“2 Tahun Lepas, Berdoa Setiap Malam, Rasa Sunyi Nak Ada Teman Hidup. Alhamdulillah Allah Kabulkan”

Share

“2 tahun lepas, berdoa setiap malam, rasa sunyi dan rasa nak ada teman hidup. Alhamdulillah, Allah kabulkan” begitulah yang diluahkan oleh penyanyi dangdut, Mas Idayu, 50 yang begitu bersyukur kini sudah bergelar isteri kepada pasangannya  Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51.

Mas Idayu yang juga ibu tunggal kepada seorang cahaya mata telah selamat dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“2 Tahun Lepas Berdoa Setiap Malam”

Pengantin perempuan yang juga ibu kepada Nur Dayini Asyiqa, 25 itu juga berasa sangat bersyukur selepas 17 tahun hidup solo kini sudah bertemu pasangan hidup.

Terdahulu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro, Mas Idayu akui dia berasa sunyi sejak dua tahun kebelakangan ini.

“Selepas 17 tahun hidup sendiri, saya tak percaya dengan mana-mana lelaki.

“Dua tahun lepas, saya berdoa setiap malam, saya ada rasa sunyi dan rasa nak ada teman hidup.

“Alhamdulillah, Allah kabulkan.

“Ramai yang cuba mendekati saya, tapi saya tak tahu mana satu jodoh saya.

“Selepas itu, muncul pula orang yang saya suka. Jadi, inilah dia.

“Alhamdulillah, itu yang buat saya tersentuh,” ceritanya.

Kini Sudah Ada Teman Mengadu

Mas Idayu yang terserlah seri pengantin berasa sangat bersyukur kini sudah bergelar isteri dan mempunyai tempat untuk mengadu dan berkongsi rasa.

“Sekarang, saya dah ada teman untuk mengadu serta luahkan apa sahaja yang saya rasa, baik hal peribadi, mahupun kerja.

“Ada orang untuk saya berkongsi cerita,” sambungnya.

Baca Disini :  “Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh

“Rasa Seolah-Olah Berkahwin Buat Kali Pertama” Rezeki Mas Idayu Majlis Kahwin Dapat Tajaan RM7 Juta

Mingguan Wanita : Tahniah Mommy dan suami!

Sumber : Harian Metro 

Sumber Foto : Instagram Mas Idayu 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

 

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

 

Published by
Norhayati Suboh