2 tahun Farah Ahmad bergelar ibu tunggal, akui baru sekarang rasa penangan sebenar menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah.
Begitulah luahan daripada anak seni yang telah kehilangan suami tercinta, dua tahun lalu.
Seperti yang diketahui umum, suaminya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif meninggal dunia dalam satu kejadian bot pecah dan hanyut di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada 26 Oktober 2019.
2 Tahun Farah Ahmad Bergelar Ibu Tunggal
Farah Ahmad yang juga menantu kepada seniwati Fauziah Nawi mengakui bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada anak-anaknya, Dhia Farhana, 19; Mhia Farhana, 16; dan Thia Farhana, 10, selepas bergelar ibu tunggal lebih dua tahun lalu.
Pelakon wanita hebat yang begitu peramah ini, ketika berbual bicara tentang kehidupannya pada hari ini terus melemparkan senyuman pada penulis.
Walaupun wajahnya nampak tenang namun dalam hatinya tidak siapa yang tahu. Malah ketika menemubual mata Farah mula berkaca.
“Sekarang baru saya rasa penangan sebenar menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah,” akuinya.
Ads
Cabaran Besarkan Anak-Anak
Farah juga menerangkan tiada apa yang perlu dikeluh-kesahkan, cuma dirinya semakin banyak belajar tentang kehidupan.
“Alhamdulillah kehidupan kami semua berjalan dengan baik. Malah, hubungan saya dengan ibu mertua juga tetap erat seperti dulu. Tiada apa yang berubah.
“Dari segi cabaran membesarkan anak-anak dan menyara kehidupan, bagi saya ia adalah perkara biasa yang dilalui semua orang dan tiada apa yang perlu dikeluh-kesahkan.
“Cuma saya semakin banyak belajar tentang kehidupan,” luahnya.
Minta Restu Anak-Anak
Farah turut menyambung perbualan dan menyatakan apa yang membuatkan dirinya terharu apabila anak-anak sangat memahami dan sentiasa membantu memudahkan urusan mereka sekeluarga.
Ads
“Kadang-kadang rasa nak marah kepada diri sendiri dan anggap diri tak berguna kerana menyusahkan mereka.
“Namun hakikat sebenarnya, mereka begitu memahami dan kami saling mengambil berat.
“Kalau orang lain mohon restu orang tua dalam apa yang mereka ingin lakukan, saya pula sebaliknya kerana sentiasa minta restu daripada anak-anak,” kongsinya.
Menyentuh tentang karier seninya, Fara bakal tampil dengan telefilem khas raya berjudul Jeman, Ombak Berbisik, Seri dan pementasan teater Tun Fatimah.
Mingguan Wanita : Kagum dengan sikap Farah yang begitu tenang dan kuat dalam membesarkan anak-anak sendiri sebagai ibu tunggal selepas pemergian suami tercinta.
“Mengata orang boleh, tak tabayyun pun”. Nama Dipetik Suami Ustazah Affah, Amin Idris sedia ke mahkamah. Kontroversi dicetuskan oleh Ustazah Siti Afifah dan suaminya, Ustaz Zaidi Tohirin yang menuduh para suami dayus kerana membenarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki baru ini mencetuskan perdebatan ramai.
Ada yang bersetuju bahawa para suami harus menyediakan yang terbaik buat isteri tetapi masa yang sama, keperluan terdesak ketiadaan doktor wanita ketika mahu bersalin adalah hal perlu diambil kira kerana sakit bersalin bukan boleh ditangguh-tangguh kerana ia perjuangan hidup dan mati.
Agak sering mengeluarkan kenyataan berbaur spekulasi melalui live di page mereka, Sunnah Tak Berbohong terkini Ustaz Zaidi Tohirin ada menyebut mahu menyaman personaliti tv, Amin Idris, Ustaz Danial dan beberapa nama lain yang mana dakwanya mereka ini telah memfitnah dirinya berkaitan beberapa isu kontroversi sebelum ini.
Dalam video terbarunya, Ustaz Zaidi berkata, urusannya dan Amin Idris “tidak habis di dunia” dan akan diperkatakan di hadapan Allah azzawajalla kelak. Bahkan dirinya memaklumkan Amin Idris bukan agamawan dan akan menyamannya di mahkamah. Dalam video yang sama, katanya, dia mahu bertemu personalit ini dan bersama-sama membacakan kitab AttibNabawi bersama-sama selain memaklumkan “jenayah” fitnah yang dilontarkan terhadap dirinya.
Tidak mahu berdiam diri berkaitan nama ini selepas namanya dipetik Amin Idris di instagramnya bersedia disaman bahkan peguamnya juga sudah bersedia untuk menghadapi hal ini.
Bahkan kata Amin Idris, tatkala pasangan ini mengata orang lain termasuk ulama, semuanya nampak ok bagi mereka tapi bila ditegur oleh mereka semua dituduh tidak tabayyun pula. Bahkan tulis Amin, bila mengata orang boleh. Bila para ilmuan tegur, ugut nak saman pulak, tulisnya.
Mereka mengata para doktor takper
Mereka tuduh para ulama’ takper
Mereka tuduh para suami dayus takper
Mereka menerakakan orang kerana ubat pun takper
Bila sendiri ditegur dengan fakta & dalil… eh eh tetiba tak tabbayyun pulak? Selama ni kau mengata orang ada tabayyun tak?
Bila mengata orang boleh. Bila orang kritik, ugut nak saman pulak. Sounds familiar
Patutnya bila para ilmuan dah tegur tu, at least ucaplah terima kasih. Ni tidak, pergi meroyan pulak di sosial media. Sunnah memang tidak berbohong. Tapi berbohong atas nama Sunnah tu ada.
Dalam pada itu, dilihat ramai rakan artis menyokong pendirian Amin Idris ini dan ada bertanya kenapa SKMM tidak memanggil pasangan ini berikutan kenyataan dikeluarkan sebelum ini.
Apa pun kita tunggu apa kesudahan hal ini bersama-sama.
Bakal suami tak nak kahwin, akad nikah dibatalkan.’ Sedihnya bila segala persiapan sudah siap. Namun itulah kenyataan yang perlu wanita ini terima.
Benarlah bukan mudah menerima takdir seberat ini, tetapi sebagai hamba-Nya kita perlu percaya, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin jika pernikahan in diteruskan, perkahwinan yang dibina tidak bahagia atau terhenti di tengah jalan.
Pelamin anganku musnah. Itu gambaran nasib seorang wanita yang terpaksa melupakan impian bergelar isteri, semalam.
Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita itu yang dikenali sebagai Nur Ain berkata, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam namun ia dibatalkan tiga hari sebelumnya.
Menurutnya, segala persiapan untuk kenduri termasuk cincin hantaran sudah disiapkan namun ia terpaksa dilupakan.
Akad Nikah DiBatalkan
“Dukacita memaklumkan, akad nikah saya yang sepatutnya berlangsung 24/7/2022 dibatalkan,” katanya yang menggunakan akaun Instagram @ainqomart_.
Malah, berdasarkan tangkap layar bersama individu dipercayai abang lelaki itu, keluarga pihak lelaki mendakwa tidak mengetahui tunangnya itu sepatutnya bernikah, semalam.
“Sebenarnya kita orang (Nur Ain dan bekas tunang) dah buat semua borang dan ‘deal’ dengan baba Ain sekali. Lulus akad 24 hari bulan ini. Kenduri Ain dah set up (uruskan). Tiba-tiba hari ini Ude (merujuk bekas teman lelakinya) cakap cancel (batal), Ude tak nak kahwin,” kata mesej menerusi tangkap layar itu.
Menurut Nur Ain, segala perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan digunakan hasil daripada pendapatannya termasuk menempah jurufoto pada majlis berkenaan.
Persiapan Sudah Siap
Sebagai ganti kepada kerugian yang dialami daripada pembatalan itu, bekas tunangnya tidak menuntut kembali cincin pertunangan dan pernikahan mereka.
Selain itu, perkongsiannya di TikTok mendapat 1.3 juta tontonan dan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita terbabit.
“Mungkin bukan jodoh awak, sakit tak jadi kahwin itu tidak seteruk sakit salah pilih suami. Semoga Allah gantikan dengan lebih baik lepas ini untuk awak,” kata seorang netizen.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga wanita ini tabah untuk melalui hari-hari mendatang dan menemui lelaki terbaik untuk dijadikan pasangan hidup. Insyallah.
Dynas sedih duit hilang dalam amaun yang banyak. Siapalah yang tidak sedih tiba-tiba lihat baki duit dalam akaun bank hampir kosong. Hampir pengsan jika perkara tersebut terjadi pada diri kita sendiri.
Begitulah keadaan yang berlaku pada pelakon yang juga bergelar usahawan Dynas Mokhtar yang kehilangan sejumlah wang di dalam bank akaun simpanannya.
Dynas Sedih Duit Hilang Dalam Amaun Yang Banyak
Pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar itu cuma menyedari akaun banknya hampir kosong ketika ingin membuat pembayaran gaji pengurusnya.
“Saya hampir kehilangan semua duit saya.
“Beberapa hari lalu ketika saya pulang dari menjalani penggambaran saya nak bayar gaji pengurus saya.
“Masa itulah saya sedar hampir kesemua duit saya hilang. Saya ada akaun semasa, debit kad tetapi tiada kad kredit.
“Saya ingat kad debit lebih selamat kerana tidak berhutang,” kongsi Dynas yang kelihatan begitu sugul.
Perkara tersebut dikongsi oleh Dynas menerusi hantaran sebuah video di Instagram miliknya. Pada masa yang sama pelakon itu juga menyatakan selepas menyemak penyata akaun, dia mendapati terdapat transaksi wang menggunakan nilai mata wang asing.
“Bila saya periksa kenyataan bank saya terdapat pemindahan wang pelik.
“Saya tak boleh kongsi lebih lanjut kerana masih dalam siasatan.
“Saya sudah buat laporan polis, ramai yang bantu saya ketika ini.
Tapi doakan saya dapat kembali duit saya,” ujarnya yang telahpun membuat laporan di Balai Polis Brickfields Kuala Lumpur berhubung isu berkenaan.
Kecewa Semakin Moden Namun Tidak Dapat Menjamin Keselamatan
Dynas juga berasa sangat kecewa dengan kejadian yang menimpa dirinya. Dan berharap perkara yang sama tidak terjadi pada orang lain.
“Saya tak mahu benda ini berlaku kepada orang lain.
“Sekarang ini bukan hanya klik pada pautan saja tapi nombor kad debit juga kena berhati-hati.
“Saya sarankan untuk tidak letak duit yang banyak dalam kad debit sebalikny simpan di tempat lebih selamat.
“Kalau orang tiru kad awak habis… Ini simpanan dan itu sahaja awak ada. Konon tak nak berhutang tapi semua duit tunai hilang.
“Saya pun tak tahu apa yang selamat sekarang ini,” kongsinya lagi.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...