Anak mungkir janji berbuka puasa bersama. Bayangkan betapa gembiranya orang tua bila anak memberitahu nak datang berbuka bersama. Mesti pelbagai lauk pauk dimasaknya walaupun dalam keadaan dirinya yang tak berapa sihat.
Itu yang mengingatkan kita pada mak ayah di kampung. Tapi bagaimana kalau anak-anak yang tinggalkan mak ayah di rumah orang tua tanpa berita. Setelah sekian lama, dapat khabar berita untuk datang jemput berbuka puasa bersama. Alangkah gembiranya.
Namun, apakan daya semua itu tidak berlaku, anak mungkir janji berbuka puasa bersama. Bagaimanakah perasaan seorang ibu bila anak samggup berbuat demikian. Sudahlah tinggalkan ibu di rumah orang tua tanpa langsung menjenguk. Tergamaknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Panik, Kalut, Lakukan Perkara Ini Apabila Mak Ayah Meninggal Dunia
Kisah yang cukup menyentap perasaan setiap orang. Sanggup anak-anak tinggalkan seorang ibu yang lahirkan mereka di rumah orang tua. Sudahlah mungkir janji untuk datang berbuka puasa bersama setelah dua tahun tak jumpa.
Pengakhiran seorang ibu, meninggal dalam keadaan tertekan tanpa makan dan minum kerana terlampau sedih anak tak datang menjemput.
Perkongsian daripada ustaz Mohammad Yaakob Yusra ini mampu menitiskan air mata.
Makcik Azizah, nama yang terpampang pada katil kosong. Rupanya makcik ini baru meninggal. Anak-anak janji nak datang ambil dan buka puasa bersama pada hari lahirnya.
(Sudah 2 tahun Makcik Azizah tinggal di situ, Dihantar oleh anaknya dan 4 orang anaknya ini semuanya kerja hebat-hebat)
Doktor bertugas memberitahu sebulan sebelum tarikh tersebut. Dari hari itulah, setiap hari dia tandakan pada kalendar supaya tidak lupa
Sehingglah tarikh yang dikatakan itu, Makcik Azizah sudah bersiap sedia jam 5 pagi, sedangkan anak-anak berjanji nak datang ambil jam 5 petang dengan alasan supaya tak susahkan anak-anak menunggu.
Bayangkan dari jam 5 petang tak datang ambil, jam 6 petang pun tak juga. Sampai lepas berbuka pun tak datang. Makcik Azizah masuk ke dalam bilik tanpa makan sebutir nasi, terus tidur.
Pagi esoknya, doktor datang untuk kejutkan sahur. Tapi Makcik Azizah sudah meninggal. Dia meninggal dalam keadaan tertekan.
Pesanan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra:
Kisah ini berlaku lebih 12 tahun lalu, demi Allah, tiada sedikit ruang syurga buat anak-anak ini jika benarlah ibunya meninggal dalam keadaan tidak redha melainkan neraka selayaknya.
Berusahalah dengan cara macam mana sekalipun agar diberi keampunan. Usahalah dan minta ampun agar kemarahan Allah diberi keampunan.
Walau sekaya mana, setinggi darjah/pangkat, besar jasa dan harta, kalau mak ayah kecewa kepada kita selain daripada kemurkaan Allah.
Mingguan Wanita: Moga kita dijauhkan dari sifat begini dan sentiasa berbuat baik pada orang tua. Aamiin.
Sumber: Mohammad Yaakub Yusra & Kak Ngah (tiktok)
@_kak_ngah_ 9 Ramadhan 1444 Semoga kita semua mendapat ibrah dari kisah ni.. Usaha lah untuk menziarahi kedua orang tua selagi maaih ada. Mereka lah kunci pintu syurga kita.. #madrasahramadhan #Ramadhan1444h #kakngahkongsi #niatkeranaAllah #ustazyaakubyusra #tanyalahistatv3 ♬ original sound – Sue Izrai
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita