Bukan semua suami itu tidak berguna, dan bukan semua isteri dan mentua itu bagai bidadari sikapnya. Ada suami yang terdera hati dan perasaan dengan layanan ibu mentua. Tapi nama pun lelaki, tidaklah dihiraukan sangat semua itu. Tragis kisah duda ini apabila 2 tahun lamanya dia dipulau isteri dan ibu mentuanya sendiri.
Pedihnya jadi berganda apabila isteri pun sama naik dengan ibunya. Mengambil sikap acuh tak acuh ketika melayani suami. Dan hairannya suami ini ambil masa sampai dua tahun bertahan dengan penderaan emosi oleh isteri dan ibu mentuanya sendiri.
Kau Cuma Mahu Ketika Senangku
Kasih dan sayang yang dibina ingin dibawa hingga ke hujung nyawa. Malah, kehidupan berkeluarga yang diharapkan akan berkekalan hanyalah impian sahaja.
Tatkala angin bertiup, terus akar pokok goyah, seakan-akan ingin tumbang. Begitulah juga dengan goyahnya rumah tangga yang aku bina bersama isteri tercinta tidak mampu dipertahankan lagi.
Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Itu pun berkenalan aku dengan Ayu sangat singkat, Cuma 6 bulan dan terus aku mengambil keputusan untuk berkahwin. Keputusan berkahwin dalam masa terdekat ini juga bukanlah kerana aku terlalu terdesak untuk berumah tangga.
Boleh dikatakan di tempat kerja ada juga gadis-gadis yang datang berhimpit untuk berkawan dengan aku. Namun, semuanya aku tolak dengan cara yang baik.
Bukan memilih tetapi kebanyakan gadis yang datang itu hanyalah ingin mengambil kesempatan dan kesenangan yang aku ada. Maklum sahaja, pada usia sekarang ini, aku sudah memiliki rumah yang cukup lengkap, kereta dan berkerjaya.
Ads
Isteriku Anak Tunggal Yang Manja
Perkenalan aku dengan Ayu tidak dirancang. Bertemu di sebuah restoran kegemaran aku ketika sama-sama membeli makanan. Dari situlah bermulanya bibit-bibit cinta. Diringkaskan cerita, aku di bawa berjumpa dengan ibu Ayu.
Aku lihat, Ayu cukup manja dengan ibunya. Apatah lagi, dia anak tunggal dan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Segala suka duka dikongsi bersama ibunya.
Aku beruntung kerana ibu Ayu setuju dengan lamaran aku pada anak tunggalnya dan meminta aku supaya menjaga Ayu dengan baik sekali. Maklum sahaja, Ayu satu-satunya pewaris yang dia ada.
Majlis perkahwinan aku dengan Ayu, cukup meriah. Baik ahli keluarga aku dan saudara mara keluarga Ayu datang meraikan kami sebagai raja sehari. Memandangkan Ayu anak tunggal, emaknya meminta aku berpindah ke rumah mereka dan aku mengikut sahaja demi sayang aku pada Ayu. Rumah aku hanya balik seminggu sekali sahaja.
Ads
Ayu Jadi Isteri Derhaka
Lima bulan kemudian, Ayu disahkan mengandung. Aku dan ibunya tentunya gembira dengan bakal kehadiran orang baru dalam keluarga. Bermula dari situlah, aku nampak perubahan pada Ayu dan ibunya.
Biasalah, hamil anak sulung macam-macam ragam dan alahan. Itu aku tak kisah dan aku turut sahaja apa yang Ayu mahu. Kiranya, setiap permintaan, sebolehnya aku tunaikan demi anak dalam kandungan.
Sebaliknya berlaku pada Ayu, dia mula berubah sikap dengan bercakap kasar dengan aku, kerap tengking dan langsung tidak mempedulikan aku sebagai seorang suami. Fikiran aku, mungkin ini pembawakan anak gamaknya.
Begitu juga dengan ibu Ayu, aku lihat dia tidak begitu suka dengan apa yang telah aku lakukan untuk Ayu. Dia sebolehnya tidak mahu aku dekat dengan Ayu. Semua ini berlarutan sehinggalah
Ads
Ayu selamat melahirkan anak lelaki kami, Imran.
Dua Tahun Ku Cuba Bertahan
Pergolakan rumah tangga aku semakin ke kemuncak. Ayu langsung tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Bukan sahaja nafkah batin tetapi juga makan pakai aku langsung tidak dihiraukan.
Seolah-olah aku ini tidak wujud dalam hidupnya. Ibu mentua dan Ayu hanya memberi perhatian pada Imran sahaja.
Aku cuba menyuarakan rasa tidak puas hati dan selesaikan masalah yang dihadapi, namun sia-sia. Ayu lebih pentingkan anak kami dan ibunya sahaja. Hampir dua tahun aku bertahan dengan sikap Ayu dan ibunya.
Bila keadaan tidak berubah dan perangainya yang semakin menjadi-jadi, aku terus mengambil keputusan untuk berpisah. Aku balik semula ke rumah aku dan hanya hubunginya apabila ia melibatkan anak sahaja.
Nafkah untuk anak tunggal kami, tidak aku lupakan. Sejak dari itu, ada juga Ayu menghubungi aku dan ingin merujuk kembali demi anak tunggal kami.
Namun, aku masih belum mampu terima apa yang Ayu dan ibunya lakukan. Aku tidak mahu dianggap dayus dan mengikut telunjuk isteri. Biarlah aku sendirian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pantang ais ketul setahun? Mudah ke mak-mak nak buat. Lagipun, bukan semua isteri nak bersalin caeser, tapi kalau jalan keluar tak nampak atau ada komplikasi lain, caeser terpaksa juga dilakukan.
Memanglah bahagian ‘bawah’ tak terjejas teruk, tapi rahim tetap mengembang. Sebab tu kena extra pantang dari wanita yang bersalin normal.
Lebih susah cara berpantang sebenarnya sebab tak boleh pakai bengkung bagai. Kalau nak pakai pun lepas 2 minggu. Itu pun mild saja.
Selain pantang makan laksa, benda yang gatal, minum ais pun satu kepantangan yang memang wanita bersalin ceaser kena elak.
Berpantang Cara Bersalin Ceaser
Sesetengahnya berpantang 44 hari, ada yang dilanjutkan sampai 100 hari. Tapi kalau nak benar-benar berkesan, berpantanglah dari minum ais ketul sampai setahun.
Ada yang berani minum ais ketul tu lepas habis pantang. Akibatnya, perut buncit jadi buncit sampai susah nak dilembutkan apatah lagi dikempiskan. Walau buat bermacam senaman, kesan buncit tetap akan ketara.
Yang langgar pantang ni, cuba pegang dekat tempat ceaser tu.. akan ada rasa satu jaluran keras di bahagian dalamnya. Tak Lembut. Nak lembutkan balik memang ambil masa silap-silap makan tahun.
Minum Air Dari Peti Sejuk Bukan Peti Beku
Ais tu memang sejuk dan penghilang dahaga, tapi bila masuk ke badan kita ia ‘panas’ sebenarnya.
Jadi, kalau nak perut kembali kempis, selain senaman dan jaga makan, hindarilah ais ketul itu.
Kalau teringin sangat pun. Simpan air dalam peti sejuk dan minum yang sejuk tanpa dicampur dengan ais ketul.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dilema seorang ibu, kalau boleh kita memang nak jadi mak-mak terbaik di mata anak-anak dan suami.
Nak menjamu menu yang berkhasiat dan sedap-sedap, mendidik anak sampai berjaya, dan mahu rumah teratur tanpa bersepah. Tapi hakikatnya kita kadang tak terbuat dek kesibukan dengan urusan lain dan kepenatan emosi.
Dan sanggup ke mak-mak mencipta kesempurnaan sampai diri sendiri tertekan?
Jawapan ada pada diri sendiri dan kali ini mak-mak boleh renungkan seminit dua dengan perkongsian seorang Doktor, Sakinah Sulong tentang isu ini.
Nak Jadi Ibu Sempurna
Susahnya jadi ibu zaman ini!
Tak lama dulu saya jumpa seorang ibu muda. Baru seorang anaknya. Anak yang comel yang perlu jumpa Dr Pakar untuk penilaian perkembangan disebabkan sejarah kelahiran pramatang.
Hasil pemeriksaan saya, anak comel itu cukup berat, nampak aktif dan sudah mampu nak berjalan seiring dengan umur setahun lebih. Memang menghiburkan bila kita melihat kaletahnya. Segala-galanya nampak ok dari kacamata seorang doktor.
Tapi ibu tersebut mengadu anaknya suka makan roti, tidak suka makan nasi beserta sayur dan ikan.
“Biasa ye, Dr? Saya risau la. Tengok sepupu dia, pandai makan carrot. Kalau dia ni, dia tutup mulut dia kalau saya bagi bubur taruk carrot. Macamana saya nak buat supaya dia pun nak makan sayur macam sepupu dia?”
Mukanya memang susah hati.
Macam-macam lagi dia tanya, dek kerana risaukan anaknya. Puas juga saya tunjuk graf perkembangan anaknya di rekod kesihatan, segala-galanya nampak bagus. Anaknya pun sudah mula berjalan laju, pandai memanjat kerusi dan menghumban barang. Ini memang perkembangan fizikal yang elok!
Akhir saya pesan pada ibunya,
“Please try enjoy your time as a mother. Jangan risau sangat. Pada umur setahun lebih, you takleh nak paksa dia makan apa yg you nak dia makan, especially kalau dia dah ada preference. Lainlah kalau dia dah besar dah boleh faham arahan dan rules. Masa tu baru you tetapkan mesti makan sayur, mesti makan ikan sebab dia dah boleh faham”
Bukan apa, saya kesian dengan ibu ini.
Dia terlalu inginkan suasana dan bayi yang ideal seperti yang dia lihat pada bayi lain. Padahal ia tak mungkin berlaku. Tiada apa yang sempurna di dunia nyata melainkan yang dilakonkan. Sempurna mungkin apa yang dinampak tapi hakikatnya tidak begitu.
Setiap bayi ada karenahnya.
Setiap rumah ada sepahnya.
Setiap ibu ada kelemahannya.
Jangan terlalu dikejar suasana dan keadaan yang sempurna, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang tak mampu kita kawal. Takkan cukup masa kita, takkan cukup kudrat kita kalau semua nak nampak cantik sempurna tiada cela.
Bayi nak comel tak comot sepanjang masa. Lantai nak licin berkilat tanpa mainan tanpa kotoran. Biar indah pandangan mata. Makanan nak terhidang masak siap menu lengkap untuk santapan suami tercinta. Kain baju nak berlipat tersusun indah dalam almari kaca tersedia.
Takkan mampu.
Sekali-sekala terima lah, yang kita tak mampu.
Kita adalah seorang ibu, bukan superwoman.
Ada benda kita cuba buat sehabis baik, ada masanya kita lepaskannya. Tak runtuh rumah tu kalau kita tak larat nak menyapu satu hari.
Tak obese anak kecil kita kalau dia menolak sayur beria-ria pada umur setahun dua. Dah besar sikit, kita cuba lagi bila dia dah boleh terima arahan kita.
Kita boleh mencuba jadi ibu yang terbaik.
Tapi sama sekali takkan mampu jadi yang sempurna. Sebab alam ibu bukan satu medan untuk kita berlumba. Ia adalah alam untuk kita meraikan anak-anak dan saat manisnya.
Jangan terlalu menekan diri sendiri.
Ingat, anda adalah ibu.
Bukan seorang Superwoman dengan segala kuasa ajaib. Ada masa Superwoman pun perlu bantuan juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami kata isteri kena taat walau jahat macam mana pun dia, sedangkan Taat pada suami bukan bersifat mutlak. Taat kepada suami adalah satu konsep yang kerap kali dibincangkan dalam Islam. Ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya.
Suami Kata Isteri Kena Taat Walau Jahat Macam Mana Pun Dia
Namun, persoalan yang sering timbul adalah sejauh manakah ketaatan ini harus diberikan? Adakah seorang isteri wajib taat kepada suami walau bagaimanapun perangainya, termasuk jika suami bertindak zalim atau melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat?
Saya bimbang dan risau hari ni apabila ramai lelaki yang ada cara berfikir macam ini. Tak kira suami jahat macam mana pun isteri kena taat.
Maka si lelaki dia buatlah apa yang dia nak buat seperti contoh langgan pelacur, ada skandal, berjudi, rampas duit isteri, tak bagi nafkah, edar dadah dan macam-macam lagi.
Tapi pada masa yang sama merasakan isteri wajib taat walau apa jua keadaan dia. Ketaatan pada suami adalah MUTLAK.
Maka diberilah contoh firaun dan Asiah untuk membenarkan hujahnya. Diberilah lagi contoh Nabi Noh yang baik tapi tetap isteri tidak taat.
Setiap hari saya dimaki oleh beberapa lelaki hanya kerana saya menyatakan ANTARA punca kenapa ada isteri yang tidak taat pada suami adalah kerana suami tidak berfungsi sebagai suami dan tiada daya kepimpinan.
Kemudian saya dituduh menjadi punca penceraian mereka, menyebabkan perempuan untuk lawan suami, menyebabkan isteri jadi curang.
Terasa macam hebat sangat pula. Semua yang berlaku dalam keluarga dia, saya jadi punca. Sedangkan kenal pun tidak. Aduh!
Sedangkan Taat Pada Suami Bukan Bersifat Mutlak
Pemikiran sebeginilah yang sangat saya risaukan dalam keluarga. Pemikiran submissive sebegini akan meletakkan isteri hanya menjadi objek, hamba dan bukan insan.
Kalaulah ketaatan pada suami adalah mutlak, mana mungkin Islam wujudkan penceraian. Apatah lagi Islam ada fasakh dalam perkahwinan.
Ramai yang sibuk memberi contoh firaun dan asiah hanyalah semata untuk menyalahkan pasangan tanpa perlu muhasabah diri.
Kenapa nak ikut contoh Firaun dan Asiah sedangkan kita ada contoh Nabi Muhammad SAW dan para Isteri Baginda?
Pemikiran submissive sebeginilah yang melahirkan pendera dalam rumah tangga, menghasilkan anak-anak yang trauma dengan keganasan ayah, yang boleh buat apa sahaja.
Saya jelas dengan bagaimana Nabi SAW meletakkan ketaatan suami adalah hal yang sangat tinggi dalam keluarga tetapi ianya bukan bersifat MUTLAK.
KETAATAN YANG MUTLAK HANYA PADA ALLAH. Wallahuaalam.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...