Anak mungkir janji berbuka puasa bersama. Bayangkan betapa gembiranya orang tua bila anak memberitahu nak datang berbuka bersama. Mesti pelbagai lauk pauk dimasaknya walaupun dalam keadaan dirinya yang tak berapa sihat.
Itu yang mengingatkan kita pada mak ayah di kampung. Tapi bagaimana kalau anak-anak yang tinggalkan mak ayah di rumah orang tua tanpa berita. Setelah sekian lama, dapat khabar berita untuk datang jemput berbuka puasa bersama. Alangkah gembiranya.
Namun, apakan daya semua itu tidak berlaku, anak mungkir janji berbuka puasa bersama. Bagaimanakah perasaan seorang ibu bila anak samggup berbuat demikian. Sudahlah tinggalkan ibu di rumah orang tua tanpa langsung menjenguk. Tergamaknya.
Kisah yang cukup menyentap perasaan setiap orang. Sanggup anak-anak tinggalkan seorang ibu yang lahirkan mereka di rumah orang tua. Sudahlah mungkir janji untuk datang berbuka puasa bersama setelah dua tahun tak jumpa.
Pengakhiran seorang ibu, meninggal dalam keadaan tertekan tanpa makan dan minum kerana terlampau sedih anak tak datang menjemput.
Ads
Perkongsian daripada ustaz Mohammad Yaakob Yusra ini mampu menitiskan air mata.
Makcik Azizah, nama yang terpampang pada katil kosong. Rupanya makcik ini baru meninggal. Anak-anak janji nak datang ambil dan buka puasa bersama pada hari lahirnya.
(Sudah 2 tahun Makcik Azizah tinggal di situ, Dihantar oleh anaknya dan 4 orang anaknya ini semuanya kerja hebat-hebat)
Doktor bertugas memberitahu sebulan sebelum tarikh tersebut. Dari hari itulah, setiap hari dia tandakan pada kalendar supaya tidak lupa
Sehingglah tarikh yang dikatakan itu, Makcik Azizah sudah bersiap sedia jam 5 pagi, sedangkan anak-anak berjanji nak datang ambil jam 5 petang dengan alasan supaya tak susahkan anak-anak menunggu.
Bayangkan dari jam 5 petang tak datang ambil, jam 6 petang pun tak juga. Sampai lepas berbuka pun tak datang. Makcik Azizah masuk ke dalam bilik tanpa makan sebutir nasi, terus tidur.
Ads
Pagi esoknya, doktor datang untuk kejutkan sahur. Tapi Makcik Azizah sudah meninggal. Dia meninggal dalam keadaan tertekan.
Pesanan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra:
Kisah ini berlaku lebih 12 tahun lalu, demi Allah, tiada sedikit ruang syurga buat anak-anak ini jika benarlah ibunya meninggal dalam keadaan tidak redha melainkan neraka selayaknya.
Berusahalah dengan cara macam mana sekalipun agar diberi keampunan. Usahalah dan minta ampun agar kemarahan Allah diberi keampunan.
Walau sekaya mana, setinggi darjah/pangkat, besar jasa dan harta, kalau mak ayah kecewa kepada kita selain daripada kemurkaan Allah.
Ads
Mingguan Wanita: Moga kita dijauhkan dari sifat begini dan sentiasa berbuat baik pada orang tua. Aamiin.
Luluh hati mak ayah Adam Rayqal Mohd Sufi pagi ini, sebaik tiba di perkarangan Institut perubatan Forensik Negara (IPFN) untuk mengecam mayat bayi mereka. Tak dapat dibendung air mata yang sudah tumpah sejak berita kehilangan anaknya itu dikhabarkan pengasuh yang mendiami rumah sewa di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Satu negara menangisi pemergian adik Adam Rayqal. Kerana ia bukan saja bersifat kejam malah melangkaui batas perikemanusian seorang insan.
Tindakan kejam meletakkan bayi 5 bulan itu berbalut kain lampin dan disumbat dalam beg berwarna hijau di dalam peti sejuk beku sungguh tidak dapat diterima dek akal manusia yang waras.
Dan sekali lagi, masyarakat menangis selepas baru saja kita membaca kisah ibu murung yang menyembelih anak sendiri. Tragedi menyayat hati ini menjentik hati kita agar lebih banyak bermuhasabah dan memanjangkan rasa sabar menghadapi ujianNya.
Wahai ibu dan ayah Adam Rayqal, anda adalah insan terpilih yang Allah berikan ujian cukup hebat ini. Bagi meninggalkan sedikit kekuatan emosi di lubuk hati yang sedang terluka itu, Mufti Wilayah Persekutuan. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakrimenyampaikan sebuah hadis di laman instagramnya untuk kedua ibu bapa yang diuji ini.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Indahnya ingatan tuhan untuk ibu bapa yang sedang diujiNya dengan kehilangan insan paling dekat di hati mereka. Siapapun yang sedang diuji olehNya, dengan pemergian permata hati kecil yang engkau sangat kasihi peganglah kemas-kemas hadis ini. Semoga ia mampu memberi kekuatan hati dan emosi untuk ibu ayah terus melangkah menjadi khalifahNya yang taat dan redha.
“Tersangkut buaian ketika tidur.” Bayi 15 bulan meninggal di pusat asuhan di Sendayan, Negeri Sembilan. Allahuakbar!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apatah lagi, ini bukanlah kehilangan pertama, tetapi ini adalah kehilangan kedua iaitu anak kedua mereka juga meninggal ketika masih kecil.
Tersangkut Buaian Ketika Tidur
Pilu hati seorang bapa apabila menerima panggilan telefon daripada isterinya memaklumkan anak bongsu mereka tidak bernafas sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sendayan, Negeri Sembilan, petang semalam.
Dalam kejadian 3 petang itu, Nour Rania Asyifaa Yuseri, kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan.
Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi akibat komplikasi pada 2020.
Bayi 15 Bulan
Jelas Yuseri Yusoff, 39, dia menerima berita mengenai anak perempuannya itu ketika berada di rumahnya di Bandar Sri Sendayan bersama anak sulungnya berusia tujuh tahun.
“Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Sendayan dan ketika tiba doktor sedang cuba membantu memberi bantuan pernafasan sebelum dimaklumkan anak sudah tiada kira-kira 30 minit kemudian.
Anak tidak menunjukkan apa-apa masalah pada malam sebelum kejadian. Difahamkan ketika kejadian anak saya susah untuk tidur, jadi pekerja pusat asuhan menidurkannya di dalam buaian kerana sebelum ini dia tidak tidur di dalam buai,” katanya lagi.
Menurut Yuseri, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu, malah pernah menghantar anak sulung ke pusat jagaan sama sebelum ini.
Tambahnya, Nour Rania adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan anak keduanya meninggal dunia ketika masih bayi kerana masalah komplikasi.
“Saya terima kejadian ini kerana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini. Difahamkan pihak polis ada merakamkan percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak pusat itu,” katanya.
Mingguan Wanita : Tidak dapat bayangkan perasaan mak, ayah yang kehilangan anaknya ini. Team MW mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga anak syurga ini.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Tidak dinafikan setiap daripada kita mengharapkan yang terbaik daripada suami. Namun hampa. Oleh itu daripada kekurangan suami, persiapkanlah anak lelaki menjadi imam yang lebih baik kelak.
Tambah baik anak-anak lelaki supaya menjadi seorang lelaki, suami atau ketua keluarga yang boleh diharap. Didiklah mereka sejak kecil. Ikuti perkongsian Puan Kamalia Kamal ini dan hadam baik-baik iya.
Persiapkanlah Anak Lelaki
Yang ada anak lelaki, ambillah kesempatan di bulan ramadan ini.
“Abang, jadi imam ya malam ni, ayah kerja malam, abang ganti ayah ya”.
Persiapkanlah anak-anak lelaki kita untuk jadi imam keluarganya nanti. Terlalu banyak cabaran anak-anak kita di usia mudanya, lebih-lebih lagi dah masuk universiti nanti.
Bila jadi imam, dia sedang bina leadership dalam dirinya. Orang lelaki ini ketua, kita mak-mak perlu bantu dia develop sifat ketua yang baik dari sekarang.
Nak buka puasa, anak lelaki pastikan pinggan mangkuk cawan semua cukup atas meja, air sudah isi dalam jug, sudu, garfu. Ingatkan berkali-kali, orang perempuan bantu, orang lelaki lead.
Didik Anak Lelaki Menjadi Imam Yang Baik
Umur anak 10 tahun itu tak kecil ya mak-mak. Di zaman sekarang anak kita ni terdedah dengan banyak perkara yang buatkan mereka matang cepat. Kita saja rasa mereka tak tahu itu ini, padahal mereka lagi advance daripada kita.
Lepas makan bawa pinggan ke dapur, kemaskan meja, siapkan kawasan nak solat, bentang sejadah, prepare nak jadi imam. Jangan suruh anak perempuan itu, ini tapi anak lelaki tak buat apa, siap lepak tengok televisyen (tv) tunggu semua siap. Ini salah, sangat salah.
Daripada Kekurangan Suami, Tambah Baik Anak Lelaki
Kita ada suami, jujurnya, kadang ada banyak perkara isteri harap suami dia buat tapi tak boleh nak cakap. So, preparekanlah anak lelaki kita untuk jadi suami yang terbaik nanti.
Dari kelemahan ayahnya, kita tambah baik pada anak lelaki kita.
Kalau suami tak nak jadi imam, penyegan nauzubillah, wujudkan culture untuk anak lelaki lead.
Kalau suami tak nak kemas rumah, orang utara kata penyegan jugak, wujudkan culture anak lelaki buat kerja rumah.
Kak Kay nak nangis baca dm (direct message) di instagram setiap hari dengan pelbagai isu boyfriend lelaki yang rata-rata berusia 18 hingga 25 tahun. Pelik bila culture yang tidak baik dibenarkan wujud terus dalam keluarga.
Jangan Layan Anak Lelaki Sebagai Raja
Ibu-ibu, pandang mata anak lelaki kita. Kita bukan besarkan baby boy saja, tapi kita sedang besarkan bakal ayah, bakal imam, bakal ketua dan bakal pembangun satu keluarga yang besar akan datang.
Patut ke kita terus menerus layan anak lelaki sebagai raja tak buat apa yang jauh tersasar dari menjadi ketua?
MW: Sebaiknya, sebagai mak-mak layanilah anak lelaki dan anak perempuan sama rata. Didikan pada anak lelaki perlu lebih keras kerana bakal menjadi suami, ayah dan ketua keluarga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...