balang mak-mak. Macam yang dikongsikan Puan Azzatie ini, balang rayanya tampak ceria dan menawan pandangan.
Bahan-bahan DIY Balang Raya
8 x Bekas plastik 0.90 sen (beli di Mr DIY)
Reben bunga – 0.60 sen
Reben pink RM2.50
Span – RM4.80
Reben lilit RM1 x 4 meter
Gam tembak (glue gun)
Gunting
Panduan Menghias Balang Raya
Hias ikut kreativiti masing-masing.
Nak guna balang kaca pun boleh, cuma balang plastik selamat buat mereka yang ada anak kecil.
Balang kaca ini boleh tahan bertahun-tahun. Jika mahukan kelainan, tahun depan boleh ubah hiasan dekonya ikut tema raya anda.
Sumber/ Foto: FB Azztie Intan Suraya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...