2 Tahun Farah Ahmad Bergelar Ibu Tunggal “Baru Rasa Penangan Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu & Ayah”

Share

2 tahun Farah Ahmad bergelar ibu tunggal, akui baru sekarang rasa penangan sebenar menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah.

Begitulah luahan daripada anak seni yang telah kehilangan suami tercinta, dua tahun lalu.

Seperti yang diketahui umum, suaminya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif meninggal dunia dalam satu kejadian bot pecah dan hanyut di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada 26 Oktober 2019.

 

2 Tahun Farah Ahmad Bergelar Ibu Tunggal

Farah Ahmad yang juga menantu kepada seniwati Fauziah Nawi mengakui bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada anak-anaknya, Dhia Farhana, 19; Mhia Farhana, 16; dan Thia Farhana, 10, selepas bergelar ibu tunggal lebih dua tahun lalu.

Pelakon wanita hebat yang begitu peramah ini, ketika berbual bicara tentang kehidupannya pada hari ini terus melemparkan senyuman pada penulis.

Walaupun wajahnya nampak tenang namun dalam hatinya tidak siapa yang tahu. Malah ketika menemubual mata Farah mula berkaca.

“Sekarang baru saya rasa penangan sebenar menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah,” akuinya.

Cabaran Besarkan Anak-Anak

Farah juga menerangkan tiada apa yang perlu dikeluh-kesahkan, cuma dirinya semakin banyak belajar tentang kehidupan.

“Alhamdulillah kehidupan kami semua berjalan dengan baik. Malah, hubungan saya dengan ibu mertua juga tetap erat seperti dulu. Tiada apa yang berubah.

“Dari segi cabaran membesarkan anak-anak dan menyara kehidupan, bagi saya ia adalah perkara biasa yang dilalui semua orang dan tiada apa yang perlu dikeluh-kesahkan.

“Cuma saya semakin banyak belajar tentang kehidupan,” luahnya.

Minta Restu Anak-Anak

Farah turut menyambung perbualan dan menyatakan apa yang membuatkan dirinya terharu apabila anak-anak sangat memahami dan sentiasa membantu memudahkan urusan mereka sekeluarga.

“Kadang-kadang rasa nak marah kepada diri sendiri dan anggap diri tak berguna kerana menyusahkan mereka.

“Namun hakikat sebenarnya, mereka begitu memahami dan kami saling mengambil berat.

“Kalau orang lain mohon restu orang tua dalam apa yang mereka ingin lakukan, saya pula sebaliknya kerana sentiasa minta restu daripada anak-anak,” kongsinya.

Menyentuh tentang karier seninya, Fara bakal tampil dengan telefilem khas raya berjudul Jeman, Ombak Berbisik, Seri dan pementasan teater Tun Fatimah.

Menarik Lagi : Masa Masuk Kat Jambatan Farah Rasa Pitt Ada..

Hari Kejadian Arwah Pitt Ada Simpan Ikan, Untuk Isteri Masak Di KL

Sumber / Sumber Foto : Instagram Farah Ahmad

Mingguan Wanita : Kagum dengan sikap Farah yang begitu tenang dan kuat dalam membesarkan anak-anak sendiri sebagai ibu tunggal selepas pemergian suami tercinta.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!


Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Published by
Norhayati Suboh