2 Solusi Ini Islam Ajar Untuk Tangani Hati Yang Alami Depresi – Ustaz Don Doniyal

Share

Mutakhir ini seram bila baca berita. Dari kisah pengasuh sampailah mak ayah dera anak-anak kecil bertebaran sampai sesak dada nak menghabiskan bacaan. Begitu kronikkah tahap tekanan mahupun depresi rakyat Malaysia?

Dan paling kritikal, apabila depresi menyerang diri, tindakan bunuh diri diambil sebagai jalan akhir. Ketika temubual bersama zayan.my Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkongsi pandangan tentang bagaimana mahu menangani depresi dalam diri kita.

Hadamkan betul-betul ya. Sebab seperti kata isteri mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui mati bunuh diri, “depression don’t have a face”. Ya, depresi ini ‘tiada muka’. Ia tidak dapat dilihat pada wajah penderita.

Wajahnya ceria, reaksinya bahagia. Tapi jika dia bersendiri, depresi mulai merasuk diri dan jika tak dirawat awal, akan lebih bahaya menanti.

Kenapa Depresi Boleh Bawa Maut

Ini perkongsian Ustaz Don tentang tindakan vokalis kumpulan Linkin Park Chestor Bennington yang mengambil jalan akhir bunuh diri ketika menangani tekanan dalam hidupnya.

Ujar Ustaz Don, vokalis ini antara idolanya suatu ketika dulu. Tindakan sebegitu turut memberi kesan kepadanya yang membuatkan dia berfikir banyak kali.

√    Kenapa dia ambil keputusan macam itu? Sedangkan dia ada anak-anak yang ramai.

√    Apa yang ada dalam fikiran dia?

√    Apa yang membuatkan itu adalah jalan yang terbaik?

 

Kredit foto : klankosova.tv

Punca 1 : Akibat Buta Hati

Bukanlah cara terbaik untuk mencari jawapan ataupun membuat sesuatu kebaikan dengan cara kita memandang ke Barat atau memandang ke Timur. Sebaliknya kita kena tanya iman kita.

Apa iman nak kata tentang isu macam ini. Rupanya dalam Islam, benda tak nampak macam ini sebenarnya PENTING.”

Buktinya Allah beritahu di awal-awal Al Quran lagi. Allah katakan ini pada mereka yang beriman (percaya) kepada perkara-perkara ghaib.”

Kita cuba tak kecilkan skop itu dengan membincangankan tentang iman saja; tentang iman kepada Allah mahupun Malaikat. Tapi kita nak beriman juga bahawa Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan.”

Antara ciptaan manusia itu adalah ‘benda’ yang duduk dalam diri kita ini. Yang kita tak nampak iaitu PERASAAN.. HATI.”

Dengan kata lainnya, apabila tindakan bunuh diri itu diambil bermakna, dia sebenarnya bukan bukat mata, tapi buta hari.

Sebagaimana lirik lagu Cold Play berjudul Fix You, “You get what you want, but not what you need” begitulah halnya dengan dia yang tak dapat nak memenuhi spa yang dia mahu.”

Sedangkan dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu. Nak hidup bahagiakah? Mahu duit banyakkah? Atau hati tenang?

Jadi itu punca utama, dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu selari dengan apa yang dia mahu.”

Punca 2 : Tak Mahir Dalam Ilmu Qada’ Dan Qadar

Ujar Ustaz Don lagi, tekanan depresi ini berlaku bila mana seseorang itu tak mahir dalam ilmu qada’ dan qadar.

Pernahkan dalam sejarah manusia, dia dapat satu ‘benda’ yang dia tak mahu. Dan peristiwa ini dirakam dalam Al Quran.”

Contohnya, Siti Maryam. Adakah dia mahukan anak? Sudah tentu dia tak mahu, kalau dia mahu tentulah dia berkahwin. Kalau mahu.. dia juga akan bahagia bila mana malaikat Jibril datang beritahu ‘Maryam kamu ini mengandung anak lelaki’.

Sebaliknya, ini yang Maryam kata, “Macam mana aku boleh mengandung, walau tiada lelaki sentuh aku pun.” Maknanya dia tak mahu anak.

Tapi bila Allah kata Maryam mengandung, Allah kata jadi, jadilah.

Dan disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu qada’ dan qadar tadi, dia tak faham macam mana dia nak hubungkan semua itu. Maka, bila jadi sesuatu dia cepat sangat untuk alami depresi.

Kita doa kepada Allah, mudah-mudahan kita semua ini jangan termasuk golongan orang sebegitu. Dan kalau ada orang yang sebegitu melihat kita, mudah-mudahan Allah sembuhkan dia dari penyakit depresi tadi.”

 

Ahn Sojin, antara artis Korea yang alami depresi dan akhiri hidupnya dengan bunuh diri. / Kredit foto : serumpi.com
vokalis Linkin Park, Chester Bennington membunuh diri akibat depresi.

Inilah 2 Solusi Yang Islam Ajar Untuk Tangani Depresi

Pertama : Mesti Kena Kenal Pencipta Diri

Dia kena duduk bertafakur. Fikir sejenak dalam diri. BERHENTI SEKEJAP. Jangan terus berlari tak tengok kiri dan kanan.

Waktu bertafakur inilah fikir, “Siapa yang ciptakan aku.” “Apa tujuan aku diciptakan atas muka bumi.” “Adakah aku hanya semata-mata pelakon di atas pentas dunia.”

Pergi majlis ilmu dan dengar.

Sebaik saja selesai proses bertafakur, Islam ajar pula step kedua.

Kedua : Mesti Kena Ada Teman

Tak perlu ambil contoh jauh-jauh, ambil yang agama lain boleh terima, Islam pun boleh terima. Kisah Nabi Musa yang minta pertolongan dari Allah.

Kata Nabi Musa, “Ya Allah tolong jadikan kepada aku teman.”

Nampak.. Nabi Musa yang hebat, ‘ganas’ lagi kuat, yang satu batu sepuluh orang angkat baru terangkat sedangkan dia angkat saja sorang-sorang itu pun meminta kepada Allah.

Jadi, siapalah kita ini untuk tiada teman dan guru. Kena ada kawan, kena ada guru untuk membimbing kita.

Pi berkawan.. jangan duduk sorang-sorang.”

“Sebab depresi ini tiada muka. Dia duduk dalam hati. Sebab itu Chester, walaupun dia ada keluarga dan anak-anak. Tapi dia boleh bunuh diri. Kenapa? Sebab sakitnya duduk dalam hati.”

Sumber/Video/Foto : zayan.my, stepfeed.my

Published by
Netty Ah Hiyer